Assalamualaikum. Firstly thanks klau admin approve confession ni. Ni bkn cite pasal aku sbnarnya. Aku nk ceritakan pasal sahabat aku,panggil dia Lan jelah senang.
Aku kenal si Lan ni dari kecik. Kitorg membesar sama2. Lan ni duduk rumah setinggan area kl dlu. Lan ni asal dari family yg agak susah. Mak dia tak kerja. Ayah dia keje pak guard kat sebuah kilang area shah alam. Adik beradik dia ada 5 org,si Lan ni sulung. Citenya bermula tahun 2001,masa ni umur aku ngan lan 13 tahun. Ditakdirkan Allah jemput abah dia. Tinggallah tanggungjwb besarkan anak2 kat bahu mak si Lan ni. Mak dia jual la kuih sikit2, amek upah basuh2 pinggan kat gerai2 mkn n amek upah jahit nk carik duit besarkan anak2 dia. Maybe sbb stress n penat sgt kot,umur mak si Lan ni pon x panjang. 2 tahun lepas ayah dia meninggal,mak dia plak pergi mengadap Ilahi.
Masa ni umur Lan 15 tahun. Trus sume tanggungjwb besarkan adik2 dia jatuh kat bahu si Lan ni. Sikit pasal Lan ni. Dia budak yg sgt2 average blajar. Kitorg sama2 klas bwh dari darjah 1 smpai la form 3. Mmg kureng sket la part2 blaja ni. Tp 1 prangai dia. Aku xpenah tgk budak umor 15 tahun yg btanggungjwb mcm mamat ni. Selepas abah dia meninggal,dia la yg uruskan daftar skolah adik2 dia,hantar adik2 dia skolah naik bas, menonggok lepas skolah tggu adik2 dia sume balik barulah dia balik. Garang dia mcm singa. Aku penah tgk dia balun adik lelaki no 3 dia sbb kantoi pg cc. Lunyai budak tu kna libas ngan tali pinggang..hahaha..
Lepas arwah mak dia pergi, Lan ckp ngan aku dia nk berenti skolah. Nk carik keje jaga adik2 dia. Btw xde sorg pon waris nak jaga dia 1 family,even adik bradik arwah mak abah dia ramai. Yelah org susah kan. Ramai plak tu. Sape je yg nk jaga. So si Lan ni nekad la berenti skolah masa tu. Berbekalkan motor ex5 buruk arwah abah dia yg xde roadtax tu, dia mula la keje kat gerai makan. Cuci2 pinggan,amek order. Siang dia keje kedai lain. Mlm kedai lain. Aku ingt lg,shif dia siang start pkul 7 pagi smpai kdai tutup pkul 4 ptg. Upah kat sini sejam rm2. Petang plak dia keje kdai mkn lain. Start kol 6 ptg smpai pkul 3 pagi. Pon sama upah rm2 sejam. Camni la rutin harian dia hari2. 7 hari seminggu xde cuti langsung. Semata2 nak besarkan adik2 dia, nak skolahkan adik2 dia. Kalau kedai tutup mamat ni bkn nk duduk umah berehat ke apa. Mulalah dia start moto buruk dia tu g jln2 carik besi buruk la,carik tin la..mcm2 keje dia buat. Jnji ade duit. Dia keje camni smpailah cukup umur dia nk apply keje kilang. Lebih kurang 3 tahun gak la dia besarkan adik2 dia ngan hasil keje dia yg mcm tu. Tanpa duit zakat tau. Sbb dia penah try mintak, tp pakcik yg jaga kaunter zakat tu request mcm2. So dia give up. Baik aku carik duit sndri. Mntak2 pon org layan mcm pengemis katanya. Maaf org pusat zakat. Tp ni la hakikatnya.
Nak dijadikan cerita, tahun 2008 rumah yg diorg adik beradik duduk nk kna roboh. DBKL nk amek tanah tu buat kondo. So dorg diarahkan pindah. Masa ni aku tgk Lan serabut sgt. Adik dia yg no 2 tgh preparation nk ke oversea. Sorg lagi nak amek pmr masa tu. Yg bongsu nak amek upsr. Dia keje kilang je. Even ot hari2 pon brape sgt la gaji dia. Basic rm1100 masa tu. Campur ot sume dapatlah dalam 1.8k sebulan. Tu pon ot bagai nak gila. Yes mamat ni workaholic. Selagi boleh keje dia akan keje. Bygkanlah duduk kl, gaji bnyk tu,besarkan adik2 dia lg, ttbe umah nk kna ambik plak. Terduduk si Lan ni masa ni. 1st time aku tgk dia nangis. Mana adik2 aku nk duduk man.. aku xpe ko anta bawah jambatan sungai klang aku boleh tido. Adik2 aku camne..aku xnak adik2 aku jadi mcm aku. Skolah pon x abes,ape pon xde..beria2 btol dia menangis masa ni. Btol2 dia dah buntu. Yelah ape je dia tau kan. Aku pon acah2 hero bwk la si lan ni jmpe bapak aku. Aku pon bkn org senang sgt. Duduk umah PPR je. Cite punya cite,bapak aku explain la camne nk mohon umah PPR ni sume blablabla..balik tu aku tgk muka si Lan ni nmpk la berseri sikit. Xdelah mcm ayam berak kapur masa sebelum aku bwk dia jmpe bapak aku.
Dipendekkan cerita,dapatlah Lan ni sebijik umah PPR sewa kat dbkl tu. Merata gak la bapak aku ngan dia pegi nk uruskan umah tu. Pindahlah dorg adik beradik. Nak dijadikan cite plak, aku pon xtau nk ckp camne. Kagumnya aku ngan kuasa Allah. Besar btol rahmat dia. 1 hari tahun 2010. Lan ni baru lepas anta adik perempuan dia pg oversea. Mane tah blaja. Esoknya dia nk anta adik2 dia lg 2 org balik asrama. Btw masa ni dia tinggal ngan adik bongsu dia je. Lain sume blaja merata. Dia amek cuti masa ni. Kena plak time tu ade pertandingan memancing kat area kl ni. Grand prize rm5000. Bleh tahan gak la. Si Lan ni bkn kaki pancing. Cangkuk umpan pon xreti. Aku ajak dia join. Barang yuran sume aku sponsor. Tup2 dia menang grand prize. Melekat kat joran dia patin belas2 kilo. Cis btol. Aku punya barang,dia menang. Huh! Meleleh air mata dia masa amek hadiah tu. Sebak aku tgk. Rezeki kau Lan. Allah nak bagi..untonglaaaa…
Dgn duit hadiah tu,tambah2 sikit duit dia simpan, aku pon xpaham camne dia bleh menyimpan lg. Padahal gaji kecik, adik2 ramai. Hebatnye kau Lan.. dia trus g kedai hardware, cari kayu2 2nd hand n mulalah dia bertukang. Nk bukak kdai makan katanya. Dia penah keje kdai mkn dlu. So dia ni mmg pandai la masak. Kdai dia ni pacak tepi jalan je. Xde lesen2 bagai..mmg pasrah jela klau dbkl angkut..huhu.. slow2 dia buat kedai dia. Bertukang sndri tu. Xde upah sape2. Siang keje, mlm ketuk kedai. Lepas beberapa bulan maka siaplah gerai dia. Masa ni dia mula la meniaga kecik2. Dia upah bebudak mana2 yg nk keje tu jaga gerai ngan dia. Menu pon terhad masa ni. Yelah mana ada modal nk masak mahal2. Bertukarlah rutin harian si Lan ni. Siang keje kilang. Mlm meniaga gerai. Masa ni aku nmpk la hidup dia mula stabil. Bolehla dia belikan adik dia laptop utk blaja. Tp 1 rumah sebijik je. Nak pakai kna gilir2..
Lepas beberapa tahun bisnes dia makin maju. N sekarang dia dah ada restoran sndri. Dah x keje kilang dah. Alhamdulillah adik2 dia pon sume dah berjaya. Adik perempuan dia dh jd pharmacist. Adik lelaki dia 2 org blaja engineering. Sorg tgh spm x silap aku. Tggu result kot. Kat sini aku nk highlight. Betapa besarnya pengorbanan seorang abg nk besarkan adik2 dia tanpa ibu ngan ayah. Dia slalu ckp camni ngan aku. Sape la nk tegur aku ni man. Aku miskin. Skolah pon x abis. Ape pon xde. Sapelah nk pandang aku ni..
Lan,aku kagum ngan kau. Kau hebat. Kau besarkan adik2 kau start dari umur kau 15 tahun. Sanggup kau tinggalkan skolah, berenti blaja, keje mcm org gila, korbankan masa depan kau, korbankan kehidupan kau utk adik2 kau. Aku tau dia xkan baca confession ni. Tapi kalau adik2 dia baca aku nak korg jaga la hati abg korg tu. Ye dia garang. Mmg dia tegas. Dpan org pon dia akan balun korg kalau korg mlas,kalau korg xnak blaja. Tp skrg tgk la hasil dia. Kenanglah jasa abg korg tu.. carikkanla dia jodoh. Aku penat dah nk rekemen org. Korg adik bradik kawenkanlah abg korg tu. Balas la jasa dia. Jgn lupa diri ok. Utk kau Lan, trima kasih sbb jadi pendorong utk aku. Kau selalu ckp jgn jadi mcm aku,aku xde sijil,aku x sekolah. Kau kna skolah tinggi2. Banggakan mak ayah kau. Even dalam keadaan kau mcm tu pon kau still lg nak nasihat aku. Trima kasih Lan. Terima kasih bnyk2. Ni jelah aku mampu. Biarlah org2 kat sini tau wujudnya manusia sehebat kau dalam dunia ni.
Sekian dari aku. Terima kasih sbb sudi baca.. assalamualaikum..
– Man
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit