Bismillah
Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan luahan rasa ini (jika disiarkan). Ini cuma pandangan dan teguran seorang guru dari utara tanah air. Dikekelilingi sekolah-sekolah terbaik di daerah ini, sekolah saya hanyalah terdiri dari pelajar-pelajar “terbuang”. Kebanyakkan pelajar kami ialah pelajar yang tidak diingini oleh sekolah lain. Bermasalah. Keputusan tidak memberansangkan. Tidak pandai menulis. Tidak pandai berbahasa Melayu.
Terkadang rasa sedih. Teringat kali pertama mengajar. Terkejut melihat wujudnya anak2 muda sebegini. Bukan sahaja bermasalah dari segi pembelajaran. Tetapi jugak perangai. Apabila dikaji. Inilah kesan domino. Kesan hasil perangai IBU BAPA.
Kebanyakkan pelajar saya mempunyai masalah keluarga. Ibu lari dari rumah. Ibu bapa bercerai. Bapa penagih dadah. Akibatnya anak2 ini membesar bersama tok dan wan yang turut terpaksa menjaga adik2 dan sepupu2 mereka. Mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa sebarang didikan dari ibu bapa. Mereka merokok, berlumba, mengambil dadah, melakukan seks luar nikah dan sebagainya. Hasilnya? Mereka membesar, berkahwin, dan turut menghasilkan anak2 yang sama seperti mereka. It’s a never ending cycle. Dari dahulu, hingga sekarang.
So please parents.
1.Jika anda ada masalah bersama pasangan, janganlah babitkan anak2. Janganlah hasut anak anda untuk membenci pasangan anda.
2. Please, janganlah kahwin dua sekadar untuk memuaskan nafsu. Banyak anak didik saya, anak isteri nombor dua yg ayahnya tinggal enth dimana, balik sekadar memuaskan nafsu. Tolong sedar diri. Yg tak mampu bagi nafkah secara adil, tetapi gatal nak berbini lebih. Akibatnya, anak terbiar isteri merana.
3. Jika anda bercerai dan kahwin semula, tolonglah jangan tinggalkan anak2 hasil perkahwinan sebelum itu dengan tok/wan mereka. Mereka sudah tua dan xmampu untuk menjaga dan menegur anak2 anda.
4. Jika boleh, jangan galakkan anak anda untuk bekerja. Kebanyakkan anak2 di sekolah saya dibenarkan bekerja walaupun semasa hari persekolahan. Sifat anak2, apabila sedar diri mampu mencari wang sendiri, tanpa kawalan dari ibu bapa, persekolahan bukan lagi keutamaan.
5. Pantau dan kawal selia anak anda. Dirumah, your kids are angels. Diluar? Mungkin tidak. Kami ada kes dimana ibu bapa tidak percaya anak mengambil ketum walaupun diberitahu oleh pihak sekolah. Jadi please, jangan percaya anak anda 100%. Jika boleh, jangan sediakan motor untuk mereka. Anda sebenarnya memberi ruang untuk anak2 anda menyalah gunakan kemudahan yang anda sendiri sediakan. Selidik kawan mereka. Kenal pasti waktu pembelajran dan kokurikulum mereka. Pastikan anda berhubung dan kenal guru2 mereka. Periksa hasil kerja mereka
6. Akhir sekali, berilah didikan yang sebaiknya untuk anak2 anda. Maaf. Letih rasanya untuk mengawal anak anda sedangkan yang lain perlukan perhatiam. Tolong. Sekolah bukan pusat pemulihan akhlak. Jangan serahkan soal mendidik akhlak 100% kepada guru. Jangan memberi alasan untuk anak anda. “Biasalah cikgu budak2 mencarut”. “Biarlah cikgu dia nak buat apa pun. Jangan ponteng ja” “Biasalah cikgu budak2 nak cuba benda baru”. Well, yang biasa itulah yang susah nak diubah. Jangan sudah menjadi buluh, baru sibuk nak dilenturkan. Anak2 kini adalah ibu bapa masa hadapan. Anda bertanggungjawab untuk masa depan yang lebih baik.
Bantulah kami guru. Kami cuba untuk memberi yang terbaik. Tapi tanpa ibu bapa, it’s not going to work. Parents are their first teachers. So teach them well. We’ll take care of the rest.
Terima kasih.
– Teacher N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit