Aku Solat, Tapi…

Aku solat, tapi aku selalu mimpi bukan-bukan dan betis lebam-lebam. Kenapa eh? (Ini pengalaman ngeri aku, bukan orang lain).

Eh, assalamualaikum. Aku nak cerita sikit mengenai pengalaman aku sewaktu belajar di salah satu universiti ni. Kisah ni tak ada ke kena mengena pun dengan uni yang aku belajar, tapi pengalaman di hostel. Ya, aku memang suka duduk di hostel berbanding rumah sewa sebabnya banyak kemudahan di hostel. Masa tahun pertama memang standard kita tak boleh pilih roommate, maknanya roommate kita adalah random. Masa diploma aku dapat roommate pangkat kakak-kakak, dan dia sangat baik/tak tinggal solat/mengaji dan rajin belajar. Jadi pengalaman roommate dengan dia sangatlah okay dan very inspiring sebab dia best student untuk course dia ke untuk overall entah, aku tak ingat sangat. Relationship roommate kami adalah selamaa tiga tahun, sebab selesa dengan masing-masing.

Jadi, bila degree pun aku mengharapkan benda yang sama, dapat roommate yang bagus-bagus juga. Aku expect seorang yang pembersih, dan jaga solat, lain-lain aku tak kisah sangat. Sebab aku memang jenis rimas kalau bilih bersepah dan tak terurus. Solat memang penting lah sebab dosa aku pun dah banyak, aku tak nak tanggung dosa kering sama bila di tanya di mahsyar kelak. Nak dijadikan cerita, roommate yang aku dapat ni berbadan besar. Aku risau dah masa tu (ya aku mengaku yang aku ni agak judgemental). Dalam hati doa banyak-banyak agar dia bukan seorang pemalas.

Tapi, roommate aku yang baru ni ya tuhan dia punya malasnya. Dia kalau setakat tak menyapu tu aku tak kisah sangat, ala sapu je la kecoh apa. Jadi tiap-tiap hari aku lah yang sapu lantai. Dia ni jenis yang makan tinggal macam tu je. Ya Allah rimasnya aku. Dah makan tu basuh la Tupperware tu manusia (sampai berkulat weh dia punya malas tu)! Sampah polystyrene tak buang, cawan tak basuh, beli air sejuk gantung menitik-nitik dekat lantai, kain kotor longgok dengan kain bersih. Kau banyangkan betapa aku masuk-masuk bilik lepas habis kelas macam mana dia punya tongkang pecah? (serupa macam Fabreze punya commercial kot!).

Sampaikan aku punya stress, masa dia tengah tengok movie sambil makan, aku buat-buat busy kemas bilik, aku kemas sekali barang dia, lantak dia nak marah ke, nak cakap aku cross line ke aku tak kisah. Malu beb kawan aku datang nak study, tengok bilik aku macam tu! Ada selera ke nak masuk? Jadi aku kemaskan dengan harapan dia kan terdetik dihati nak kemas sekali dengan aku. Tak. Jawapannya ialah TIDAK. Dia teruskan tengok movie sambil makan dan aku jadi tukang kemas. Nak cakap sikit yang aku jenis suka diam bila marah, dan memang baran sikit perangai bila benda yang aku nak tak seperti aku harapkan. Aku marah-marah aku diam je sebab bila aku buka mulut tajam nya lidah aku macam pisau. Semua kemarahan aku, aku lepaskan melalui perbuatan (yang kemas bilik tu la sebab aku rasa lega lepaskan kemarahan cara mengemas macam tu)

Tapi yang tak eloknya perangai aku ni, aku kemas campak-campak barang (sebab tengah marah). Mana-mana botol/sampah/plastik aku jumpa bawah katil dia aku campak dekat pintu. Dan dia terus buat tak peduli. SETIAP KALI. Belum lagi bila dia pakai makeup calit-calit yang comot-comot tu dekat dinding. Dinding tu dah macam apa aku tengok. Grr! Cerita pasal solat, aku solat, dia tak solat. (Serious aku tak tahu cara nak tegur orang macam ni), tapi aku pernah tanya dia sekali. “Awak tak solat ke?” Dia cakap kaki dia sakit dari rukuk sampai bangun balik untuk rakaat seterusnya. Entah lah nak.

Tapi, banyak kejadian aneh berlaku masa aku sebilik dengan dia. Contohnya, aku selalu minpi bukan-bukan, betis aku kerap lebam-lebam. Sungguh aku pelik, aku solat, aku mengaji (alhamdulillah aku praktik kan hari-hari sebab aku teringat cikgu mengaji aku cakap masa first time aku khatam 15tahun lepas. “Nanti dah khatam jangan biarkan Al-Quran berhabuk, nanti lidah keras”) Aku pegang kata-kata tu sampai sekarang. Tapi tu lah, bila aku roommate dengan dia macam-macam benda pelik jadi dekat aku. Nak jadi kan cerita, aku tak sebilik dengan dia lagi next semester kononnya nak buat experiment lah pasal ni. Memang, yang pelik tu semua tak ada dah. Alhamdulillah.

Mungkin betul orang cakap, benda-benda macam tu suka tempat-tempat kotor. Jadi, tolong lah, nak keluar boleh bercantik-cantik, tapi jaga dalam (rumah, bilik, hostel, dsb) bersihkan bilik tu, jaga solat, jaga kebersihan, kita ni ada agama bukan boleh macam tu je, kesian dekat orang lain.

Sekian pengalaman ngeri aku. Assalamualaikum.

*p/s: yang tak baik pasal aku jangan ikut. Contohnya, baran.

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit