Dysfunctional Family

Aku tak pasti sama ada aku mengalami depression atau hanya sebab aku dikelilingi oleh negative people.

Which is mainly family aku sendiri.

Aku perempuan yang dah berumur 30an dan masih bujang tapi masih duduk sebilik dengan 3 adik lelaki. Kami tinggal di flat 2 bilik. Ya, aku kakak sulung sebilik dengan adik beradik yang masing2 dah akil baligh.

Aku sejak kecil suka pendam perasaan. Puncanya aku penat dengan perangai mak ayah yang suka over react, ungkit-mengungkit, tuduh membuta tuli dan suka marah aku depan orang lain (adik2, sepupu, pak/mak cik dll). Boleh kira dengan jari je pun (less 5 times) berapa kali aku pernah jawab balik berbanding kekerapan silent-treatment yang dah sebati sepanjang hidup aku. Paling koman aku tulis surat dan luah beri diorang.

Aku contoh produk overprotective parents. Susah since sekolah rendah nak keluar dengan kawan2. Sampai aku developed suka being alone dengan dunia sendiri. Sampai la masuk universiti. Aku mula rasa bebas dan craving more for it. Aku terpilih sebagai ahli committee beberapa kelab dan kadang2 perlu balik malam. Dulu belajar di Damansara dan rumah di KL. Ulang alik naik public transport. Yang aku geram mak kerap call dengan short gal in between walaupun aku dah inform earlier aku akan balik lewat dan akan balik sekian2 dengan sekian2. Bebel tahap ungkit mengungkit berulang. Bila aku dah naik train dia pesan ‘cepat sikit!’. Sedangkan masa tu baru sampai beberapa stesen berdekatan dan masih jauh. Nak kena tunggu bas lagi tapi diulang cepat balik. Aku mencarut2. Aku naik rebel hari ke hari. Lama2 tanggungjawab makin besar dan paksa aku banyak masa di kolej. Aku slow talk tapi tak jalan. Tulis surat tapi gaduh juga dalam phone. Lama2 dapat greenlight.

Aku sewa luar dan jauh out from the family flat selama 4 tahun. Tenang sikit sebab ada space sendiri. Every weekend aku balik KL. Lama2 aku rasa malas nak balik sebab rumah family aku makin packed dan tak terurus. Adik beradik lelaki aku ni being treated like KINGS. Mak aku manjakan sangat sejak kecil. Sebab tu aku naik keras kepala. Sejak kecil memang aku sahaja yang mengemas cuci bagai. Mak ayah jarang marah atau benarkan dorang bertiga buat kerja rumah. Kalau rumah semak. Aku kena marah. Awal2 pesan masing2 cuci pinggan mangkuk sendiri, letak barang diguna ke tempat asal, sapu mana yang kotor dll. Lama2 mak ayah aku buat hal pula. Cakap tak serupa bikin.

Macam2 teknik atau sistem aku cuba buat kasi rumah organized tapi tak kekal lama. Adik beradik aku tak ada common sense. Baju dorang mak aku cucikan dan lipat. Bila dah lipat tak reti simpan dalam almari. Dorang letak la mana ruang ada. Kerusi, meja study etc. Suka test2 baju pastu tak reti lipat semula. Baju dah cuci tapi tak pakai lagi terus mistakenly mak aku terbasuh semula. Dah tegur tapi tak jalan. Berlarutan sampai sekarang. Barang2 aku, aku urus sendiri. Tapi aku yang kerap kena cuci dan sidai baju semua orang. Kalau baju aku dah siap spin. Selagi aku tak attend to it, selagi tu tak ada siapa tolong. Kalau baju dorang, mak aku suruh aku tolong. Sedangkan adik beradik aku relax dan free. Mak aku nampak aku je tapi aku mengelegak dan kerap menitis airmata tiap saat aku buat kerja rumah. Kadang2 aku dalam bilik buat kerja, mak didapur memasak manakala adik on the phone dan tengok tv di ruang tamu, boleh mak aku panggil aku yang agak jauh suruh isi air dalam mesin basuh. Aku pun menurut dan mencarut dalam hati. Aku tak vokal. Aku dah imun pendam memendam.

Adik aku sorang suka pergi workout bina badan dan ada gf. Aku angin sebab dia selalu tidur lewat dan bangun lewat. Mak aku okay with it. OKAY membenarkan bukan dia sahaja tapi semua ketiga2 adik aku membuta sampai matahari tegak atas kepala. Kalau aku bangun tidur waktu tengahari, bagai kiamat rumah. It’s fine for everything for the sons to do but not for the only daughter. Balik lewat, lepak dengan kawan2, travel jauh2, goyang kaki at home like a boss. Semua anak lelaki boleh. Anak perempuan tak boleh. Adik aku yang sado tu aku pelik dia boleh angkat berat bagai, rajin pi kerja, rajin bergayut dengan awek tapi pinggan mangkuk sendiri pun susah nak luang masa cuci. Teaspoon satu pun biar je. Aku suka buat kerja mencuci/mengemas/membersih bila semua out of my sight. Maka aku pickup all their messes dan settlekan dengan fikiran kusut aku sekali airmata sorang2 di sinki. Dalam bab minta tolong buang sampah nak kena bahasa kasar baru nak gerak. Mak ayah aku ni juga suka collect free gift from groceries haul. Pastu hoard makan space setiap inci rumah yang ada. Kemudian hari again complaint rumah semak dan aku dipersalahkan. Aku give up. Aku reached tahap aku biarkan dan apa2 benda cecah kaki aku masa gerak dalam rumah and bukan milik aku, aku tepis dengan kaki instead of angkat dan letak to where it supposed to be seperti biasa aku buat dulu. Aku penat. Everyone keep consuming stuffs dan not responsible for it. Aku rimas.

Kawan2 aku tak pernah datang rumah. Ada yang teringin nak datang tapi aku come up dengan beribu raban alasan tak boleh terima kedatangan dorang. Sebab kondisi rumah macam siri Hoarders. Tahap mild la. Aku malu dan sedih. Kami tak pernah buat makan2 dengan saudara mara dan jiran masa perayaan apa. Nak juga merasa tapi family aku macam ni. Aku sedih, pendam dan teruskan hidup macam ni. Setiap hari kemas tapi tak kemas. Tak kekal kemas tempoh lama. Aku mula datang rasa biarkan je la. Tapi aku buat juga for the sake of mata aku sendiri. Aku dah luah dan suggest kurangkan barang tapi mak ayah aku perli pedas. So aku punya plan nak rumah kemas mula terbantut.

Lepas 4 tahun sewa luar aku diminta pulang stay KL dengan kondisi rumah makin teruk. Its not a home. Aku rasa more deserving untuk dianggap store buruk. Sebab rumah berbau, cobweb merata, kulat bagai. Lagi satu aku stress pasal aurat aku. Sebab aku share bilik kami 4 beradik. Malu. Tak ada privacy. Mak ayah aku see nothing wrong about the sharing. Aku tak sedap hati. Ini berkait dengan overprotectivness mak bapak aku. Anak perempuan stay under one roof. Pandai2 la bawa diri. Mak aku rajin pi kelas agama tapi mula developed perangai guna hadis/piece from quran untuk buat aku down. Korang tahu sekarang banyak kes sumbang mahram dan adik beradik rogol daging sendiri. Aku risau. Dok pesan dan control aurat aku dengan laki luar tapi sesama adik beradik tak kawal. Aku rasa malas nak solat sebab tak ada space dalam rumah. Sesak. Adik beradik takde common sense. Kemas sikit, tak lama lepas tu semak. Setiap kali nak solat kena alih baju diorang, barang diorang, itu jatuh ini jatuh dah ambil masa nak solat. Sampai tahap aku malas nak solat. Aku fikir apa guna aku solat dengan kondisi keluarga macam ni. Tak berubah. Makin teruk. Aku lebih takut mak ayah berbanding tuhan sebab apa2 aku nak cuba usul diorang akan over react. Aku semacam dah jadi minah turut/robot. Tak mampu berdiri atas kaki sendiri untuk hidup.

Sikap pendam perasaan aku makin makan diri aku yang dah 3 dekad lebih. Ia affects friendship, pembawaan diri masa kerja dan luar dll. Aku try seek help untuk check sama ada aku ada depresi atau tidak tapi tetap aku pendam sebab pernah luah ke beberapa orang tapi feedback aku terima lebih kepada judgemental. Lebih ramai salahkan aku dengan kata aku over emosi. Aku tahu aku tak mampu kawal lagi. Aku perlu bantuan. 3 dekad aku pendam macam2 benda. Aku serik orang pesan suruh jaga hubungan dengan tuhan solat bagai. Aku need help selain amalan ibadah tu.

Aku nak pesan kat orang luar sana, kalau kau planning nak ada anak ramai please make sure kau sediakan tempat tinggal yang sesuai. Jangan nafikan perasaan dan hak anak kau. Treat dua2 jantina equally. Latih anak buat kerja rumah sejak kecil. Jangan letak segala hal rumah atas bahu anak perempuan. Mak bapak sama2 main peranan dan bukan mak sahaja. Jangan manjakan anak. Dah akil baligh kau nampak kesan buruk jangan baru mula nak menyesal. Anak2 cermin mak bapak. Plus, jangan expect anak yang dipinjamkan tu to provide bigger house and membesar cemerlang beli luxuries dan tanggung bayar hutang kau. Jangan bebankan anak untuk tanggung the mess you made. Sediakan space besar bukan untuk dipenuhi barang tapi untuk masa bersama keluarga. Benda material tak bernyawa. Baik kau fikir faedah ruang kosong luas untuk luang masa sefamily.

Banyak lagi benda terjadi tapi ni sahaja aku mampu share. Aku masih pendam suffer sendirian dan semacam makin bitter dengan orang sekeliling. I am worried. Sebagai penutup, aku nak inform few months lepas aku reached tahap max boiling point aku. Aku luah kemarahan dan segala apa aku pendam bertahun2 kat mak aku lepas tindakan dia marah aku openly depan saudara mara. Aku sentuh soal maruah dan malu aku akibat kes marah depan orang lain in high tone. Halfway luah, aku buat pertama kali merasa makan penampar kuat 2 kali dan rahang aku bermasalah seminggu lebih since then. Aku tak mampu tulis lagi sebab aku tahu masalah aku tak akan selesai dan orang tetap akan salahkan aku.

– Nadiah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit