Psioriasis

Assalamualaikum..
Terima kasih admin siarkan confession saya. Mesti ramai yg tak tahu apa itu psoriasis kan? Kecuali org yang mengalami atau kenal org yg ade di sekeliling mereka.. Ya aku adalah pengidap psoriasis.

Psoriasis ni penyakit kulit yg tidak boleh sembuh ( mengikut kajian ). Die macam sejenis kayap kurap atau eczema. Tp bukan. Kulit jadi kering berkuping pedih luka semua ade. Aku kene sakit ni start umur aku 17 tahun ( skrg dh 26 thn) . Mula2 aku kena dekat bhgn kepala.. Mase mula2 tu aku biar kan je. Ingat kn tak ade pape sampai la melarat ke satu kepala..

Die bersisik tebal.. Bayang kn dkt kepala dgn rambut aku yg tebal nye.. Ade lah dua tiga kali pernah botak kan kepala dgn harapan sembuh.. Pergi ke mcm2 klinik tp tak jalan jgak.. Lame2 melarat sampai ke badan. Awal nye kecik2 menjadi besar. Mase tu ak separuh sedar la tentang penyakit ni.

Family aku mula perasan yg aku punye badan merah2. Mase tu umur aku dlm 20 tahun. Bayangkan selama 5 tahun aku diam kan pasal sakit aku ni. Family aku pon bising kenapa sakit tak bagi tahu. Kene bebel la.. Aku ni jenis tak nak menyusah kan dia org. Korang jgn mcm tu taw. Ape2 hal Utama kan family.

Selama sakit ni aku hanya pakai 1 ubat ( steroid) tu je memg baik la tp sekejap je nnti dtg lg. Ada lah dalam 2 3 tahun pakai. Steroid ni bahaya taw sebenar nye. Nanti ak cerita kan ape bahaya nye. Bila aku dah kerja duduk depan pc aku rajin la search sakit ni. Dulu tak tahu pon ape name sakit kulit ni..

Sakit ni memang datang kan tekanan dekat aku.. Penat sakit gatal. Bile luka tgh kering ya Allah sakit tak terkata.. Dah baik dkt satu kawasan tu datang dkt kawasan lain pulak.. Bile nak baik ni!!. Sepatut nye kene pantang makan. Ayam telur seafood jgn la sentuh. Memg tak tido malam hoii kalau mkn. Tapi aku ni degil mkn jgak.. Hmm tanggung la sendiri..

Banyak kali jgak pergi berubat kampung.. Sembur sireh kunyit tu dah biasa.. Masa mula2 tu malu la jgak.. Tapi fikir nak baik kan.. Kita ikhtiar. Dah jadi macam ni aku lebih peka ape itu psoriasis.. Aku selalu research penyakit ni mcm mane. Ape tak bole ape yg boleh. Steroid memg aku dah stop tak pakai.

Ak stop pakai steroid start aku pakai ubat utk sakit pso ni. Doktor tu bekal kan ubat ubat herba dr india. Banyak testimoni sembuh dr pso ni. Tp mahal jgak kos dia. Tp nak sembuh aku try la. Banyak la pantang larang makan die.. Tp kadang aku tak kuat jgak..Langgar la sikit2. Sekarang ni aku pakai lg. Ubat makan dan sapu. Klu pergi berubat aku stop ambil ubat dulu. Nnti sambung balik. Buat masa ni ubat ni pd aku ok. Tp tak la sembuh sepenuh nya. DiA just kawal pso aku.

Tapi satu je masalah family aku still tak faham ape tu psoriasis.. Bile aku terang kan diorang still tak faham.. Bila pergi berubat kmpg je harapan dia orang aku akan sembuh. Tapi tak semudah tu dan aku tak letak harapan yg ak bole sembuh. Kdg2 aku mls nak pergi berubat sbb ak dah set yg pso ni tak akan sembuh. Pso ni memg hilang tapi dia akan muncul balik..

Yang tahu aku sakit ni family aku je. Kawan2 aku semua tak tahu. Aku takut dia orang jijik dgn aku. Yela mesti dia org fikir aku ade kurap kayap.. Harap2 satu hari nnti dia org faham aku dan faham ape tu psoriasis ( tetibe aku jd sebak).

Semalam pergi berubat dgn ustaz dkt kampung ayah aku. Baru bape minit ustaz tu bace2 tetibe ntah kenapa aku rasa sedih sebak sgt.. Tetibe perasaan tu dtg. Aku nangis semahu mahu nye. Aku tak hirau kan dah org sekeliling. Ustaz tu kata keluar kan je apa yang aku rase aku tanggung selama 8 9 tahun sakit. Dan kali ni aku memg berharap aku akan sembuh.. Aminn

Yang kali ni berubat rasa dia lain sikit. Aku harap aku akan sembuh.. Ni sebelum aku tulis confesion ni aku baru siap sapu ubat.. Ustaz tu buat ubat dr bedak sejuk campur dgn daun apa tah. Air untuk minum. Lain2 untuk mandi. Uuu pedih dia tak yah cakap. Rasa nak meraung..

Satu lagi aku nak cakap yang aku dah tunang dan akan berkahwin.. Tunang aku tak tahu pon yg aku ade sakit ni.. Aku takut nak bg tahu. Aku takut dia tinggal kan aku.. harap sgt yg dia boleh terima aku walaupun aku dlm keadaan ni.. Tapi aku redha kalau ape yg Kami rancang kan tak jadi. Aku percaya jodoh allah dah tetap kan.. Tengah kumpul kekuatan mcm mana nk terus terang sebenar nya.

Pasal steroid tu memg bahaya. Dia boleh effect organ dalaman kite. Dia tak boleh ambil dlm jangka masa yg lama.. Bayangkan aku pakai dlm 2 3 tahun.. Uii seram. No steroid lg. Nak tahu lebih lanjut boleh la google pasal psoriasis ni.

Sekarang ni pso aku dah nipis sbb aku pantang mkn. Nasihat aku pd sesiapa yg ade pso tu makan tlg pantang. Aku makan ikan sayur buah tu je.. Benda manis pon kurangkan kalau boleh jgn ambil. Jgn makan bende panas contoh nya durian dan sebagai nye. Ayam telur seafood tolak tepi. Lebih kan minum air masak. Kawal tekanan. Kalau apa yg kita mkn tu mendatangkn gatal2 dan pso naik abaikn tak payah mkn. Dan berdoa semoga kite sembuh dari penyakit.

Allah sedang uji aku. Tolong kawan2 semua doakan aku sembuh dr psoriasis sepenuh nya ye. Aminn

– Hamba Allah yang sedang di uji

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit