Aku Anti Lelaki

AKU ANTI LELAKI

Salam iium. Terima kasih kerana siarkan cerita aku. Dah lama sebenarnya aku nak confess di sini tapi tak tahu bagaimana nak bermula.

Manusia ni suka judge trauma yang orang lain hadapi sebelum mengenali kenapa begitu.

Aku nak cerita kisah hidup aku supaya orang yg senasib dengan aku dapat fikir positif. Aku dah berkahwin. Berkahwin kali ke dua

Perkahwinan pertama aku bertahan sebulan sahaja. Aku ni dulu memang rajin sangat belajar fiqh dan sebagainya. Jadi mestilah aku impikan seorang lelaki yang juga sama-sama minat kepada agama dan faham agama. Aku pun berkenalan dengan bekas suami aku. Orangnya baik. Semya orang yg kenal dia cakap dia baik. Kaki masjid. Kaki kuliah. Berakhlak. Orang tua-tua pun suka la sebab dia pun ramah.

Duit untuk kawin, kami kongsi berdua. Aku kerja siang malam untuk bantu dia cukupkan wang hantaran kawin.

Selama aku kenal dia, 2 tahun. Dia memang baik dan sangatlah beriman. Di fb nya semuanya tulisan sangat beriman. Dia selalu bagi hadiah mahal-mahal dekat aku. Dia selalu bagi duit untuk aku belanja. Dia rajin juga komen dekat fb ibu bapa dan keluarga aku. Dia sweet talker. Pelbagai janji yang di tabur. Nak jadi menantu kesayangan la. Nak jadi suami dan bapa yang soleh. Nak didik keluarga dengan al-quran dan sunnah.Pakaiannya memang perghh!!!..alimmmm. kopiah 24 jam. Seluar pun xpakai jeans. Baju jubah dan kurta.. hari-hari ke masjid. Berjemaah. Sanggup ke kuliah ulama walaupun jauh beratus kilometer. Pendek kata memang calon suami soleh!

Dia yang sangat bersungguh-sunguh nak kawen. Lagi 6 bulan nak kawin, dia dah sibuk nak isi borang nikah. Kami banyak planning untuk ekonomi masa hadapan selepas berkahwin. Banyak cita-cita kami bersama selepas kawin.

Betul-betul lagi sebulan nak kawin, dia wassap aku. Dia kata dia suka dekat orang lain dan tak dapat teruskan perkahwinan. Gila kau! Kad semua dah edar. Ibu bapa aku pun orang di kenali. Semua persiapan dah siap.

Then aku bincang dengan dia elok-elok. Cakap elok-elok. Dia pun dah cool. Dia mengaku salah dia. Dia beritahu siapa orang tu dan sebagainya. Dan dia janji nak berubah serta lupakan. Rumah, barang-barang rumah pun dia dah cari. Rumah tinggal nak masuk sahaja.

Yang perempuan tu pun aku cari. Aku contact. Dan perenpuan tu pun cakap nak undur diri. Aku rahsiakan semua ni dari mak ayah aku. Aku taknak mak ayah aku sedih dan risau.

Jadi, kami pun bernikah. Dia sangat ceria waktu tu. Pakaian pengantin pun..perghhh! Warakk. Satu taman kecoh yang bapa aku dapat menantu warak beriman.

Selama seminggu berkahwin, dia layan aku elok. Bagaikan bidadari. Aku rasa aku perempuan paling bahagia. Solatnya pun sentiasa awal waktu.

Tapi itu hanya seminggu. Selepas itu segalanya berubah sekelip mata. Rupanya dia berhubung semula dengan perempuan tu. Perempuan tu seorang ustazah mengajar quran.memakai niqab. Lebih muda dari aku.

Dia buat aku bagaikan tak wujud. Call, sms dan wassap aku tak di balas. Balik rumah, dia tidur luar. Lepas tu dia hina-hina fizikal aku. Dia kata aku gemuk la. Tangan besar.peha besar. Rambut macam hantu. Mak ayah aku datang rumah pun, dia tak datang jumpa. Dia balik rumah mak dia.

Henfone dia ada 4 biji. Semuanya ada password. Aku tak boleh bukak. Suatu hari, dengan izin Allah.. ada google backup notification dekat tab dia. Dia pergi kerja dan tinggal tab di rumah. Aku pun try tengok. . Eh. Dapat pula buka google backup tu. Bila aku bukak…. penuhhh gambar dia dan perempuan tu. Bergambar bagai suami isteri. Berpelukan. Eloklah.seorang pakai lebai.seorang pakai niqab. Gambar free hair perempuan tu pun ada. Aku rasa dah istighfar sejuta kali dah.

Aku send semua gmbr2 tu dekat kakak perempuan tu.mereka pun terkejut. Awalnya mereka janji nak bantu aku pertahankan rumah tangga aku dengan menjaga adik mereka.

Lepas bekas suami aku kantoi. Dia terus mengamuk2. Taknak tengok muka langsung. Dia tak ambil aku di stesyen bas. Dia tinggal aku di rumah parents aku.

Pak lebai dan ustazah ni bercinta sakan ala laila majnun. Buktinya aku dapat hack fb bekas suami aku. Dan aku jumpa macam2 conversation. Mengutuk2 aku. Dan mereka menggunakan pelbagai dalil agama utk backup perbuatan mereka.

Akhirnya. Genap sebulan selepas nikah. Aku di ceraikan di rumah. Bekas suami aku cakap dia nak bahagia bersama org yg dia cintai.

Sewaktu perbicaraan di mahkamah, hakim tanya kenapa cerai dan aku jawab dia ada perempuan lain. Hakim tanya kepada dia ” dah kawin dengan perempuan tu?” Dia hanya geleng.

Selepas di ceraikan. Aku rasa dunia aku gelap gelita. Aku tak ada kerja. Aku berhenti sebab nak follow suami tinggal di tempat lain. Apa aku nak cerita dekat semua saudara aku?.kawan-kawan?.aku malu nak menghadapi masyarakat. Semua akan terkejut berkahwin hanya sebulan

Aku hanya ada duit 2ribu dan juga kemahiran Jadi..aku decide fokus pada ini sungguh-sungguh sehingga berjaya.

Aku balik semula ke bandar. Dan berusaha marketing. Tapi masalahnya kawan2 aku ramai di bandar. Selama 7 bulan aku membuat helah bahawa aku dan suami pjj. Padahal dah bercerai. Mental aku sakit.

Jiwa aku sakit. Hari-hari aku menangis. Hari-hari aku mohon kekuatan pada Allah. Hari-hari aku minta pada Allah keluarkan aku dari Malaysia seketika. Aku tak sanggup nak duduk Malaysia.

6 bulan selepas bercerai, aku dan keluarga dapat mengerjakan umrah.

2 minggu sebelum berangkat, aku di fitnah oleh keluarga perempuan ustazah tu di fb .muka aku terpampang. Di tuduh pelbagai perkara. Serius down. Tapi aku cuba sabar. Dan aku pun berangkat ke Makkah.

Selepas pulang. Rezeki aku mencurah-curah. Satu-satu doa aku di perkenankan. Setiap bulan aku mengembara ke luar negara. Sehinggakan tempat yang aku ingin pergi sejak kecil..aku dapat pergi.

Ramai juga nak tlg aku cari jodoh. Tapi aku tak nak. Sehinggalah datang seorang kakak ini mahu menjodohkan dengan adiknya yg bujang.
Mereka tahu kisah aku. Mereka tahu status aku. Pada mulanya aku nak tolak. Tapi kawan-kawan aku nasihat suruh kenal dulu.

Lelaki ni..tak ada sweet talker. Bukan warak. Bukan kaki masjid. Pakai jeans dan t-shirt. Biasa-biasa sahaja. Entah aku tak ada hati pun nak kawin. Tapi mak ayahnya dah sangat gembira.
Jadi aku terima sahaja. Cuma aku terjatuh hati dengan akhlak dia sekeluarga yg x pernah sebut status hidup aku walaupun mereka tahu dan setuju je ayah aku letak hantaran.

Selama setahun bertunang. Banyak kali aku rasa nak putus.. aku takuttttt.. aku takut di hina seperti dulu. Aku takut di tinggalkan seperti dahulu. Aku trauma segala-galanya. Setiap kali aku nak contact tunang aku untuk minta putus, pasti aku teringat doa aku di depan Kaabah. Aku mohon supaya lindungi aku dari manzalimi orang lain kerana aku telah rasa bagaimana sakitnyaaa hidup di aniaya dan di zalimi

Lepas bercerai dlu memang aku dah taknak pakai lawa-lawa.Aku jadi selekeh. Aku tak jaga makan .aku makin gemuk. Sebab aku kecewa di tinggalkan salah satunya alasan kerana aku gemuk sedikit dari waktu kenal dengan bekas suami aku

Macam-macam test aku buat dekat tunang aku. Macam-macam syarat aku letak. Syarat utama aku jangan suruh aku berhenti kerja. 1 st time aku jumpa dia pun aku selekeh yg amat.. walaupun mcm-macam test dah buat dan dia sentiasa cool je.. Aku tetap trauma dan rasa nak hidup single sampai mati. Aku tak sanggup utk rasa sakit yang teramat lagi pada kali ke 2.

Masa yg paling aku takut adalah sebulan sebulm kawin dan sebulan selepas kawin. Dan alhamdulillah. Aku dah 4 bulan bernikah dengan suami aku yg sekarang.

Dia tak alim. Dia tak warak. Dia bukan kaki masjid. Dia bukan sweet talker. Dia tak pandai berbual dengan org tuA. Doa lepas solat pun , dia suruh baca sendiri.haahahah

Tapi.. dialah lelaki yang bertanggungjawab. Dialah lelaki yg membuatkan aku percaya masih wujud cinta selepas nikah. Dialah lelaki yg buat aku percaya lelaki baik masih wujud. Dialah lelaki yg menerima aku dengan status janda aku walaupun dia bujang, walaupun saiz badan aku 2 kali ganda dari dia, walaupun aku selekeh. Dia tak pernah menghina. Dia tak pernah suruh aku berubab pakai cantikDia tak pernah halang minat aku dan cita-cita aku. Dia tak pernah suruh aku kurus.

Selepas kawin dengan suami aku sekarang, aku make over semula. Aku pakai baju-baju ladies semula. Aku berusaha untuk turunkan berat aku seperti 4 tahun yang lalu.

Ramai orang ingat aku anti lelaki sebab aku selalu fight isu penganiayaan rumah tangga. Tapi aku hanya anti lelaki yang tidak bertanggungjawab dan zalim. Yang lelaki baik, mereka takkan melatah kalau perempuan bersuara untuk pembelaan hak wanita/isteri.

Kawan-kawan yang trauma seperti aku, yang jodoh 4, 5, 6 bulan atas sebab-sebab kritikal seperti aku.Percayalah. Lelaki baik masih ada. Cuma kadang-kadang mereka bukan dalam pakaian ” warak”. Mereka itu biasa-biasa. Mereka itu rock. Tak semestinya kaki masjid.

Dan untuk suamiku. Sungguh kau lelaki yang paling ikhlas pernah aku temui.

– Myara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit