Bola Sepak Malaysia

Assalammualaikum and Hi semua.

Thank you sebab approved. Aku Is. Aku berasal dari pantai barat Malaysia. Okay, baca dari tajuk pun rasa nya semua dah tahu pasal apa. Belakangan ini, tak dinafikan yang bola sepak Malaysia semakin berkembang booom booom pow. Lol.

Aku sebenarnya okay je. Tak ada lah minat sangat, tak ada lah tak ambil tahu langsung pasal pkembangan bola sepak negara kita. Ikut ikut gitu je lah. Tapi ada masa aku tengok lah.

Apa yang cuba aku sampaikan dalam post kali ni adalah berkaitan sikap dan mentaliti peminat bola sepak negara kita. Umum mengetahui bahawa semua pasukan bola sepak mempunyai peminat /penyokong/ultras mereka sendiri. Masing masing mempunyai pelbagai cara yg tersendiri dalam menunjukkan sokongan kepada pasukan bola sepak yang mereka minati.

Tapi apa yang membuat kan saya berasa kurang selesa adalah apabila terdapat SESETANGAH penyokong yang terlalu tegar menyokong pasukan mereka sehingga bertindak atau berusaha sedaya upaya (so called ‘try hard’) untuk mencari kesalahan atau menjatuhkan pasukan bola sepak yang mereka tidak sukai.

Bro, relax der. Tak suka buat tak tau sudah. Bayangkan kau baru lepak break dengan awek kau dan lepas tu kau duk canang sana sini dengan penuh GIGIH nya dengan motif untuk mburukkan awek kau tu. Tak ke nampak kau tu mcm tak bole move on dan masih jealous sebenarnya ? Dengki dan iri hati to be exact. Hmmmm. Sedih kalau hidup mcm ni. So the same damn thing dalam menyokong pasukan yang kau minati tu.

Buat apa kau gigih2 nak sibuk pasukan lain. Baiklah kau gunakan masa tu untuk fikirkan cara mcm mana nak naikkan pasukan bola yang kau suka tu. Simple.

Ni kalau dah dok membahan terang-terangan tu kat laman sosial(fb ke, twitter ke etc) nampak sangat yang kau tu DENGKI dan BUSUK HATI. Tolong lah, masing2 dah besar dan tahu bezakan yang baik dan buruk. Akal ada kan ? Jangan lah terlalu TAKSUB dalam menunjukan sokongan. Fikir fikirkan lah.

Lagi satu, kalau pasukan korang tu menang atau berjaya, ucapkam tahniah dan bersyukur pada Allah yang Esa. Bukan nya dengan perli memerli pasukan lain. Ni lah antara typical Malaysian punya attitude. KECAM, KECAM dan KECAM. Tak penat ke ? Ucapan syukur kadang2 jauh sekali. Yang hado ucapan2 penuh riak, bangga dan takbur. Bila team korang kalah pandai pulak cakap takde rezeki, dah takdir Allah dan yang paling selalu berlaku, senyapppo terus dr laman sosial. HAHAHAHAH. Tadi kemahinnn komen tu komen ni. Cakap palayer gitu gini acah2 die coach pasukan kebangsaan.

To sum it all up, ingatlah wahai penyokong sekalian, jika tak mampu menyokong ketika kalah jangan menyorak ketika menang. Cuba bayangkan kalau SEMUA penyokong hormat menghormati antara satu sama lain MESTI liga bola sepak malaysia menjadi lebih aman dan makmur serta berkat dibawah rahmat Allah SWT.

Sekian, TK.

– Is

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit