Aiskrim Malaysia

Assalamualaikum, nama aku bunga (bukan nama sebenar pon, hehehe). Aku bekas graduan dari sebuah IPTA kat Selangor ni. Boleh dikatakan aku dah habis belajar hampir 2 tahun. And yes, i still don’t have any permanent job. Tapi walaupon aku masih tak bekerja, bukan bermaksud aku ni pemalas.

Kalau nak diikotkan, aku banyak jugak hantar resume aku merata-rata. Dan boleh dikatakan, once aku hantar resume, semua nya panggil untuk aku datang interview. Aku tak menolak panggilan interview, walaupon jauh dari rumah. Boleh dikatakan dekat 15 interview aku datang, tapi masih tiada jawapan. Mungkin kelayakkan dan jurusan yang aku ambik tak da kaitan ngn pekerjaan yg mereka offer. Tapi, kalau aku nya kelulusan tu tak menepati kriteria yg diperlukan, tak payah la panggil kan. Tapi takpa, mungkin rezeki aku untuk datang interview je.

So untuk mencari duit belanja hidup aku sehari-hari, aku cuba cari idea untuk dapat kan duit dengan mudah. Fyi, aku duk ngan mak and adik beradik aku yang lain, keluarga aku kecik je, 4 orang. Walaupon kakak and abang2 aku dah kawen, tapi kami semua duk dalam satu rumah. Biasa la keluarga kecik je. Tapi kami bahagia. Oppss, terlajak cerita pasal family aku pulak. Okeh, aku pon tolong la mak aku jadi baby sitter. So setakat nak urus kan baby ni, memang kacang la bagi aku,hehe. Tapi, banyak masa aku terbuang macam tu je tanpa faedah.

One day aku terpikir, cuba aku berniaga kecik2. To be true, aku bukan morning person. So nak bekerja pagi2 tu, bukan aku orang nya. Aku start beli barang sikit2 untuk buat aiskrim malaysia (alaaa, yang ikat2 tu, jual satu doposen, macam2 perisa). So setiap malam aku akan buat aiskrim, sebab aku ni mmg jenis tidur lambat. Then esok nya tu, aku start kereta, terpacak depan sekolah dalam pukul 12.30 tu, waktu matahari betol2 atas kepala kau, dan kau rasa bahang nya.

Bila budak sekolah balik, depa datang beli aiskrim kat kau. Makk aihhh seronok rasa beb. Excited pon ada jugak, yela kau buat sendiri, pastu ada org beli. Seronok tau perasaan nya. Aku berani jamin, budak2 yg beli aiskrim aku tak kan batok, sebab aku buat guna air masak, perisa aku yg berkualiti, xmanis terlampau, manis2 buah gitu. So sehari aku dapat la jual dalam 60 ke 70 batang aiskrim.

Then duit untung tu, aku sekarang modal kan pulak untuk beli barang2 buat dadih pulak. And aku tompang letak kat kedai makcik aku, hasil jualan nya pon habis terjual. Tapi, setiap pagi aku berdoa kat Allah, supaya jualan aku laku, dipermudahkan rezeki dan dilindungi dari segala bencana. Mak aku ada la jugak cakap, suruh tambah2 keropok2 and jajan2 lain. Tapi aku tak nak, sebab benda tu banyak bahan pengawet bahaya untuk otak budak2 hehehe. (Padahal sebab aku memang anti junk food ni)

Alhamdulillah, walaupon untung nya tak lah sama gaji macam orang yang bekerja, tapi aku puas hati. Sebab aku sentiasa ada kat rumah (mak aku tinggal sorang bila akak n abang2 aku kerja) so aku boleh teman mak aku. Risau beb tinggal kan mak aku sorang2 dengan kejadian pecah rumah yang menjadi jadi ni.

Jadi bagi penganggur2 yang berjaya diluar sana, yang makan duduk berak cangkung ni. Rajin2 kan la buat income sendiri. Jangan terlampau berlagak sangat dengan ijazah yang kamu ada tu. Sampai tak nak buat kerja lain. Jangan demand sangat ye. Jangan tau habih kan boreh jee.. Pada kawan2 yang lain, doakan rezeki aku bertambah yee. Mana tau, korang nak order aiskrim malaysia untuk kenduri ke. Aku boleh ambik order.. Hehehehe.. Terima kasih sebab sudi baca confession aku yang tak seberapa ni.

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit