Allah Jentik Hati

Ya, aku akui dahulunya aku jahil, pertengahan form 5 baru aku terdetik nak mendalami apa itu islam yg sebenar sebab hati aku terpaut dengan ceramah ustaz Don kat TV al hijrah. Ingat lagi masa tu ceramah sempena maulud nabi. Lepas dengar ceramah tu aku menangis terus masuk dlm bilik dan aku tak tahu kenapa aku menangis. Before this aku hanya tahu aku ni islam hanya pada nama bukan pada maksud. Habis ja form 5, aku buat keputusan nak buat part time masa cuti sebelum sambung balik pelajaran aku. masa tu aku dapat kerja yg dekat dgn rumah aku, kerja kedai buku. Teringat lagi masa interview, pemilik kedai tu suami isteri ustaz dan ustazah, syarat kerja dgn diorang simple ja diorang cakap kat aku, kena cukup sembahyang 5 waktu kalau tak diorang tak nak terima. aku masa tu tersentak jgk dengarnya. sepanjang 3-4 bulan aku kerja tu, setiap kali dapat gaji, aku mesti akan beli buku-buku atau majalah ilmiah untuk aku dalami islam. Buku first yg aku beli masa tu tajuknya Syamail Muhammadiah sebab aku betul2 nak kenal siapa sebenarnya kekasih Allah.

Disebabkan aku sibuk bekerja setiap hari, buku2 yg aku beli semua tu hanya aku jadikan hiasan, perlahan2 hasrat aku nak dalami islam terkubur kembali. tu lah org cakap “hangat2 tahi ayam” tuu. Ya Allah, malunya aku. Tak lama lepas tu aku dapat sambung belajar kat matrik. Last day aku kat tempat kerja aku dpat hadiah dari ustazah tempat aku kerja tu, dia bagi aku buku pasal islam. macam biasa buku tu pun aku jadikan hiasan. aku tak tahu mana perginya semangat aku yg nak dalami islam tu.

Masa kat matrik, perasaan tu muncul balik. mulanya aku start pakai stoking, pakai hand sock google2 pasal islam dan macam2 lagi. kat matrik aku selalu pergi masjid kalau aku rasa kosong. kadang2 aku pergi masjid sebab nak tidur jaa sebab aku rasa tenang kat sana tambahan aku pulak bukan jenis yg kuat belajar sgt tak macam kawan2 aku..hehe. Tapi biasalah siapa tak kenal matrik kan, jadual agak padat, hangat2 tahi ayam tu masih ada dalam diri aku, terkubur jugak impian aku nak dalami islam.

Tapi aku still berubah slow2, aurat tetap aku jaga walaupun ada jgk pernah kawan aku tanya “kenapa pakai stoking? , nak pergi cafe je pun”. aku masa tu yg hati belum kuat just jawab “ohhh saja ja nak pakai”. yg aku tahu aku takut nak bukak stoking sbb aku tahu tu aurat aku. Kadang2 aku rasa mesti org sekeliling gelakkan aku, ya lah mana taknya, aku pakai seluar jeans(sedang2 ketat) tapi aku pakai stoking, pakai hand sock. Aku malu sebenarnya kalau terfikir macam tu dan aku pernah jgk terfikir tak nak dah pkai stoking and handsock sebab pakaian aku yg macam tu. rapuhnya hati aku masa tu. Tapi Allah kuatkan aku untuk teruskan apa yg aku lakukan dan dalam hati aku just cakap tak pe boleh berubah slow2.

Sekarang aku dah tahun 3 kat ipta. Aku kira aku masih lagi sama macam dulu, mungkin dari segi ilmu agak bertambah la sebab aku banyak baca apa yg org share kat fb. Kat ipta lagi mencabar, banyak org yg aku jumpa, culture shock kejap, hampir2 terkandas aku, mujur Allah sayang aku lagi.

Harini, tiba2 hati aku terdetik nak try pkai tudung labuh, nak jadi muslimah yg sebenar2nya. Masa aku taip ni, jari aku sejuk macam ais, nak nangis pun ada tapi aku tak tahu kenapa. Tambah2 lepas aku tengok cita Di pinggiran syurga kat tv3, lagi aku rasa nak nangis tanpa sebab. mungkin Allah dah jentik hati aku balik. tapi tak tahu la kalau ni pun hangat2 tahi ayam. doakan mudah2an ni yg terakhir dan hasrat aku nak berubah lebih baik dan mendalami islam lagi tercapai hendaknya. Aku nak start baca balik buku2 agama yg aku jadikan hisan masa dulu, mungkin ada hikmah aku beli buku2 tu dulu. sorry aku tulis panjang2, sebab aku tak tahu nak cerita apa yg aku rasa ni kat org lain even org tu rapat dgn aku. kalau ada insan yg baca sampai habis, tolong doakan aku dan yg lainnya supaya kuat utk berubah kepada yg lebih baik, mana tahu salah satu doa kalian Allah makbulkan in shaa Allah.

– anak orang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit