Minyak Kereta

Salam, Hi!

Aku bukan apa, tiga empat hari jugak lah duk fikir nak confess sini sebab takut ada kawan-kawan aku yang terasa hati bila baca post ni, almaklumlah memasing pembaca tegar IIUMC ni, haha. Tapi harapnya confession aku ni disiarkan lah. Penat siang malam aku fikir ayat sesuai untuk aku confess kat sini supaya kekawan aku dan seangkatan dengannya terkesan dengan confession aku ni.

Aku pelajar tahun akhir di salah sebuah IPTA di ibu kota ni, dan insyaAllah masuk sem akan datang ni sem akhir aku dan gang2 aku ni. Biasa lah bila dah sem akhir ni macam2 plan nak jalan sana jalan sini dengan alasan lepas ni masing2 dah bawa haluan sendiri. Nak dijadikan cerita, gang aku ni dah plan trip untuk 2 hari 1 malam. Riuh rendah group whatsapp gang aku malam tu, plan itu ini nak bawak baju apa nak tidur mana nak bawak bag besar mana, berapa biji bag nak angkut nanti, nak makan mana, masak ka beli ka, macam2 lah kalau aku nak perincikan. kang lari lain pulak ceritanya. TAPI the conversation end up “ehh T (aku lah tu) mana? senyap je dia? busy lah tu si T tu” “eh T nanti kita pegi dengan kreta kau tau” “kita ni bincang bagai nak rak, tapi nanti naik kreta T jugak, T mana T?” “kita ni duk pum pang bincang kalau T tak nak, tak gerak lah kita” hahaha aku mampu senyum jeee sebab dah tahu hujung2 conversation baru nak cari aku sebab nak pakai kereta aku. Aku ni takda lah nak berkira sangat dengan kawan2 aku ni. Alhamdulillah aku masih mampu lagi kalau nak bagi tumpang free setakat nak naik keluar makan yang dua minggu sekali tu. tapi aku ni ada jugak lah time time sesak. biasa lah student mana ja yang tak pernah rasa sesak duit melainkan kau memang anak orang kaya.

Aku ni datang dari family yg sederhana ja. ayah aku bagi kreta ni dah kira besar rahmat. Asalnya aku taknak sebab takut jadi macam ni lah, serba salah nak keluar sebab kawan2 nak pesan itu ini, nak ikut lah, nak tumpang lah. haihh. Sebesalah pulak tak bagi tumpang. Taip, utk service kreta ni, pandai2 lah sendiri cari duit, family aku ni sederhana ja. Bila orang dah bagi tu kena lah bersyukur, jaga elok2. Sama jugak konsep tumpang kereta kawan. Bila orang bagi tumpang kereta tu pandai2 lah jaga diri jangan tutup pintu kuat sangat, jangan complain aircond kat belakang tak rasa lah panas lah, jangan gatal tangan nak bukak itu ini, pegang sana sini. Tak semua kawan2 aku tadi tu yang gatal tangan/takda common sense, ada ja yang pandai bahagi2 duit minyak bila keluar, tapi ada jugak yang sekadar ucap terima kasih dan terus berlalu pergi. Tapi takpa lah kadang2 tu ikhlaskan hati, tapi kadang2 menyumpah gak dalam hati ni, tapi kadang2 datang mood baik macam malaikat, sapu2 dada cakap mungkin rezeki Allah alirkan pada aku ni untuk kawan2 aku jugak.

Ok2 berbalik pada gang aku tadi, aku ni bukan apa, nak cakap aku berkira dengan diorang pun tak da lah berkira tahap ambil kira setiap titisan minyak yang mengalir keluar bila aku keluar dengan diorang ni, cuma aku rasa beban sikit bila aku nak kena keluar duit untuk service kreta aku. Yes, bila keluar dengan kawan2 ada jugak yang rajin dan mempunyai common sense yang tinggi untuk hulur duit minyak. Aku bersyukur masih ramai yang macam ni. Cumanya ramai tak sedar dan tak ambil kira pasal service kreta/tayar dan sebagainya. Mungkin nanti ada yang cakap “alaaah kalau kau nak berkira sangat tak payah la bawak Kreta, susah senang sama2 ja dengan kawan2 naik bus”. Siapa yang cakap macam ni aku doakan kau merasa apa aku rasa sekrang ni! HAHAHA k tak tak, astaghfirullah. Aku doakan kau tak buat macam ni kat kawan kau. kesiannn weh.

Apa yang aku nak highlight dalam confession aku ni agak terperinci lah dari sebelum2 ni aku baca pasal tumpang kereta kawan, pasal tak bayar minyak kereta dan sebagainya. Ok, korang cuba fikir, keluar makan dekat2 dengan kolej korang mungkin minyak dalam RM 5 – RM 10. let say korang keluar 5 orang dan kawan2 korang pulak badan memasing boleh tahan sedap2 belaka. so kreta jadi berat. kalau sorang bayar rm 1, tak lepas duit minyak aku rasa kalau kau pegi kedai yg jaraknya rm 5 utk minyak kreta kau, sah2 lah minyak lebih mahal sebab bawak muatan berat (sorry aku takda niat utk kutuk/malukan orang yg berbadan gempal, sesungguhnya korang memang comel!). Tak fikir tayar lagi, bawak muatan berat (tak semestinya manusia), sah2 tayar cepat haus, Kan? bayangkan kalau hari2 naik kreta kau dan hari2 bayar cukup2 duit minyak ja, macam mana kau nak survive bila nak service kreta? tukar tayar takyah cakap lah. SEPATUTNYA orang yang tumpang kereta kawan ni kalau nak bahagi duit minyak ni TAK BOLEH bahagi sekali dengan tuan punya kreta. Korang sepatutnya bahagi antara korang yang tumpang saja. Sama jugak naik teksi, korang bahagi ka duit minyak dengan pakcik teksi tu? tak Kan? Sudahlah dia yang jadi driver, kreta pulak kreta dia, korang pulak naik kreta macam tangan tak pernah dibedung, bukak aircond suka hati, haa nak bahagi duit minyak dengan tuan punya kreta pulak? haha aku tak marah cuma geram ja bila manusia takda common sense ni. At least hulur duit minyak lebih sikit lah, jangan lah bagi cukup2 pulak. Korang cukup bulan duit masuk, boleh keluar berseronok lagi. Tapi aku (tuan kreta) nak kena fikir cukup masa nak kena hantar service, tukar minyak hitam, basuh kreta takyah cakap lah duit jugak tu.

Haaah, kembali semula dekat gang2 aku tadi tu, diorang fikir duit minyak je tu. Nanti dah sedap jalan jalan, duit minyak bahagi 5 orang termasuk aku ni haa. Diorang tak fikir, kreta aku yang jalan tu memang pakai minyak je, tayar tak jalan, engine tak jalan kot ye? hahaha ok, sebelum aku meroyan lebih2 aku nak pesan lah kat korang2 yang tuli lagi tak ambil peduli benda2 kecil macam ni, harapnya bila dah baca ni bawak2 lah apply dalam kehidupan seharian korang tu. Jangan fikir nak senang je boleh tumpang kreta orang. Bayar duit minyak tu hulur lah lebih sikit, lebih seringgit dua pun dah mengubat hati ni tau bila tengok kawan tak berkira duit dengan kita, baru lah kita ni tak berkira nak tumpang kan kreta.

Aku harap apa yang aku nak confesskan ni sampai dekat hati pembaca2 IIUMC ni dan aku mintak korang apply lah yer. Kesian dekat si tuan kreta asyik makan hati ja. Mungkin di mulut tuan kreta cakap takpe lah, tapi di dalam poket dia siapa yang tahu ada berapa ringgit sangat dia nak survive.

Tak semua mahasiswa/wi di IPT yang bawa kreta ni anak orang kaya/dia sendiri yang kaya, boleh jadi dengan kreta tu lah dia mencari sesuap nasi di untuk survive di IPT ni. :) Wassalam

– kereta aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit