Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga iium. Tq admin sebab approve post ni.
Kejadian ni berlaku pada tahun 2013, habis Spm kena pergi plkn kat sabah (asal kl). Habis plkn baru buat lesen. Sekolah memandu tu kat PJ dekat dengan lrt putra. Cikgu memandu sempoi ajar sekali lepastu pandai2 hidup (lelaki).
Ajar bukit, parking dan jalan mati sekali je, praktis tengok daripada jauh. Dia punya jauh tu, dari dalam kereta tak nampak pon cikgu tu kat mana. hehehe Agak2 waktu belajar nak habis, tup tup dia muncul. Praktis litar semua berjalan lancar. Kenangan yang terpahat dalam memori berlaku semasa latihan jalan raya.
Sebelum tu, nak cerita condition kereta driving tu. Kereta kancil merah, umur lebih 10 tahun waktu tu, pasang aircond kalau hujan lebat je dan sentiasa open air. Driving kat PJ, open air, lenjun tu jangan cerita. Sepanjang latihan driving pakai kete tu.
Cuaca panas terik. Masa tu antara latihan terakhir sebelum ujian jpj. Cikgu ikut sekali dari awal latihan litar, settle litar terus proceed dengan jalan raya. Kejadian berlaku masa dekat traffic light kedua lepas keluar sekolah. Nampak traffic light merah dari jauh, steady ambik lorong kiri macam cikgu suruh sebelum2 ni. Aku brek slow rapat dengan kereta depan, free gear elok tarik handbreak…
“Panggg”, tersentak bunyi kuat dari belakang belah kiri. Kaki tengah tekan pedal brek lagi. Cikgu tengok sekeliling mana datang punca bunyi tu, belakang kiri takde kete lain sebab dah lorong kiri. Secara perlahan lepas pedal brek, kereta mengundur kebelakang padahal handbreak dah tarik habis. Cikgu cepat2 menyelamatkan keadaan tekan pedal brek kiri.
Cikgu tengok handbreak, dia nampak satu kabel terkeluar. “Wan, kenapa gi tarik handbreak kuat sangat”. Sempat jeling handbreak sebelum cikgu suruh fokus kat traffic. KABEL HANDBREAK PUTUS!!! Aa sudah, peluh mula membanjiri muka dan badan. Tanya cikgu apa nak buat, baru nak balas traffic light dah hijau, belakang ada kete lain.
“Tunggu apa lagi, jalan la”, masuk gear 1, enjin mati sebab lepas klac awal. “Wan, jangan kalut cikgu ada. Buat macam cikgu ajar je”. Tarik nafas dalam, free gear balik start enjin, masuk gear 1. Agak2 minyak dengan klac balance, cikgu lepas brek slow2. Alhamdulillah boleh jalan macam biasa walaupun orang belakang dah start hon. Dalam kepala macam nak maki je, dia tak tau yang kita ni mandi peluh melalui saat2 yang mencemaskan, dengan aircond takde, cuaca panas terik.
Akhirnya, selamat sampai kat sekolah memandu balik. Cikgu suruh buat ujian bukit lagi sekali, ‘denggg handbreak takde macam mana nak buat’. Sebelum gi bukit, cikgu suruh berhenti tepi, ada bengkel. Cikgu tanya pomen bukak sampai pukul berapa sebab masa tu dah pukul 5 lebih. Pomen tu pandang sambil gelak, “Ko bawak kete jangan marah2, sampai putus kabel handbreak tu”. Aku diam muka merah sebab dia cakap kuat2 depan budak lain yang tengah tunggu giliran.
Ujian bukit buat juga, sampai atas semua ok. Handbreak tu tarik juga walaupun takde function, cikgu lepas brek slow2. Kereta kebelakang sikit, “Tak boleh nak buat latihan lagi la”, turun bukit terus skip parking dengan jalan mati. Berhenti tepi, tukar tempat dengan cikgu. Cikgu hantar balik rumah terus, sepanjang perjalanan aku diam. Aku pikir, berapa pulak aku kena bayar ganti rugi kabel tu.
“Dah la tu, jangan risau. Kabel tu tak pernah tukar lagi, kalau dah sampai masa dia rosak, apa boleh buat”. Fuhh, lega sikit hati ni. Sampai rumah, bila dipikirkan balik, tergelak sorang2. “Belum pernah lagi ada kes kabel handbreak putus dekat mana sekolah memandu” kata cikgu semasa dalam perjalanan balik tadi.
Pernah korang dengar kes macamni kat tempat memandu lain. Takkan jumpa punya. Kalau ada, mungkin tu kisah aku sendiri.
Harap semua terhibur. Tq sebab luangkan masa.
– Wan –
– Wan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit