Assalamualaikum,
Pertama sekali nak ucap terima kasih kat admin sebab sudi keluarkan kisah hidup yang tak seberapa ini.
Aku nak cerita pasal hidup aku . Aku di dilahirkan kurang cerdik atau tak pandai. Dalam adik beradik aku aku lah yang paling. Aku anak no 5 dari 7 . Atas aku suma nya Abang . Abang aku suma memang semua nya pandai. Kenapa aku cakap pandai sebab kalau ada ujian mesti akan dapat no1 atau no2 je.
Mak ayah aku selalu marah aku . Sebab aku ni tak pandai macam abang-abang aku. Pernah aku rasa down gila dan aku benci diri aku sendiri. Bukan nya aku tak berusaha tuk berlajar tapi aku belajar tapi dah memang aku tak pandai kan . Aku ingat lagi masa darjah 4 aku naik kelas . Dari kelas last aku naik satu kelas . Lepas habis sekolah macam biasa ayah aku ambik aku . Aku teruja sangat nak bagi tahu ayah aku yang aku ni dapat naik kelas. Tapi tahu tak apa yang ayah aku cakap “naik satu kelas je ingat kan naik kelas atas sekali ” dari aku happy aku terus rasa down. Bagi aku naik satu kelas tu adalah benda yang paling bahagia sebab aku rasa usaha aku selama itu tak sia-sia.
Dan aku juga ingat satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai sekarang. Peristiwa ni berlaku masa aku darjah tiga . Kawan aku ada nampak ayah aku datang sekolah time rehat. Masa dalam kereta aku tanya lah ayah aku “abah, tadi time rehat abah datang sekolah ke ?”
Ayah aku jawab “ye. Time abah nak balik guru besar ada tanya abah ada anak sekolah sini tak pastu abah jawab takde . Yelah malu abah nak cakap kamu sekolah sini . Kalu kelas atas takpe lah jugak” luluh hati aku dengar benda tu . Hina sangat ke kalau aku ni tak pandai macam abang-abang aku.
Aku tak pernah pun mintak tuk jadi tak pandai tapi aku redha . Keputusan UPSR aku pon tak cemerlang cuma dapat 1A sahaja tak macam abang-abang aku suma nya dapat 4A 1B . Disebabkan aku tak pandai jadi aku tak dapat masuk asrama penuh macam abang-abang aku yang lain.
Mak aku adalah ratu bebel . Kalau die dapat bebel satu perumahan boleh dengar bebelan die. Mak aku kalau marah kadang ada lah main sumpah-sumpah . Dan ada satu ayat mak aku yang aku ingat. Aku takde anak yang macam kau tu . Apa perasaan korang bila ibu korang cakap macam tu . Mestilah sakit kan . Dan ada suatu hari tu aku terdengar mak ayah aku bersembang pasal masa depan anak die dan mak aku ada cakap pasal aku . Mak aku cakap aku ni takde masa depan. Huh sakit beb dengar benda tu . Teruk sangat ke aku ini . Apa yang aku suruh buat suma aku buat . Die suruh kemas umah aku kemas, die suruh aku jemur baju aku jemur suma kerja orang pompan suma ya aku buat . Tapi pada die aku tak buat apa2 .
Macam biasa kalu die kuar g pasar malam. Macam-macam dipesan kat aku suruh buat tu buat ni . Aku sebagai anak yang tidak membantah aku ikut je . Angkat baju, kemas dapur, masak nasi, tutup tingkap dan kemas ruang tamu . Tapi bila die balik mesti nak cari salah aku . Mesti nak marah aku . Cakap aku tak buat keje yang die bagi padahal aku buat suma tu. Lagi satu sifat mak aku ni suka burukkan aku depan orang lain . Die ingat aku ini takde perasaan ke . Kadang-kadang bila orang puji aku mak aku mesti nak bangkak kata orang tu balik. Huh aku redha jelah .
Okay lari tajuk kan. Hahah . Aku memang tak pandai tapi mesti ramai tak percaya kan mata pelajaran yang aku suka time form 5 dulu adalah math . Ye math yang kena kira-kira tu . Disebabkan aku suka math jadi aku study math hari-hari . Bila dapat result SPM aku dapat 1A je tp A tu bukan math . Math aku dapat B je. Mak aku terkejut sebab mak aku ingat aku ni bodoh math yelah orang tak pandaikan mana boleh dapat B dalam math.
Aku nak nasihatkan ibu bapa yang kat luar sana tu . Jangan lah bandingkan anak dengan anak-anak yang lain. Setiap anak ada kelebihan masing-masing . Cuba tuk asah bukan dengan menghina mereka. Mereka juga ada hati dan perasaan.
Oklah sampai ni saje lah kisah hidup aku ni . Bosan kan kisah budak gemuk yang tak pandai itulah aku .
– Budak Gemuk
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit