Mak Mistik

Assalamualaikum. Thanks to admin sekiranya kisah ini disiarkan. Aku sebenarnya nak ceritakan kisah arwah mama aku. Ya, mak yang aku sayang dah takde dah sejak 5 tahun lepas.. So aku just nak cerita segala yang terpahat di memori aku sementara aku masih ingat. Mak pun dah takde untuk ceritakan balik semuanya…

Ok, aku rasa mak aku ni special orangnya. Walaupun aku kurang faham sebab masa tu aku kecil lagi, tapi aku tahu benda-benda pelik or mistik selalu terjadi pada dia dan dia pun selalu ceritakan pada aku.Mak aku tak pasti samada dia ada kelebihan six sense atau tak sebab benda2 mistik atau benda halus ni rajin menyapa dia.. Ok aku cerita sikit apa yang pernah jadi.

Ada satu malam ni kami adik beradik tengah duduk tengok movie dgn mak sekali. Aku ingat sangat walaupun masa tu rasanya aku baru darjah 6. Kami tengok movie ‘Predator’. Ala cerita makhluk asing yang ganas dan rakus tu. Kalau korang tak tahu, cuba korang google je mesti keluarkan benatang tu… So dipendekkan cerita, tengah kami lepak melayan cerita tu ramai2, mak pun undur diri. Dia cakap “ish seram cerita ni, taknaklah mama tengok..karang mama mengigau pulak”.. haha kami gelakkan je mak aku masa tu..dia memang kaki tido awal.tak reti nak tido lewat sangat ni.

So takde apa2 berlaku sehinggalah keesokan harinya, mak aku sembang dengan aku.. Dia cakap semalam dia tak boleh tidur, penat bergaduh dengan Predator. aku pun macamm ehhh mak aku biar betul…aku selidik punya selidik, dia pun ceritala semuanya. Mak kata, semalam dia terjaga…tiba2 dia nampak satu lembaga ni sebijik mcm Predator berdiri depan dia (waktu ni aku tak tahu nak gelak or nak takut). Dia kata Predator tu kacau dia tidur. Dia bergusti gusti dan tendang Predator tu. Lepas tu Predator tu hilang melalui dinding dan jatuh ke bawah. ok for info, rumah aku rumah apartment. Aku macam tak percaya..and aku yakinkan dia tu mimpi jekot. Tapi mak aku kata memang betul mak aku diganggu Predator tu. Terkumat kamit mak membaca segala ayat yang dia tahu…So, nak jadikan cerita petang tu aku turun ke tingkat bawah, rumah kawan aku. Tiba2 aku tengok dia tengah baring, demam menggigil. Aku tanyala mak dia kenapa dia demam makcik? yang paling tak best kau tau tak mak dia jawab apa?? oh semalam anak makcik tidur kat ruang tamu, dia cakap dia nampak ada “lembaga kepala besar” dekat balkoni, mcm terjatuh kat situ,. Lepas tu terus demam anak makcik….woooosshh!bederau darah aku. Takkan tu “Predator” yang mak aku lawan kot?? Sampai hari ni aku masih tertanya-tanya..adakah suratan atau kebetulan.

Ada lagi satu kejadian yang aku tak boleh lupakan sampai sekarang..kami dulu tinggal di kem tentera.Kem ni memang ceruk sikit lokasinya. Boleh dikategorikan sebagai tempat jin bertendang haha..suatu hari ada jiran kami di blok hujung kena serangan histeria. Ramailah ustaz2 dan jiran2 yang pergi melawat.. Ok yg aku geram nya mak aku yg super sensitif ni gatal2 pergi melawat kawan yang kena histeria tu. So selesai dia melawat tu dia pun baliklah rumah…malam menjelma… mak aku dah tido awal dah. Aku, abang sulong aku (Along) dan adik aku kat ruang tamu tengah tengok TV. Ayah aku takde masa tu sbb ayah ni kira PJJ la dgn kami. Tiba2 kami kat ruang tamu dengar mak aku jerit2 dalam bilik.. Terkejut beruk jugalah masa tu. Kami semua lari masuk bilik mak. Ya Allah, aku tengok mak aku dah macam kena hysteria. Dia terbaring meronta-ronta sambal tangan dia tergapai-gapai ke atas. Mak menjerit “Pegi!!!!! Jangan kacau aku!!!!” Sekejap mak aku menangis, sekejap mak aku ketawa mengilai-ngilai. Oi seram sangat aku tengok mak aku masa tu. Aku dengan adik aku menangis je..Jin apela yang kacau mak aku kali ni. Memang macam bukan dia langsung.

Aku baru tingkatan berapa masa tu, tak tahu nak buat apa. Nasib baik Along aku ada belajar sikit2 la ilmu penyembuhan. Dia panggil mak aku byk kali, dia bacakan ayat suci Al-Quran dekat mak aku sampaila mak aku tenang sikit. Malam tu aku duduk sebelah mak aku sambil bacakan Surah Yasin sampai aku tertidur. Keesokan harinya mak aku cerita dia bangun nak solat subuh. Bila mak keluar bilik dia ternampak satu lembaga macam seorang nenek yang bongkok berambut putih. Nenek tu melilau-lilau satu rumah seolah-olah sedang mencari jalan keluar. Mak aku pun cepat2 bukak pintu belakang dan nenek tu pun keluar dari rumah. Mak aku kata, mungkin benda tu ikut mak aku daripada rumah kawan dia yang kena hysteria tu. Cari2 jalan keluar tak jumpa, lepas tu kacau la mak aku.

Begitulah sensitifnya mak aku. Mak aku ni memang pantang kalau abang aku keluar melepak sampai pukul 3 ke 4 pagi. Sebab bila abang aku balik rumah time macam tu, mak aku yang kena tempiasnya. “Benda” yang ikut abang aku akan ganggu mak aku. Ada satu hari tu mak aku tension sebab tak boleh tidur. Dia kata lepas abang aku balik, hantu cina dok buat pancaragam kt dalam bilik tidur dia. Bising sangat katanya bunyi “tong ceng tong ceng”. Dengan muka selamba mak aku bercerita. Mengucap panjang aku dengar haha. Begitulah kekdahnya kalau mak aku pun balik lewat or lalu dekat hutan banat. Maka bila malam nak tidur, bersilatlah dia kat bilik tu. Kadang2 aku saja suruh mak aku describe rupa benda2 tu.. Mak aku cakap ada yang biasala ada yang besar berbulu..ada yang menyerupai perempuan rambut panjang berkerinting dan muka hitam. Fuh besar cabaran hidup mak aku ni nak kena tengok benda2 mcm ni…

Kalau nak bercerita memang takkan habis rasanya. So far cerita ni yang masih segar dalam ingatan aku. So aku stop kat sini dulu ya. Semoga korang terhibur dengan pengalaman aku dan mak aku ni.. Thanks korang yang sudi baca cerita aku ni.
Korang sedekahkanla Al-Fatihah pada arwah mak aku ni ya…Terima kasih semua!

– Airis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit