Thanks admin sebab approve perkongsian ni. Ni bukan confession tau. Sekadar berkongsi pengalaman dan tips-tips untuk adik-adik yang masih belajar, bakal bergraduasi, sudah bergelar graduan dan sedang mencari pekerjaan. Saya dulu pernah rasa duduk tempat korang so nak share lah sikit pengalaman dan tips ketika atau sebelum anda masuk ke dalam sesebuah organisasi baik sebagai pelajar praktikal, sukarelawan atau newbie.
Saya tak punya diploma cuma ada degree dalam pure science. Semasa belajar dengar cakap parents duduk hostel dan tak sewa rumah (cukup sekadar aktif dalam satu persatuan untuk kekal stay dalam hostel) juga tak buat part time job walaupun tahu duit PTPTN memang tak cukup nak tampung makan. Habis study, tunggu convo cepat-cepat cari apa saja pekerjaan so that nak bayar sewa jubah convo tak perlu minta kat parents. Dapat kerja contract basis 3 bulan saya jadi guru ganti kat sebuah sekolah rendah. Itu pun bertemankan mak p isi borang direct jumpa officer kat pejabat pendidikan after detect which school yang ada cikgu tengah cuti bersalin.
Selesai convo, masuk sukarelawan macam SL1M atau mana-mana company yang offer internship. Try jaja diploma and degree korang. Resume dan cover letter buat biar berhemah sikit. Melambak kot template dalam internet. Kalau apply dan hantar resume through email, jangan main attach saja. Karang siap-siap tujuan korang hantar resume. Kalau kita nakkan sesuatu, buat dengan penuh passion dan dignity. Dah bergelar graduan kot.
Saya masuk sebuah organisasi kerajaan. Syukur. Tapi elaun tak sampai seribu after potong EPF. Takpa anggap ja baru nak timba experience. Convocation tu bukan satu pengakhiran sebaliknya satu permulaan. Saya kurang gemar melihat students time convo time tu jugak bawa banner, bunga nak melamar pasangan masing-masing. Kalau dah ada kerja takpa jugak. Parents memang tak cakap depan-depan tapi sila consider dalam diam jauh di lubuk hati, dorang nak merasa dulu gaji korang, penat lelah dorang berhasil setelah bagi korang belajar sampai university.
Masa baru masuk, observe sekeliling. Tips saya, mulakan bergaul dengan otai-otai macam saya seorang perempuan, saya prefer berkawan dengan senior perempuan yang ada circle of friends yang seimbang. I meant dalam circle of friends dia tu both ada yang junior ada senior. Trust me, you learn a lot kalau bergaul dengan kedua-dua lapisan era ni. Mindset semua lain-lain. Elak dari masuk campur politik office like jangan negative terhadap semua perkara, berkawan dengan semua orang. Ringankan mulut untuk ukir senyuman. Jangan fikir langsung perkataan buli macam korang fikir word ragging setiap kali nak p orientasi. Kalau senior suruh photo copy, photo copy je la jangan banyak bunyi. Ilmu baru tu since lecturer tak pernah ajar pun macam mana nak operate photo copy machine time kuliah dulu.
Photo copy jangan sekadar photo copy saja. BACA DOKUMEN YANG ANDA PHOTO COPY. Mana tahu korang boleh mencelah time boss tengah cakap pasal benda yang korang photo copy tu. Pengalaman saya, boss impressed kalau suddenly kau mencelah as if you know what he or she means it especially dalam hal-hal pejabat. Rajinkan bertanya dan jangan duduk sambil main phone saja tunggu kerja boss bagi. Cari je la apa-apa kerja. Filing ke, tanya-tanya prosedur kerja kat senior ke, baca ISO ke apa. Jangan lupa kalau dalam sesebuah organisasi tu ada banyak department, make sure korang tau semua core activities setiap section so that tak la terkial-kial nak sumbat semua info masa induksi nanti.
Ini pengalaman saya sepanjang sukarelawan selama hampir 3 tahun sebelum diambil kontrak kurang dari setahun. Prinsip saya, jangan pernah berhenti belajar. Bersyukur duduk dengan family, saya ambil keputusan sambung buat master tapi bukan dalam bidang sains since pekerjaan saya sekarang jauh tersasar dari aliran sains. Saya buat master in social science instead. Kena tahu, sedar dan cepat-cepat adapt dengan dunia anda sekarang. Let’s say la anda ada degree in aqua marine la katakan, market untuk scope anda sah-sah very limited tak pun memang langsung tiada. So, lupakan gulungan ijazah anda dan cuba venture bidang lain, maybe in your second interest. Jangan pernah cakap menyesal belajar aliran degree atau diploma anda sebab Tuhan sentiasa ada sebab untuk meletakkan kita pada satu-satu tempat atau situasi. Saya anggap ilmu sains saya sebagai asas pemikiran kritikal untuk diadaptasikan dalam pekerjaan. It is like bila kau buat kerja kerani, do it macam hasil kerja seorang budak degree. Output should be more than apa yang orang lain harapkan.
Dalam saya sebagai pekerja kontrak, saya tak lupa untuk apply mana-mana kekosongan especially di organisasi sendiri. Ingatlah, once anda sudah berada di dalam organisasi, dipanggil temuduga ibarat sebelah kaki sudah berada di dalam organisasi tersebut. Our attitude dorang perhatikan lama di luar bilik interview dan bukannya dorang judge dalam bilik selama 15 minit temuduga tersebut. Ini adalah dalam kes saya yang sudah ada di dalam sebuah organisasi.
For those yang masih mencari pekerjaan, jangan mudah putus asa. Dan jangan goyang kaki saja di rumah. Buat saja dulu mana-mana pekerjaan freelance atau paling senang is offer untuk ajar tuition since korang dah ada ijazah. Part time saya sebagai tutor pada masa yang sama dalam usaha untuk belajar bahasa ketiga.
Perjalanan saya tak sampai di sini. Jauh lagi tapi selagi masih muda, lengkapkanlah diri anda dengan pelbagai skills dan sijil-sijil pengetahuan sebab who knows semua itu adalah tiket untuk kita punya peluang yang lebih cerah untuk dapat jawatan yang lebih tinggi. Berbuat baik dengan semua orang pada masa yang sama upgrade your self-value. Sekarang ni competitive sangat nak cari pekerjaan. Jangan terkejut bila anda minta kerja scale SPM bersama candidates lain yang punya master dan phd. Lagi satu, mengikut pandangan saya, utamakan mencari pengalaman bekerja terlebih dahulu daripada anda berkira-kira mahu sambung terus belajar tanpa henti sehingga ke phd. Melambak sangat dah kot mereka yang punya phd kat negara kita ni but still jobless. Competition memang sengit but once the boss knows you have more experiences despite anda cuma ada kelayakan akademik yang jauh lebih rendah, chances for you to get job is higher. Expected salary pulak jangan ridiculous sangat. Check on market. Fresh graduate dah minta 6.5k tu menempah maut namanya. Saya dulu nak letak 2.5k pun bergegar jari nak taip resume. At last I settled down with 1.5k~2k for entry level.
Suka saya ingatkan di sini. Ini cuma sekadar perkongsian pengalaman saya bukan menunjuk-nunjuk atau I’m doing things better than you. Ambik yang positif buat sebagai guidelines. Saya dulu juga menyesal berbulan madu ketika zaman belajar tapi tak menyesal ambik keputusan untuk cari apa saja pekerjaan tanpa menitikberatkan ijazah. Malu itu ada tapi kalau tak buang, tak ke mana. For those yang takut sangat dengan English sampai pergi interview pun cuak takut kena tanya dalam English, tak apa. Goreng saja. Broken pun tak apa janji jangan malu nak bercakap. Kalau tahu lemah dalam English, apply kelas malam atau paling jimat, jadikan amalan dengar lagu English, hafal lirik, baca semua artikel dalam newpaper English, tengok movie English dan baca buku English.
Jom kita sama-sama struggle untuk survive. Dunia ni cruel. Kalau tak percaya, try ah tunggu after graduate tengok camne. Hehehehe.
Regards.
– Dylan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit