Cukai Membebankan

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca . Saya tertanya-tanya apakah anda semua prihatin dengan masalah yg berlaku di negara kita sekarang ini .

Walaubagaimanapun , kemarahan saya sudah sampai kemuncaknya dan saya ingin masyarakat semua tahu berkenaan gst ini. Kenapa saya marah padahal orang lain rilex je walaupun ada gst ni ? Bapa saya seorang peniaga yg mencari wang demi menjana pendapatan kami sekeluarga . Masalah dtg apabila gst mula dikuatkuasakan dgn penuh pada tahun 2017 ini . Sudah cukup menyusahkan peniaga kecil seperti bapa saya yg membuka kedai kecil harus melaksanakan sistem ini .

Kau bayangkan pergi kedai runcit yg biasa2 je tapi semua brg dah mula wajib masuk dlm sistem gst . Taktahulah , sekarang kalau korang pergi kedai semua dah ada komputer belum untuk laksanakan gst ni .

Lagi satu aku perati , sistem sebelum gst ni walaupun dia tak berapa ketat sangat mcm gst , dia x menyusahkan rakyat jelata . Bagi yg belajar perdagangan kat sekolah menengah tu tak pun peringkat universiti mesti tau proses barang sebelum sampai ke tangan pengguna kan? Pembekal > Pemborong > Peruncit > Pengguna . Ni lah basic dia seingat aku yg belajar kat sekolah menengah dulu sbb skrg aku amik bidang medic .

Korang tau kan setiap perniagaan nak untung . Siapa nak rugi? So harga setiap barang dinaikkan dan diinclude kos pengangkutan , minyak dan lain-lain . Kalau harga barang dari pembekal is rm 5.00 , gst dia rm 0.30 . Sampai ke pemborong contoh harga dia nak jual kat peruncit mungkin rm 7.00 , gst rm 0.42 . Sampai ke peruncit maybe dia jual rm 10, gst rm 0.60 . Korang nampak tak permainan gst ni? Peniaga kecil-kecilan sangat terkesan dgn gst ni .

Kalau korang nak tau , mmg kastam tengah cari peniaga-peniaga yg tak daftar gst lagi . Kalau tak salah aku la . Sbb bnyak kawan-kawan mak aku yg berniaga skrg mmg terbeban . Bagi peniaga online tu aku taktau nak ckp camne sbb skrg ssm memang tengah cari korang suruh berdaftar dgn dia . Ada muslihat sebalik dia suruh daftar tu . Ini firasat aku jela , aku tak menuduh . Dari situ maybe dia akan tahu income korang berapa and kalau bnyak percayalah income tax punya org akan dtg cari korang ke rumah . Same happened to my parents . Ko bayangkan parent ake kena bayar berapa ratus ribu untuk income tax.

Aku sebagai anak dia sedih sbb kebanyakan duit bapa aku cari dia kasi kat nenek aku , belikan barang2 kesihatan untuk nenek aku semua . Ko bayangkan nenek aku skrg makan herbalife? Aku nak minum pun bapa aku tak bagi . Teringat arwah atuk aku dulu dia belikan mesin elektrik untuk kesihatan apa tah . Yg kita dok atas mat dia electeric flow in our circulation . Bagi LHDN tu pls la consider income yg orang dapat tu tak semua masuk tabung . Mestilah ada guna untuk diri sendiri , makanan , anak2 dan ibu bapa.

Aku sebagai rakyat Malaysia kesal dgn durjana pemimpin kini . Kita berada diambang kemuncak negara di mana bribe is happening anywhere . Tak cukup dgn penyelewengan . Aku skrg baca surat khabar nk tergelak je . Maafla, rakyat kini makin pandai menilai kerajaan sendiri .

Skrg kecoh pasal BR1M tun Mahathir tu . Bab hukum hakam haji tu aku tak pandai sangatla . Tapi , kalau br1m yg kita dapat tu , bagi aku la , tak semua rakyat Malaysia layak untuk dapat BR1M tu . Sbb apa aku cakap mcm tu? Mcm unsur zakat , kita sepatutnya agihkan kepada yg memerlukan sahaja . Yg betul2 memerlukan . Duit yg lain tu kita boleh buat subsidi untuk kurangkan kos kehidupan rakyat . Lagi berbaloi .Aku tak rasa BR1M tu sangat membantu dgn kos hidup yg begitu tinggi kini . Ko bayangkan gst aku bayar untuk baju sekolah dah dekat rm 10 ? Duit bnyak habis dekat gst je walaupun hakikatnya kita dapat duit br1m .

Aku kalo jumpa mak2 kawan cina aku mesti dia tanya pasal politik . Sbb apa ? Diorang concern dgn apa yg berlaku di negara kita. Semua concern sebenarnya . Tak kira melayu , cina dan india beserta kaum-kaum lain. Ko bayangkan akhbar cina ada ckp melayu masih sokong parti yg konon gah skrg ni? Aku pun jawabla , tak . Melayu skrg dah buka mata . Apa yg terjadi skrg ni mmg tidak akan dimaafkan.

Walaupun baru masuk tahun 2017 . Tak sabar aku nak mengundi tahun depan . Choose the best people . Aku tabik dgn korea yg skrg ni memang lantang bersuara demi demokratik negara diorang . Apa yg presedien diorang buat tu mmg teruk , tapi tengoklah negara kita sendiri . Korang faham-faham jela siapa yg lebih teruk . Bagi peniaga , aku harap korang sabar tempuhi dugaan ini . I’m with you .

– Anak yg prihatin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit