Terima kasih kerana sudi siarkan kisah yang dah lama berlaku , tapi masih jelas dalam ingatan kepala aku. Perkara ni terjadi semasa aku masih di bangku sekolah, sebuah asrama dekat kawasan hutan. Aku ni jenis yang suka berpagi-pagian aka morning person. Sampai aku dilantik untuk jadi tukang kejut subuh kat asrama. Lazimnya, selepas selesai kejut subuh satu asrama, aku akan terus ke surau, yakni before subuh lagi. Sambil-sambil tunggu masuk waktu, baca quran ke solat sunat sebagainya. Jarak antara asrama dan surau lebih kurang 7 minit jalan kaki, kalau gelap-gelap sebelum subuh tu, kena berani lah sikit untuk jalan sorang-sorang. Disebabkan sekolah aku ni dekat hutan, macam-macam haiwan yang aku pernah terserempak on the way ke musola ni. Antaranya, terserempak babi hutan. Gigih aku zikir supaya tak dikejar…kalau tak memang tak cukup tanah berlari dan menjerit, confirm misi kejut subuh aku berjaya hari tu! Tapi apa yang aku nak cerita ni memang lain sikit, dan sampai sekarang aku masih mencari hikmah kenapa aku kena lalui benda macam ni.
Pagi tu, masa lalu kawasan wuduk lelaki, aku terpandang kelibat classmate aku. Aku cam baju melayu yang dia pakai malam semalam. Tak tahu kenapa terdetik nak notice kehadiran dia di surau hari tu. Sampai depan kawasan wuduk perempuan, lampu koridor masih terpadam seperti biasa. Cuma aku musykil sebab ada sepasang selipar kat situ. Ada orang dah sampai surau ke pagi ni? Baru aku teringat, mangga pagar asrama pun dah terbuka juga, sebab selalunya aku akan jadi orang pertama buat semua ni. Bercadang nak berwuduk di tingkat atas surau/kawasan solat perempuan, aku ignore selipar tadi dan menuju ke tangga.
Tiba-tiba dalam kegelapan pagi, suatu lagi perkara aneh berlaku. Muncul pulak kelibat seorang lelaki bersweater dan hoodie menutupi kepala, berjalan perlahan menuruni anak tangga, sambil kedua belah tangan diletak dalam poket sweaternya. Senyap tanpa sepatah kata. Boleh bayang tak perasaan aku? Aku terus pandang kaki beliau untuk rule out possibility of “jin or hantu”..haha..dan aku 100% yakin itu manusia. Kalau boleh, nak je tanya “Apa kau buat kat kawasan solat perempuan? Aku tak takut jika ‘dia’ adalah lembaga. Aku lebih takut kalau ‘dia’ pelajar nakal yang nak cari pasal. Sebab sekolah aku ada beberapa kes budak mengendap. Naik atas surau, aku spent like few minutes untuk cek betul-betul keseluruhan kawasan. Nak pastikan tak ada lelaki-lelaki lain menyorok ke di sebalik langsir or telekung…ha, ha,nampak tak trauma sangat aku masa tu! Cuma satu bilik kecil je aku tak periksa sebab bilik tu terpencil sikit . Yang peliknya lagi, aku perasan bilik tu dah terbuka lampu masa aku naik. Aku fikir mungkin orang terakhir semalam terlupa nak tutup lampu.
Yakin tak ada lelaki, aku pun nak prepare untuk solat. Tiba-tiba, satu lagi perkara aneh berlaku. Ni memang aku terjerit sikit sebab betul-betul terkejut! Sedang aku baru nak berwuduk, ada suara menyapa aku dari belakang. Seorang kawan perempuan yang dah ready nak solat pandand aku dengan wajah seperti kerisauan. Memang la aku terkejut. Aku sangat yakin tak de orang lain kat atas tu, tiba-tiba dia muncul tegur, dalam keadaan yang dia dah siap nak solat. Dia cakap dia berjalan belakang aku tadi, dan baru sampai. Dia bersungguh-sungguh cuba yakinkan aku yang dia datang kemudian setelah aku, tanpa aku tanya. Tolong jangan nak menipu aku okey. Baru aku faham kenapa ada selipar masa aku sampai dan kenapa lampu bilik kecil tu menyala!
Sekarang baru aku faham, semua perkara aneh yang berlaku sepanjang pagi ni. Perempuan dan lelaki berhoodie yang aku terserempak tu ala-ala pasangan cinta monyet gitu. Apa yang mereka berdua buat kat surau awal-awal pagi macam ni? Untuk pastikan yang lelaki berhoodie tu adalah benar lelaki yang aku bayang, aku tanya clasamate yang aku terserempak kat tempat berwuduk tadi. Baru ku faham, kenapa aku notice kehadiran classmate aku nih, dialah bakal menjadi saksi bahawa aku terserempak dengan lelaki berhoodie, bukannya hantu! Classmate aku terus cakap, lelaki kedua yang muncul di surau pagi tu adalah lelaki berhoodie tadi! Betullah tekaan aku…
Di sekolah pagi tu, aku berhadapan dengan dua orang sahabat cinta monyet aku ni untuk dapatkan kepastian. Tapi mereka membantah dan menafikan. Malah cuba menenangkan aku kerana aku dikatakan ternampak kelibat ‘hantu’ yang menyerupai mereka! Hebat betul hantu kat sekolah ni, pilih untuk menyerupai pasangan cinta monyet gitu…Aku yakin sangat dengan kewujudan syaitan dan jin, sebab dalam quran memang ada nyatakan mereka sebagai makhluk Allah juga. Tapi untuk kes ni, aku marah sangat bila mereka cuba berdalih dan cuba meyakinkan aku bahawa apa yang aku nampak pagi tu cuma ilusi dan hantu jelmaan mereka. Apa kes aku nak ilusikan korang? Please!
Aku marah sebab aku rasa mereka cuba memperbodohkan aku. Aku bukannya orang yang ada six sense ke pape. Aku cuma nak dengar “Ya, memang kami ada kat surau pagi tu”. Dapat bayang tak situasi bila kau nampak orang yang kau sangat kenal kat suatu tempat, tapi bila disoal, dia cakap tu bukan dia, entah-entah kau nampak hantu? Aku rasa benda ni tak pernah setel sampai sekarang. Aku bukannya nak report kat warden ke apa yang aku nampak. Ke diorang sebenarnya cuba sorok apa yang diorang buat berdua-duan pagi tu? Aku cuba sedaya upaya untuk bersangka baik. Aku cuma nak pastikan yang aku nampak tu adalah manusia. Tu je!
Peristiwa tu sikit pun tak affect kegiatan aku pergi surau awal pagi. Aku tak fobia or trauma or jadi penakut pun selepas tu. Cuma, sampai sekarang aku masih keliru dan tak faham kenapa Allah takdirkan aku lalui peristiwa tu. Mungkin Allah nak ajar aku erti bersangka baik dan jangan takut selain kepada Dia. Dan, sentiasa berwaspada untuk meyebarkan cerita yang aku sendiri tak yakin kebenarannya. Aku yakin, setiap benda yang berlaku pasti ada hikmah. Kalau bukan untuk aku, mungkin untuk pasangan sahabat aku tu.
Ke aku memang nampak hantu sebenarnya??? Jengjengjeng
– confuse
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit