Assalamualaikum admin. Tolong hide identiti saya. Saya ingin mencerita kan kisah saya yang tidak seberapa menarik ni untuk membuka minda sesetengah orang mengenai sedekah. Saya seorang yatim piatu. Saya merupakan anak sulung daripada 2 orang adik beradik. Saya menuntut d salah sebuah institusi pengajian di negara ni. Saya kehilangan kedua ibubapa saya yang tercinta semasa saya baru lepas spm. Adik saya ofcourse la masih sekolah masa tu. Kami di tinggal kan hanya sebatang kara. Kami daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Tidak ada harta peninggalan yang banyak macam dalam drama2 tu. Masa tu saya berfikir macam mana kami nak teruskan hidup. Kami tawakkal. Alhamdulillah kami mempunya saudara mara yang baik dan sanggup untuk menjaga kami.
Saya mendapat tawaran untuk menlanjutkan pelajaran. Saya terima tawaran itu oleh sebab ingin mengubah nasib kami dua beradik dan ingin membalas jasa mereka yang banyak berjasa kepada kami. Tapi point saya di sini bukan untuk cerita kisah saya dari A ke Z.
Masa saya dekat dalam kolej tu, Alhamdulillah Allah sentiasa mencukupkan segala keperluan saya. Saya bukan nak menunjuk ataupun membangga diri atau meminta simpati.
Tapi saya rasa Allah membalas balik apa yang saya buat terhadap kawan2 saya. Kawan2 saya majoriti bukan dari keluarga yang senang. Hujung bulan poket pun selalu kering. Sebagai seorang kawan, saya tidak sanggup untuk makan hari2 sedangkan kawan2 saya mengikat perut demi berjimat. Saya akan menolong mereka melalui wang yang saudara saya bagi kat saya. Mengguna kan konsep bahagi sama rata then rasa kenyang sama2. Apa yang saya perasan, setiap kali saya sudah mengorbankan duit belanja saya. Saya akan mendapat rezeki lain tanpa dijangka. Contoh lagi, saya bagi kawan saya sesuatu, Allah membalas nya dengan berlipat kali ganda nilainya tanpa di duga.
Saya tak tahu nak buat ayat panjang2, jadi kesimpulan saya kepada orang2 yang merasa diri mereka susah, ingatlah ada yang lebih susah. Jika ada orang terdekat dalam kesusahan, bantu lah. Jangan berkira. Ikhlas kan hati tanpa mengharapkan balasan. Kita buat orang happy, Allah akan memudahkan hidup kita.
Doakan perjalanan hidup saya dan adik saya dipermudahkan.
Terima Kasih.
– Miss Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit