Sembilu Angin Merah

Assalammualaikum admin dan para pembaca iiumc. Niat aku bukannya nak buat novel pun kt blog ni, cuma ni akhir perkongsian aku mungkin untuk anda semua. Sebenarnya, zaman remaja aku ni memang penuh dengan pemberontakan emosi, yalah dalam menempuh 3 tahun zaman buli tuh aku memang usaha sebaik mungkin untuk kawal diri dan dapat result gempak. Alhamdulillah result aku memang gempak dan ranking dalam 1 sampai 5 dalam tingkatan. Apapun, aku dan para pembuli tuh kini dah berkawan sebab aku pegang satu prinsip je “orang bagi tahi kita balas bunga”.

Ok kembali kepada topik, jujur aku katakan aku sebenarnya bersyukur sebab diuji banyak dugaan yang berat juga bagi aku tapi aku faham orang lain juga punya dugaan yang lebih berat daripada aku. Sebelum aku berpindah ke rumah baru, ketika aku berumur 7 tahun, aku lihat kesihatan ayah semakin hari semakin teruk. Ayah seorang yang rajin bekerja tak pernah dia merungut namun aku terdengar ibuku kata dia tak mampu nak pergi kerja.

Pada usia aku yang sementah tuh manalah aku faham apa yang jadi. Waktu tuh, aku lihat dada ayah sentiasa merah dan berpeluh, dia tak boleh lansung nak keluar rumah pergi kerja. Walaupun dia baru nak melangkah dia akan terus muntah dan dada dia akan membara kepanasan. Aku masatuh perhati dengan pandangan kosong, tak faham apa jadi. Tapi, ibu dah menangis kt tepi pintu. Ibu nampak risau juga, nak dibawanya ayah pergi klinik dia tak reti memandu. Terpaksalah ibu minta tolong jiran hantar ayah pergi klinik.

Hari demi hari, ubat ayah makin habis tapi kesihatan ayah tak pernah beransur pulih. Aku risau juga walaupun aku budak kecil tapi hati aku ni sayang ibuayah. Dan bulan demi bulan, ayah terlantar atas katil. Aku lihat wajah ibu, dia hanya ceria tapi aku tahu ibu risau. 3 bulan ayah menderita, muntah setiap hari dan paling menderita dada dia akan sakit bila nak maghrib. Rantai emas terpaksa digadai untuk menampung perbelanjaan harian. Ibu suri rumah sepenuh masa dan hanya bergantung harap kt ayah yang berniaga. Kehidupan kami tidaklah susah mana tapi bila ayah sakit agak terasa juga kesempitan wang. Aku kesian lihat ibu dan ayah waktu tuh.

Suatu hari tuh, ibu bawa ayah jumpa seorang ustaz, aku tidak ikut kerana jaga adik yang masih kecil ditemani dengan ibu saudaraku. Bila ibu pulang, aku lihat wajah ayah kurang pucat tetapi masih sakit sedikit. Aku curi-curi dengar perbualan ibu dan ibu saudaraku (biasalah budak kecik) “terimakasih kak jaga anak-anak adik, hmmm dia disihir angin merah kak”. Aku tak faham apa itu sihir, mungkin bagi aku penyakit teruk sampai kena bedah, yalah budak darjah 1 apa je dia tahu, yang dia tahu merayap main kejar2 lepastuh balik makan. Sebenarnya, aku korek semula cerita ayah kena sihir ni masa aku kt matrikulasi. Ni pun sebab ayah tipu kata dia tak sihat sikit je, uih dia punya tak sihat sampai 2 minggu tak kerja, kan nampak bebenar tipunya. Isyh ayah ni. Sepanjang hidup ayah, dia disihir 3 kali dah biasalah adat orang berniaga ada je yang sakit hati tapi yang sakit tuh ayah aku, hati anak mana je tak luluh nampak ayah dia terlantar macam nak mati tak boleh buat kerja lansung !!

Kali kedua ayah kena waktu aku di matrikulasi dan kali ketiga ayah kena semasa semester lepas aku di Universiti. Setiap kali bila aku call ayah, dia pura-pura sihat dan ibu akan kata “along ayah kau tuh kena buat orang lagi, ni pun dia baru balik berubat, along jangan sedih ya fokus belajar, ibu pun terkena tempias sikit tapi tak seteruk ayah, along jangan risau fokus je belajar, dapat keputusan cemerlang nanti happykan ibu ayah ya.” Sebak. Aduh ibu ni kenapa kata macam tuh lagi menitis air mata aku ni.

Pernah sekali aku beranikan diri tanya ayah, “ayah tahu tak siapa yang sihir ayah?”
– Ayah tak mahu tahu pun along, buat apa simpan dendam? Ayah nak hati ayah redha terima qada qadar Allah dan biarlah mereka dihukum Allah. Ayah dah maafkan.
Aku diam. Kenapa ayah ni, Allahu, aku tak mampu jadi setabah ayah. Aku faham ayah menderita tapi ayah ajar aku untuk tabah dan sabar. Ayah selalu kata sabarlah along, hidupkan adatnya dugaan, Allah sayang kita. Sebak. Mungkin, sebab aku dah banyak sangat nampak manusia mengkhianati keluarga aku, dan aku juga pernah dikhianati jadi aku pujuk hati aku agar ambil ikhtibar daripada apa yang jadi. Dan walau besar manapun dugaan masalah kita, tolong kuat kerana Allah.

Dont worry guys ! Allah kan ada. Allah sayang kita. Assalammualaikum.

– Nirwana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit