Assalamualaikum warga IIUM Confession . Terima kasih sekiranya coretan aku ini disiarkan. Tiada apa yang menarik . Cuma aku nak berkongsi cerita yang aku simpan sendiri dan aku tiada tempat nak cerita. Aku bukanlah warga IIUM , tapi aku menuntut di satu IPTA yang bukan di negeri aku sendiri dan yang pastinya hidup jauh dari keluarga. Memang banyak cabarannya. Dari segi kewangan, mental dan fizikal. Aku bukanlah macam orang lain, yang hidup ala-ala “hipster” , keluar pergi tengok wayang, buat assignment dekat starbuks, makan mahal-mahal. Typical student sekarang atau dalam erti kata lain “typical kawan-kawan” aku.
Sejak dari semester pertama , aku dah tahu rupanya kawan-kawan aku dekat sini jenis high-class. So aku cuba asingkan diri. Habis kelas, aku terus tapau makan dan balik bilik. Bila dorang ajak keluar aku tolak sampai ada cakap aku sombong sebab dah tak rapat dengan dorang macam sem satu. Aku diam dan senyum. Aku cuma cakap aku malas nak keluar. Dorang tak tahu, nak makan sehari pun aku berjimat habis-habisan apa lagi nak keluar jalan-jalan. Aku taknak keluar sebab kalau aku keluar, makan sedap-sedap, aku rasa bersalah sebab aku tak tahu apa mak ayah aku makan kat rumah. Aku tahu macam mana keadaan family aku. Aku tahu macam mana susah dorang.
Pernah aku cuba isi borang zakat, banyak procedure aku ikut, tunggu-tunggu tapi takda respon. Dah setahun lebih. Ikutkan hati, aku nak berhenti study. Sebab hidup dekat U ni, banyak duit nak pakai. Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Assignment, notes, yuran persatuan, bayar buku, semua tu perlu duit. Aku boleh berjimat dari segi makan. Sehari makan nasi + ayam + kuah = RM4 tapi aku tak boleh elak bayar semua benda tu sebab “diwajibkan”. Pernah juga aku sampaikan hasrat nak berhenti study , nak kerja sara family tapi mak tak bagi. Aku kena habiskan study. Walaupun aku bukan anak sulung, aku ada kakak, abang, tapi aku rasa tanggungjawab aku berat sebab kakak abang aku pun kerja biasa dan ada family sendiri. Pernah aku terfikir takda guna aku ada abang kakak tapi hidup kami masih macam dulu. Masih susah dari aku kecil sampai sekarang. Tapi aku tak boleh salahkan dorang. Aku bersyukur ada family yang ramai. Lengkap semua. Rezeki kami mungkin bukan pada wang ringgit, tapi lebih kepada nikmat berkeluarga. Mak ayah sentiasa ada di depan mata. Mak ayah sentiasa ada di rumah, melayan karena anak- anaknya. Aku pasti, aku yakin ni semua ujian Allah sebab nak aku ingat, berdoa dan minta dengan Allah supaya dipermudahkan semuanya. Tapi kadang-kadang aku lemah. Apalah daya aku sebagai seorang wanita, menggalas tanggungjawab yang berat untuk bantu family.
Ayah aku tak kerja sejak 2009 sebab sakit. Mak aku suri rumah. Pendapatan sekeluarga bergantung kepada jualan kuih mak aku. Setiap hari, aku berfikir macam mana nak bantu keluarga. Macam mana nak teruskan hidup di perantauan ni. Aku taknak susahkan mak ayah. Semalam, aku call mak ayah, dorang tanya dah makan belum, aku cakap dah. Tanya masih ada duit tak , aku cakap ada. Mak cakap jangan tipu. Aku nangis. Bukan niat hati ini nak tipu mak. Betul, firasat mak tu kuat. Yang anak dia dekat sini susah. Tapi biarlah aku susah di sini, yang penting mak ayah tak risau. Aku tak minta duit dari mak ayah kecuali aku betul- betul terdesak. Sebab aku tahu, duit yang dorang bagi tu cuma itu yang tinggal. Kalau dorang dah bagi kat aku, mak ayah aku dah takda apa.
Pernah aku menangis, aku cakap aku dah takda duit makan. Cuma tinggal Rm2. Mak aku nangis, dia cakap dia minta maaf sebab tak dapat tolong apa-apa. Mak aku cakap dia cuma boleh doakan aku sebab dia dah takda apa-apa lagi. Ya Allah luluh hati aku, merintih jiwa aku dengar mak cakap macam tu. Aku sebagai anak, sangat rasa bersalah sebab umur aku dah 23 tapi aku tak dapat tolong apa-apa.
Mak, adik minta maaf. Sebab tak dapat lagi nak balas jasa mak dengan ayah. Tapi adik janji, belajar rajin-rajin, buat mak bangga. Nanti Adik dah dapat kerja, adik bawa mak pindah rumah yang lagi selesa, sediakan bilik yang selesa untuk mak, yang ada katil, tilam empuk untuk mak dengan ayah. Sediakan mak dapur yang lengkap dengan peralatan supaya mak senang hati nak masak. Bawa mak dengan ayah pergi jalan-jalan, belikan macam-macam utk mak dengan ayah. Adik janji. Mak dengan ayah , adik selalu doakan mak dengan ayah semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki. Tunggu adik tunaikan semua janji adik. Adik sayang mak dengan ayah.
Buat semua yang baca, doakan aku supaya aku dapat tunaikan hasrat aku. Doakan aku tabah, dan berjaya dunia akhirat. InshaAllah.
Salam sayang tangisan.
– Gadis sederhana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit