Tua Tapi…

Salam. Terima kasih admin kalau siarkan post aku ni. Penat la dah 2 kali hantar tapi tak pernah confession aku disiarkan. Aku puteri umur 21 and currently tengah sambung belajar di sebuah university di mesir. Universiti mana tak payah la korang tahu.

Kalau korang nak tahu rata-rata student yang belajar dekat mesir ni datang sini terus lepas habis SPM, meaning umur 18 tahun dah start belajar sini. Tapi ada je sesetengahnya yang datang lewat sikit dalam umur 20,21,22 etc sebab sambung matrik dulu la, sambung diploma la, ambik foundation la.

Jadi cerita nya macam ni. Aku sekarang berumur 21 tahun (tadi dah mention) tapi aku ada je berkawan dengan orang orang yang umurnya tua sikit dari aku. Sangkaan aku pada mulanya orang yang tua ni fikiran diorang mestilah lagi wise, cool gitu, pandai urus masa, lagi arif bab-bab common sense ni and macam macam lagi lah benda yang murni. Tapi ternyata, sesetengah mereka ini sangatlah bertentangan dengan apa yang aku gambarkan selama ni!

Salah satunya akak “tua” dalam kelas aku ni. Boleh kata hampir separuh manusia dalam kelas aku tu dia berhutang. Hutang bukan sikit sikit ok. Beratus-ratus! Pergi makan sana sini lepastu berhutang, ikut orang jalan sana sini lepastu berhutang. Pulak dah tu dah hutang buat-buat tak ingat! Mudahnya hidup kau ye. Mesti korang tertanya-tanya kan apasal la kitorang tak mintak je duit yang dia hutang tu. Fyi, dah mintak ok and in fact banyak kali mintak. Alasan dia tak bawak duit la, tak ada duit kecik la. Heyyy we ols tak kisahlah, we ols just nak duit we ols balik!

Cerita lain pulak, pasal akak “tua” no.2. Kitorang tinggal berlima waktu tu dekat satu rumah sewa ni. Rumah sewa ni ada 3 bilik which is dua bilik besar and satu bilik kecik. Kalau korang kan mestilah yang sorang tak share bilik tu yang akan ambik bilik kecik kan? Tapi ini tak! Akak ” tua” no.2 ni dengan bangganya dan bangangnya awal awal lagi dah sibuk cop bilik paling besar dalam rumah tu. Awalnya kitorang ok la sebab ingat dia nak share bilik besar tu dengan salah sorang dari kitorang berempat ni tapi harammm. Bilik tu untuk dia seorang. Sudahnya sebab menyampah sangat sangat sangat aku pun mengalah and pindah ke rumah lain yang tak ada “kakak” langsung.

Yang kakak “tua” no.3 ni pulak pun bekas housemate aku (malangnya aku dapat housemate semua tak semenggah huhu). Orang kalau tak tahu mesti ingat dia ni alim, warak, solehah, suci, pembersih, pengemas ah pendek kata semua yang best-best dia ade lah. Tapi hakikatnya masya Allah sisthorrr! Baju kotor dia, stokin kotor dia, seluar kotor dia semua dia main longgok je mana dia suka. Bilik dia jangan cakaplah, lipas kalau nak masuk pun pikir 20 kali takut tak jumpa jalan keluar. Dengan pinggan mangkuk tak basuh, plastik sampah yang dah macam nak meletop, dengan baunya lagi. Pakej beb! Lepastu kalau lepas masak atau makan menggunung weh pinggan mangkuk periuk belanga dalam singki tu. Siapa bersihkan? Mesti la bukan dia! Datanglah kami adik adik yang rajin dan baik hati ni gi sental segala perkakas yang dia ‘wariskan’ dalam singki tu.

Tapi korang yang pangkat “kakak” ni jangan lah terasa kalau korang tak macam 3 orang kakak yang aku ceritakan ni. Banyak je kakak and abang yang aku jumpa yang ok and perfect serba-serbi. Ni cuma berapa kerat je manusia “tua” yang perangai ‘nan hadooo’ yang pernah menyinggah dalam hidup aku.

– Puteri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit