Assalamualaikum… Tujuan confession ini adalah untuk memberi peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati dan cuba dapatkan beberapa pendapat daripada orang terdekat sebelum melakukan sesuatu.
Bermula dari awal tahun lepas, aku terpaksa berhadapan dengan kesan daripada kebodohan aku kerana terlalu percaya kepada manusia walaupun ada pertalian keluarga. Dua tahun lepas, bapa saudara aku mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Macam yang kita tahu, kos hidup di Kuala Lumpur agak tinggi. Tapi gaji yang ditawarkan tak de la rendah mana. Boleh untuk hidup, lagipun dia tidak perlu bayar sewa kerana boleh tinggal di rumah mak tiri (baik) dan kos-kos lain tak tinggi sangat sebab masih solo. Hidup la dia kat Kuala Lumpur tu dengan eloknya selama lebih kurang dalam 4 5 bulan. Masuk bulan kelima, dia start rasa x cukup. So untuk cukup kan tu, dia desak-desak aku untuk mohon kredit kad untuk dia guna. Nama dia dan blacklist jadi tak boleh mohon. Pada mulanya aku memang tak nak sebab dah tahu sakit nya macammana kalau guna kredit kad. Mula-mula memang ok, tapi nanti kita x sedar yang kita terpaksa menanggung hutang yang banyak. Aku berkeras xnak mohon. Tapi hari-hari mesej, hari-hari call, bukan sekali, boleh kata setiap minit, tanya dah mohon ke belum. Aku baut x tahu. Tapi last sekali, dia yang mohonkan melalu ats talian (akaun bank pun dia guna nama aku sebab dia x boleh buka akaun bank). Dia just minta aku untuk submitkan slip gaji dan kwsp je. yang lain dia dah setel. Hanya Tuhan yang tahu betapa serabutnya aku saat tu. Katanya untuk backup duit tol dan minyak bualn2 je. bukan untuk kegunaan lain. Jadi kerana fikirkan dia memang banyak tolong sebelum ni, jadi aku pun submit apa yang bank perlu. Dalam 2 3 hari, kad kredit lulus…
2 3 bulan penggunaan ok lagi. Pastu dia mula minta benda lain. Kali ni dia nk penapis air pulak. Aku buat x tahu (dia call n mesej sepanjang masa) sampai la satu hari tu, dia mesej, nanti orang penapis air call, jawab ya je. semua benda lain dia dah urus (guna nama aku jugak). nanti pembayaran, syarikat akan tolak dari kredit kad. Tak tahu la samaada aku ni rasa terhutang budi, kesian, baik sangat atau memang bodoh. Aku ikut je jawab ya kat orang penapis air tu. So bermula la penolakan dari kad kredit.
Sebab ada rasa was-was jugak dalam hati aku sebab aku tahu pak sedara aku ni jenis macammana, aku ada la cek-cek jugak statement kad kredit. Tapi oelh kerana sibuk, ada 2 3 bulan aku terlepas pandang. Sekali aku tertengok, dia telah buat pembelian telefon pintar yang baru keluar (korang tahu la berapa harga telefon samsung yang baru keluar kan? yang paling canggih time tu) dengan kad kredit. Ya Allah, memang menyirap darah waktu tengok tu. Aku tanya dia kenapa buat pembelian tu, mampu ke nak bayar, dengan interest lagi. sedangkan bende tu x perlu pun. Dia jawab mampu bayar. Ok la aku bersabar. Malas nak bertekak sebab dia pun dah beli pun. Lepas dari tu, dia cover bayar bulan-bulan kat kad kredit RM 1000 sebulan. Tu yang bayar, tapi bulan-bulan still guna lagi untuk pembelian. Jadi macam x bayar la sebab x bergerak pun baki hutang hujung bulan kad kredit tu.
Mula-mula ok, pastu smpaila ke 4 5 bulan kemudian, dia dah start ngadu x cukup duit nak bayar dah. hujung bulan mesej pinjam duit lagi. Sebab fikirkan kesian dan jasa dia sebelum ni, aku bagi la jugak dia pinjam walaupun aku sendiri masa tu xde duit. dengan nak kene tanggung keluarga lagi (adik beradik ramai, semua masih belajar, ayah tak ada). Aku masih bersabar. Pastu dah start slow-slow nampak akan berlaku masalah besar. Satu bulan tu (xingt bulan brapa), aku tunggu-tunggu dia bank in kan bayaran untuk kereta (atas nama aku dan bank autodebit akaun aku) dan bayaran loan peribadi (pun atas nama aku dan juga autodebit akaun bank aku), tapi kecewa plus marah. dia boleh mesej je cakap, “bulan ni x mampu bayar hutang”. Tu je mesej yang aku dapat. Tak ada pertanyaan samaada aku ada duit nak tolong bayar tak, minta maaf ke, x ada. Hanya Tuhan yang tahu rasa macammana waktu tu, dengan duit dah xada sebab bank dah autodebitkan dan aku pun xde syak yang dia x akan bayar, jadi aku expect yang ape yang bank tolak tu, dia akan bayar, jadi ada la balik duit aku. sekali x ada. Dah terbayang dah macammana aku nak hidup bulan tu dengan makan minum keluarga lagi. Sakit… Terpaksa aku pinjam duit ofis dulu untuk tampung perbelanjaan.
Rupa-rupanya tu bukan kali pertama dia buat kat aku macam tu. dengan yang dah lepas tu x bayar, awal tahun lepas dia buat hal lagi. Dia hanya bayar duit kereta dan hutang peribadi je. Yang kad kredit dia x bayar. Memang dah tertunggak banyak. Aku masih bersabar. Memang waktu ni, dia mesej ke, dia call ke memang aku x jawab. yang aku nak tahu, dia bayar hutang. tu je. Waktu ni, dia duk push-push untuk aku buat personal loan lain untuk dia nak kawin. perkara yang sama berlaku. call n mesej sepanjang masa. Memang serabut sangat-sangat. Tapi aku gagahkan jugak cakap x nak. Cukup-cukup la hutang sebelum-sebelum ni. Dan aku yakin, kalau aku mohon pun memang x lulus sebab dah ada bad record sebab x bayar kad kredit kan. Memang aku dah dapat agak dah. Mesti masalah akan lagi besar sebab dia nak kawin. Mesti duit x de untuk bayar hutang. Dan ape yang aku agak tu betul2 berlaku. Start dari sebulan sebelum dia kawin (pertengahan tahun lepas), dia memang x bayar semua hutang-hutang dia (kad kredit, kereta, penapis air, pinjaman peribadi, dan pinjaman ngan aku). Dia hanya mesej, “x boleh bayar hutang, duit xde, gaji sikit n bla-bla”. xde permohonan maaf, usaha untuk bayar, atau lain-lain. xde.
Bermula episod sengsara bagi aku. start dari bulan tu, dia x bayar semua hutang-hutang dia. Aku mesej x balas. Aku buntu. Aku contact keluarga dia (adik beradik tiri) yang menetap di Kuala Lumpur, aku bagitahu pasal hutang-hutang ni dan minta tolong nasihatkan pak sedara aku untuk bayar hutang. Tahu ape yang aku dapat lepas tu? Baru dia balas mesej aku. Tapi bukan mesej untuk bagitahu bila nak bayar. Tapi mesej maki hamun, cakap aku sebarkan aib dia. Aku xkan contact orang lain kalau dia balas mesej aku. Aku ambil keputusan untuk minta dia pulangkan balik kereta aku yang dia guna sebab aku yang bayar bulan-bulan sekarang ni. Dia xde balas mesej aku. Langsung xde. Bank hari-hari call aku minta aku buat pembayaran kad kredit yang tertunggak. Panas hati Tuhan saja yang tahu. Berpuluh-puluh mesej aku hantar, 1 pun x balas. aku buat tindakan drastik, aku block no telefon yang dia guna (juga atas nama aku). Bila dia thu aku block no dia, dia mesej aku maki hamun, cakap aku bodoh, minta hutang macam orang gila, dia xboleh nak buat keje, aku dah menyusahkan dia n bla-bla. Kemudian, dia hantar balik kereta aku. Aku xkn minta kalau dia bayar.
Berlarutan beberapa bulan tetap sama, dia diamkan diri, x bayar hutang. Aku contact keluarga dia, kluarga dia marah aku balik sebab libatkan orang yang xde kaitan (aku faham sebab memang bukan kluarga dia yang berhutang, jadi aku x contact dah keluarga dia sebab xnak timbul masalah lain). Pilihan yang aku ada, aku contact isteri dia sebab dia xde balas mesej aku. Apa yang aku dapat pun sama. Bila dia tahu aku contact isteri dia, dia mesej aku, maki-maki cakap aku ni nak suruh dia bercerai, cakap aku kurang ajar. Isteri dia pun macam kluarga dia jugak, lepas tangan (aku faham dan aku x salahkan diorang sebab yang bodohnya aku). Kemuncak cerita, baru-baru ni, Allah nak tunjuk kan kat aku, Allah hadirkan rasa untuk aku tengok fb dia. Ada gambar dia pergi bercuti ke luar negara dengan gembiranya. Aku mesej kat gambar di fb tu untuk dia hubungi aku segera (aku xde sebut pasal hutang atau apa). Berlaku pergaduhan antara kau, isterinya dan dia. Yang mana dia mesej aku, “ko tunggu jela, nnti aku bercerai dengan bini aku”. Aku xde masalah pun dengan hubungan dia, yang aku tuntut adalah hutang. Itu sahaja. Benda ni berlarutan sampai sekarang. Dan sekarang aku redha (tapi aku x halal), aku pun dah x contact dia, isteri dia, atau keluarga dia. Sekarang hutang kad kredit dah mencanak naik. Aku pun dah buntu macammana untuk pembayaran tu sebab gaji aku skrg ni hnya untuk bayar hutang-hutang lain (kereta 2 biji termasuk yang aku guna, pinjaman peribadi dan lain-lain). Nama pun dah blacklist dah sebab bayaran tertunggak.
Maaf tulisan agak panjang. Cuma kat sini, aku nak minta supaya kisah aku ni dijadikan teladan dan pengajaran untuk semua. Samaada yang meminjam atau yang memberi pinjam. Walaupun ada ikatan kekeluargaan (pak sedara), tak boleh letak kepercayaan dalam hal melibatkan kewangan. Sebab bila jadi macam ni memang sakit sangat. Terpaksa buat 2 3, kadang 4 kerja untuk tampung bayaran hutang orang (melibatkan bank, susah). Kalau dia pinjam duit aku sendiri, aku kaya dan mampu bayar semuanya, mungkin aku halalkan je sebab aku malas nak fikir. Ni bank duk call hari-hari tanya bila untuk buat pembayaran, nama masuk ccris. Stress hanya Tuhan yang tahu. Nasihat saya kepada yang memberi pinjam atau yang memberi guna nama, elakkan la, kalau nak bagi jugak, tolong la buat perjanjian hitam putih bertulis, supaya senang urusan akan datang. Dan nasihat saya kepad yang meminjam, ingatla hidup ni x lama, hutang tu akan buat segala amalan kita kat dunia ni tergantung (yang ni untuk akhirat) dan untuk yang didunia ni, tolong la fikir dan ada hati perut sikit sebab perbuatan tu dikira menganiaya orang dan kamu menganiaya orang yang susah. Walaupun di atas dunia ni kamu senang lenang, boleh bercuti, makan kenyang, tido lena, x semestinya di akhirat nanti akan rasa benda yang sama.
Terima kasih.
– Yang Teraniaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit