Lelaki Semua Sama?

naluri seorang manusia, sentiasa inginkan yang terbaik lebih2 lagi dalam hal2 yang melibatkan soal masa depan. normal la bila kita tertarik dengan perwatakan someone. tapi tu la. yang nampak alim, solehah tak semestinya membahagiakan. kita manusia, bukan manggis. kalau manggis, senang nak nilai. kalau kat tapak ade 6 bunga, maka 6 la ulas di dalam. kita pulak manusia yang selalu berselindung di sebalik bayang. apa yang terzahir, tidak semestinya itu cerminan yang batin.

banyak yang tersilap pilih pasangan hidup. nampak baik, hensem, alim. last2 kecewa yang dapat. kenapa? sebab yang baik tapi nampak jahat, tak berapa nak hensem tu semua dah di friendzone. pusing punya pusing, keluarlah satu ayat yang agak pedih untuk kami si lelaki. LELAKI SEMUA SAMA.

lelaki tak sama. kalau sama, di mana uniknya ciptaan Allah? adakah anda menafikan bahawa Allah tak mampu menjadikan setiap manusia itu berbeza? pisang setandan, mesti ade yang buruk. tapi adakah kalau sebiji pisang buruk, bermakna semuanya buruk? macam tu la manusia.

aku sendiri pernah kena ayat ‘lelaki semua sama’. wow, pedih hulu hati *grab gaviscon*.

i’ve been in relationship around 10 years ago. zaman di mana belum ade handfon untuk berhubung, cuma pakai public fon je. unfortunately i’ve lost her fon number. tapi aku tak pernah lupakan dia. benda penting masa tu (emel, any kind of password) aku setkan dengan nama dia. just to make sure that she will always be in my mind.

after 5 years lost contact, takdir Tuhan aku jumpa dengan dia. perasaan masa tu, Tuhan je tahu. aku gagahkan diri, mintak sambungkan kembali benda yang dah tertangguh sekian lama. well, even after 5 years, dia masih tak berubah. dia tetap sopan dan lembut macam tu. tapi jawapan dia padu bhaii. dia kata memang kita tak pernah putuskan hubungan tapi masa merubah segalanya.

one of the biggest scene in my life. and it still hurt. sekarang dia dah kahwin. Alhamdulillah, rezeki dia. aku cerita ni sebab nak bagitau, lelaki yang baik itu ade, cuma kadang2 korang yang tak hargai, terlalu mudah nak friendzone orang. demi Allah aku bukan nak puji diri sendiri, tapi anggap je la sebagai panglipur lara untuk mengubah stigma negatif kepada kami si lelaki.

walaupun dia dah kahwin, sampai sekarang aku masih buat password benda2 yang penting pakai nama dia. bukan berharap pada yang tak pasti, tapi dah jadi satu habit bagi aku.

to girls, kami masih wujud. cari kami sebaik mungkin, pilih dengan mata hati. jangan terlalu mudah untuk friendzonekan orang and jangan terlalu mudah jatuh hati pada physical appearance.

– usop santorian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit