Orang Rumah

Salam.

Dua tiga kali juga duk padam lepas tu tulis lepas tu padam balik, taktaulah nak letak tajuk apa. Orang rumah maksudnya isteri atau suami kan? Halalkan je lah ye, aku nak cerita pasal keluarga aku.

Aku anak ketiga dari tujuh beradik. Adik-beradik kami terdiri dari empat lelaki, tiga perempuan. Disebabkan kami bertujuh beradik, rumah kami, kami gelarkan ‘Istana Pelangi’ kahkah, istana la sangat. Kenapa pelangi? Ibu aku cakap, tujuh-tujuh ni, takdak satu pun yang serupa dengan yang lain. Perangai, muka pun lain-lain semua. Adalah sorang dua ikut muka atok belah ayah, dia ni ikug makcik belah mak, dia tu ikut muka sepupu (?). Jangan tanya aku, aku pun tak faham macam mana buleh jadi macam tu. Huhu. Tapi ampa jangan buat drama nahh, takdenya drama anak angkat, tertukar anak ke apa macam drama Korea tu. Semua anak kandung ibu ayah aku okay.

Ceritanya,

Adik-beradik lelaki aku semua pandai masak. Yang itu aku puji. Haritu aku balik kampung jap, sampai je rumah, depan pintu lagi dah bau rempah2 sup. Ingatkan ibu masak sup untuk aku bila tahu aku nak balik huhu. Rupanya adik aku yang baru habis SPM tu tengah masak sup tulang. Hoi menangis aku, aku tak pernah2 masak sup tulang. Aku tanya la awat hang rajin sangat, susah2 buat sup tulang. Dia jawab, saja ja. Aku lapar, aku bukak peti ada tulang yang dari raya haji haritu, bukak kabinet rempah2 sup ada, aku buat je lah. Aku yang kakak dia terkejut besar. Sejak bila budak ni pandai bersup sup segala. Dulu setakat nasi goreng, masakan simple2 tu tahu lah. Adik laki aku yang bongsu pulak, darjah dua. Pagi tadi lepas subuh aku tengok dia busy kat dapur. Aku biar je, lapar la tu. Tak lama lepas tu, siap la nasi goreng untuk ramai-ramai makan. Dah kenapa diorang ni? Kenapa tiba-tiba ampa terer masak ni?

Tapi bila fikir balik, abang aku dulu pun macam tu lah. Ayah ibu sibuk kerja, selagi tak tenggelam matahari, takkan nampak muka ayah ibu kat rumah. Abang long dan bangah lah yang masak untuk kami adik-beradik. Aku pun boleh lah buat nasi goreng masa darjah tiga, sayur guna sayur frozen campur tu. Pastu tengok adik-adik kuis kacang hijau, heh aku pun tak suka yang tu tapi paksa makan sebab dulu orang tua cakap kalau tak makan yang tu, takleh jadi orang besar. Aku nak jadi orang besar cepat2.

Sebab adik-beradik lelaki pandai masak, pantang rasa nak makan, terus depa masuk dapur. Kelentang kelentung kejap kat dapur, hah siaplah makanan depa. Paling basic yang kena ada kat dapur, tepung gandum. Ada yang ni, dah boleh buat lempeng. Ada tambah2 lagi, upgrade la jadi cucur udang ke, penkek ke. Macam bangah aku, dia suka benor la tengok AFC kat astro tu, lagi satu chanel 727, lupa dah nama apa, malas nak keluar bilik tengok. Dia suka show Anna Olson terutamanya, Jamie Oliver semua-semua tu lah. Kalau dia balik, walaupun dua hari, wajib dia buat kek satu pastu masaklah steak ke, apabenda yang orang putih tu buat. Barang rumah habis cepaat je kalau dia balik, nasib baik dia ni jenis yang tinggal duit sebelum pergi kerja hahaha.

Dan sebab-sebab ni juga lah, adik-beradik lelaki aku semuanya besor-besor. Haih. Cuma sekarang tinggal tiga yang besor. Adik yang spm tu, sebelum spm tiba-tiba dia tekad berexercise berdiet segala, maka turunlah 23kg dalam masa 4 bulan. Aku tak balik rumah dalam masa 4 bulan tu, balik nak beraya hari tu terkejut wehh tengok adik sendiri. Nasib baik tak terjerit cakap ada orang tak kenal dalam rumah je hahaha.

Jap bagi aku ruang untuk promote diri dengan adik2 perempuan aku jap. Disebabkan adik-beradik lelaki aku pandai masak, tak semestinya kitorang duduk je tunggu semua terhidang tau. Yang adik Siti Cahaya Kemenangan ni boleh lah takat nasi goreng, masak sardin, goreng2 yang senang2 tu boleh lah. Yang adik Siti Cahaya Bulan hmm bolehlah masak nasi dengan maggi huhuh. Aku? Eih bolehlah takat yang mudah-mudah, alah sekarang google je nak masak apa. Tapi yang remeh macam tulang lemvu tu aku tak suka masak kalau aku yang nak kena bersihkan sebab aku tak suka main-main dengan lemak dia hahahaha. Okay minta maaf angkat bakul sendiri, korang nak muntah, silakan muntah. Ye lah, kalau aku tak cakap, nanti ada la yang komen cakap yang perempuan tiga orang tu tak reti apa-apa ke?

Okay, sambung pasal adik-beradik lelaki aku. Aku sebenarnya risau tengok gaya pemakanan depa yang bertiga tu. Yang spm dah setel, yang tiga lagi tu ya ampun. Tak jaga makan langsung. Abang long dengan bangah taklama lagi nak kahwin, untunglah ada orang nak. Tapi still, macam-macam penyakit boleh datang dengan saiz badan macam tu. Haritu aku jumpa abang long aku kat bandar, kitorang keluar makan la. Lepas tu sebelum balik, aku minta singgah Tesco jap nak beli bekal makanan duduk kolej. Lepas habis beli tu, amboi aku tengok dalam plastik dia penuh dengan cikedis dengan air mirinda. Haih! Umur dah lanjut, makannya macam budak lagi. Aku membebel depa taknak dengar. Taknak la dah jadi apa-apa baru kelam-kabut nak cari ubat.

Nak masak nak makan banyak takpe, tapi paling kurang selit lah sikit senaman bagi keluar peluh tu. Air putih minum banyak sikit, ni duk minum air manis. Tapi tu lah, tak dengar kata semuanya. Geram!

Sebab apa aku concern macam ni? Sebab awal disember haritu, pakcik aku kena potong kaki. Lama dah duk masuk keluar wad, tapi ye lah orang tua depa mana nak dengar apa orang muda cakap. Keluar wad lepastu minum teh tarik (?) Lepas kena potong ni, baru nampak sedih insaf menyesal segala. Tapi dah terlambat kan.

Adik-beradik aku tu, dengar lah nasihat aku ni. Yang bukan adik-beradik aku pun, dengar lah juga nasihat aku. Berjaga-jaga sikit dalam pemakanan. Minum air putih banyak-banyak. Orang pesan ni sebab sayang. Ok tu jelah ceritanya.

P/s : aku letak nama macam tu sbb aku follow cerifa Markonah tu, nak tengok hampa boleh teka dak nama aku hihi. Tapi jangan cari fb nah takkan jumpa punya.

– Siti Kejayaan yang Membahagiakan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit