Assalamualaikum. Aku just nak say thanks a lot to admin kalau post aku ni disiarkan(harapnya disiarkan.penat aku taip ni) MUEHEHE.
Okay. apa yang aku nakcerita actually sebab tengah viral yang kes King Coco tuh kan. Aku bukan nak komen pasal dia ke apa ye. no no no. Itu biar pi lah dia dengan hidup dia. Cumanya, aku nak cerita pasal kes yang sama maca Coco tuh. and berlaku dekat family aku.
Mulanya begini. *tarik nafas dalam-dalam…okay lepaskan*
Family kami alhamdulilah bukanlah dalam golongan yang miskin, dan bukan jugak daalm golongan kaya. Kira kami ni orang biasa-biasa lah. Mak ayah aku pon dah kahwin lama. nak dekat 30 tahun. Alhamdulillah. So, basically takde masalah lah kiranya dekat family aku ni. Tapi, ayah aku selalu outstation. Dia keje luar, so selalu takde dekat rumah. Dari kecik lagi memang adik-beradik ni dah terbiasa takda ayah. Tapi hubungan dengan ayah still rapat. Takde pon jurang antara kami. sebab ayah kalau balik rumah, memang akan rapat dengan kami adik-beradik.Ayah penyayang gituw. Kira dia spend quality time dengan kami sebaiknya kalau ada dekat rumah.
Kira hubungan mak and ayah aku ni macam perkahwinan jarak jauh lah kiranya . Dah kalau perkahwinan gini apa yang penting ialah JUJUR DAN PERCAYA DENGAN PASANGAN. Macam tu lah mak and ayah aku. Mungkin sebab masing-masing amalkan sikap tuh, so takde masalah dekat dorang . Mak aku, sangat2 tabah dan kuat orangnya. Besarkan kami adik-beradik yang ramai ni sorang-sorang tanpa suami disisi. Semua benda mak aku boleh settle. Semua apa yang kami nak, mak cuba bagi. Dan the most important thing, mak aku sangat2 terapkan ilmu agama dekat kami adik-beradik. So, mungkin sebab tu jugak kami sangat taat dengan ayah even kalau anak-anak orang lain mungkin dah memberontak atau ada gap dengan ayah dorang. Tapi kami, mak sangat2 jaga tentang aspek agama. Walaupun ayah aku bukanlah kuat agama sangat macam mak, means bukan ala ostad2 gitu lah. HAHA
Then, one day(4 bulan lepas). Aku dapat meseg dari someone yang rapat dengan aku(dia stay dekat tempat ayah aku keje) Dia meseg aku . Tahu meseg apa aku dapat?
“Aku nak bagitahu something. Ayah kau ada perempuan lain dekat sini. Dia dah kahwindekat sini.Tapi tolong diamkan. Jangan bagitahu sesiapa yang aku bagitahu”
Allahuuuuu…aku punya tersentak tuh macammm…hrmmmmm.. Aku terduduk. Tak tahu nak cakap apa. Aku diam depan fon. Fikiran aku kosong. Tak dapt nak digest apa2. Tapi aku tak percaya bulat-bulat apa yang dia cakap. Hati aku kuat mengatakan yang tak mungkin ayah aku buat macam tu. Then aku cuba tanya dia kesahihan tuh. Then dia reply lagi.
“Betul. And dah anak sorang dah dekat sini”
Allahuuuuu… Ayahhhhhhhhhh…. :'(
Kali ni aku tak reply . Aku diam. Aku cuma berdoa dekat Allah masa tu. Aku doa ” Ya Allah, seandainya betul ayah aku kahwin alin, kau tunjukkan buktinya Ya Allah” . Even aku taktahu macam man aku nak daptkan kesahihah tuh. sebab ayah aku takde dekat kami. Ayah dekat sana. Mana aku nak dapat bukti? Then, Allah dengar doa aku. Malam tuh, aku tengah scroll2 gambar dekat fb, saja je lah aku bukak fb yang rapat dengan aku tuh. Tiba-tiba aku ternampak ada gambar ayah aku dekat satu fb perempuan ni. Then, aku pon tekanlah fb perempuan tuh. Ak pelik, kenapa ada gambar ayah aku tengah pegang baby. okay then, aku punya nak jadi detectie conan tuh , aku scroll smapaiiiiiilah bawah. And semuanya terbukti masa tuh. Itu fb Isteri kedua ayah. Ada gambar ayah dekat situ, ada gambar anak dia, and ada gambar isteri baru dia. Siap ada album tulis nama penuh anak dia berbin kan dengan ayah aku. Dan akgak emnyedihkan aku, isteri ayh seksi orangnya. pakaian dia mashaAllah… Dan dia pon muda nak sebaya dengan Kakak aku. Allahuuuuu…. :'(
Aku punya sedih tuh tak payah cakap. Ambik masa berapa minggu untuk aku pulih. Tiap-tiap hari aku nangis . Aku tak dapat nak fikir dengan waras masa tuh. Aku nangis sebab aku tak sangka ayah akan buat macamtu dekat mak, aku tak tahu macam mana keadaan selepas ni. Dan aku tak tahu apa aku nak buat sebab aku dah tahu benda ni, tapi hanya aku sorang je dah tahu. adik-beradik lain tak tahu lagi. Ayah kena siihir ke? Apa yang ayah nak sampai kahwin lagi 1? Macam-macam aku fikir.
And actually, aku tak sanggup nak cerita lagi. Sungguh berita ni masih tersimpan rapi dekat aku. Aku tak tahu sampai bila aku dapat simpan benda ni. Aku tak tahu sampai bila ayah nak tipu kami semua. Mak masih tak tahu. Act mak dah banyak kali pujuk ayah untuk stay je sini. Dah tak payah kerja lagi. Dah tua-tua ni just dekatkan diri dengan Allah je. Buat apa nak kejar dunia. Tapi ayah bagi macam-macam alasan. Ada je alasan ayah untuk nampak seolah-olah memang dia kena balik sana untuk settlekan keje2 dia. So, benda ni masih lagi tak diberitahu dekat kami. Dan sebenarnya aku takut sangat. Takut sebab tak tahu macam mana penerimaan seorang isteri yang sangat2 taat pada suami, isteri yang sanggup berkorban ditinggalkan seorang diri untuk uruskan anak-anak, seorang isteri yang sangat2 kuat untuk terima berita yang suami tercinta kahwin lain. Sungguh aku takut apa yang akan berlaku.
Hingga saat ni, aku berdoa moga-moga Allah permudahkan urusan kami semua. Aku tak tahu apa cara yang aku perlu lakukan ntuk next step. Aku tak tahu nak refer kepada siapa untuk bawa bincang masalah ni. Aku takde contact number pakar2 kunseling yang mungkin dapat bantu aku selesaikan maslaah ni. Aku pon masih terkejut dengan berita ni yang aku dapat tahu dalam 4 bulan yang lepas. Mohon kalian yang ada cadangan untuk beri bantuan kepada aku :(
Dan pesanan kepada para suami sekalian, tolong tolong dan tolong . Sebelum korang kahwin tuh, betulkan niat dulu. Kenapa korang kahwin. Pastikan niat betul nak kahwin kerana Allah. Dan kalau nak kahwin lain pulak, mohon fikirkan anak-anak, mohon fikirkan isteri korang . Jangan ikut hawa nafsu semata-mata. Korang memang tak rasa . Korang seronoklah . Tapi yang beri kesannya dekat kami anak-anak ni. Aku sampai sekarang tak boleh nak move on and tak fokus dengan study bila fikir masalah tuh. Terlampau kesian dengan mak. Mohon korang fikirkan dari banyak aspek. Benda bab kahwin ni melibatkan banyak pihak. Bukan korang je. Dan mungkin jugak kalau bagi yang tak kuat ilmu agamanya, apa yang anak-anak akan buat? Mungkin akan membenci ayah sampailah mereka tua. Dan mungkin jgak menyebabkan dia dah tak percaya dekat mana-mana lelaki. Mana tahu kan. Kesan yang korang kadang tak fikir.
Aku mohon doa kalian untuk doakan semooga semuanya berjalan lancar. Aku dah tak snaggup sebenarnya nak simpan masalah ni. Dah banyak akli aku try nak buat appoinment dengan kauselor area U aku ni. Tapi masing-masing busy. (Mungkin Allah tak izinkan lagi) . Mohon tembakan doa dari kalian untuk kami sekeluarga kuat terima ujian ni. Aku juga turut berdoa agar semuanya baik-baik sahaja. Setiap manusia akan diuji kan :)
Terima kasih baca cerita aku yang boleh tahan panjang jugak.
– adik King
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit