Ilmu Pengasih

Assalamualaikum…terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat admin kerana sudi siarkan cerita aku ni.

Cerita aku bermula pada malam aku exam Spm .. ceritanya begini… ayah dan mak aku ada bukak kedai runcit , memang laku kedai tu… tapi di sebabkan ada orang dengki .. mak dan ayah aku telah disihir oleh orang dengki tu. Jadi mak dengan ayah aku dah penat dah berubat dekat ramai orang … satu hari tu ayah aku telah sakit.. mak aku ni telepon la orang yang selalu kami duk berubat tu tapi nak jadikan cerita dia sibuk pada hari tu. Jadi mak aku ni dah buntu dah , nak panggil siapa lagi… atas recommend mak cik aku… dia kenalkan dengan sorang kenalan dia . kami pun memang tak kenal siapa orang yang nak berubat tu …jadi oleh sebab ayah aku terlalu teruk, mak aku pun bersetuju untuk berubat dengan orang tu yang aku beri nama S , dia pun merawat ayah aku. Pada masa tu aku tengah exam Spm aku study sampai lewat malam. Sedara mara semua datang rumah aku, sebab risau akan ayah aku yang tak sihat.

Pada tengah malam tu aku pun keluar la dari bilik sebab tak tahan nak terberak. Bila keluar aku pun dengan takdir Tuhan aku bertentang mata dengan S. Selepas kejadian tu, tiap tiap malam aku terus tak boleh lena, aku macam angau dengan S. Aku pun tak tahu kenapa . Aku pelik dengan diri aku ketika itu. Kebetulan pula, selepas kejadian itu, makcik aku tak berapa nak setuju dengan cara perubatan si S lalu mak dan ayah aku telah bagi tahu dekat S untuk tidak berubat dengan dia lagi. Jadi si S telah marah. Dia kata dekat mak aku, hidup keluarga aku tak kan selamat , takkan selamat selamanya.

Sejak kejadian itu , mak dan ayah aku still berniaga lagi , jarum jarum still banyak lagi kami jumpa masa menyapu dekat kedai atau dekat rumah. Aku pulak hidup aku mula berubah sejak kejadian itu , setiap kali aku nak ambil wuduk bila pejam mata , aku nampak ada benda dekat muka aku , tapi tak clear la. Nampak macam beruk atau monyet. Kaki aku sentiasa rasa panas-panas macam panas kena cili. Aku cepat marah dengan tiba tiba. Marah sebab benda kecil sampai baling baling barang. Tapi ada kalanya aku termenung saja. semakin termenung. dan terus termenung. Oleh sebab aku jadi takut takut selalu , mak aku selalu teman aku tidur . Bila malam je aku dengar ada orang gergaji atas bumbung umah aku. Aku jadi takut. Aku bukak surah yaasin dekat hp . Bila pagi je.. Surah yaasin tu berhenti padahal aku dah buat repeat dah. Bila mak dengan ayah aku keluar , aku tinggal sorang sorang aku rasa seram je duk dalam rumah tu …dengar bunyi macam macam la…nampak macam ada kelibat.

Pada suatu hari aku demam teruk. Bila aku demam badan jadi lemah. Lepas tu , aku terasa macam ada bola api sebesar bola tenis bergerak macam tawaf pulak dekat seluruh tubuh aku. Macam bola tu lari lari pulak..Aku bagi tahu la dekat mak aku. Mak aku kata..entah entah syikin kena sihir. Lepas tu mak dan ayah aku bawa aku pergi berubat. Bila pergi berubat orang tu kata aku ada pernah sakitkan hati mana mana lelaki ke…lepas tu aku cakap la…aku sekolah convent semua perempuan mana nak jumpa lelaki. Tiba tiba mak aku cerita la pasal S. Lepas tu orang yang berubat tu cakap haa… mungkin orang tu.. Orang yang berubat tu cakap aku ada terkena ilmu pengasih.

Sebelum keluar result spm mak dan ayah aku telah pergi ke australia melawat abang aku di sana. Aku pula tumpang rumah kakak aku. tiap tiap malam aku selalu tido dekat ruang tamu . kakak aku pula tidur dekat bilik sorang sorang sebab aku selalu bukak ayat ruqyah . jadi bising sikit. dia tak boleh tidur bising bising. Pada suatu malam… aku tengah sedap lena… tiba tiba aku terjaga dengan sendirinya aku dengar ada dua suara tengah ikut ayat ruqyah tu…tapi ada part yang dia tak boleh ikut . aku pun apa lagi pejam mata terus sambung tidur. nak jerit panggil kakak aku pun tak boleh. Yang boleh aku pejam mata je. Then alhamdulillah aku boleh lena kembali.

Result spm pun dah keluar . Alhamdulillah aku dapat macam yang aku nak. Aku dapat sambung study ke UK. Tapi sebelum tu aku study dulu dekat Malaysia ni untuk persediaan . Masa ni lah bermulanya detik detik aku. Aku jadi tak sihat kembali. Sedih bila mengenangkan kisah aku ni. Aku jadi panas. aku rasa bilik aku tu panas. Aku dah puas solat . Tapi still panas. Setiap kali pergi kelas aku rasa aku tak layak untuk di situ. setiap kali kot . Macam ada suara yang mengganggu aku bila aku nak fokus sesuatu. Aku jadi tak gembira dengan keadaan aku disitu. Bila kena baca yaasin ramai ramai badan aku jadi goyang goyang tak selesa. lemas. Aku tak tenteram. Aku buat solat istikharah .. aku memang tak nampak apa.. aku cakap dekat mak aku , yang aku tak boleh study. Aku cerita apa yang aku rasa. Mak aku bawak aku pergi berubat. Lepas tu ok sekejap aku jadi normal balik. lepas tu dua tiga hari lepas tu jadi balik . keadaan ni berlarutan sehingga dua bulan jugak…aku dah tak larat nak berubat. nak study pun tak boleh. Fokus dalam kelas jauh sekali . Akhirnya aku kata nak berhenti dekat mak aku . Dengan berat hati mak aku cakap ok. Walaupun jauh disudut hati dia sedih.

Bermula kehidupan dirumah aku. aku menangis setiap hari ..nak kata menyesal berhenti tak jugak..sebab aku sendiri tak mampu. Hati tu memang nak sambung tapi apa kan daya..masa tak akan kembali…hancur musnahlah semuanya…masa tu kakak aku ada dekat rumah sebab tengah buat persiapan dia nak kahwin . Dia daftarkan aku di universiti swasta kos enginering. Aku pun dah hilang arah..ikut saja . Aku mulakan hidup baru di situ . Aku pergi kelas ok.. masuk kelas ok. Tapi aku paling takut bila presentation atau buat sesuatu perkara yang aku tak pernah buat. Aku jadi stress teramat sangat. Aku takut keluar malam. Aku takut itu takut ini. Semua aku takut.. aku dibelenggu. Aku cepat marah… aku malas.. termenung…nak habiskan diploma enginering tu susah jugaklah. Oleh sebab aku tak da boyfriend…mak ayah aku lah tempat untuk meluahkan perasaan. sebab aku selalu stress. selalu mak ayah aku datang melawat aku. walaupun rumah aku dan u jauh..memang habis duit la mak dan ayah punya nak bagi aku sambung belajar jugak…segan dengan orang ramai..orang duk mengata saja. tapi sepanjang diploma tu mak aku ada jugak tanya aku nak berubat ke… aku dengan confident nya aku cakap tak da apa dah…inshaa Allah… mak aku pun ingat aku stress . aku pun tamat la pengajian aku …

semuanya terbongkar selepas aku habis belajar. mak dan ayah aku still berniaga.. mak dan ayah aku pun still ada gangguan jugak. aku pun bawak la mak dan ayah aku pergi berubat. masa berubat tu orang tu kata dekat aku pun ada. jadi aku pun berubat la sama. rupanya. sejarah berulang kembali . patut la aku selalu kena gangguan masa di u dulu. aku malas nak risaukan mak dan ayah aku. sebab tu aku teruskan jugak belajar.. macam macam dugaan masa belajar dulu.. dan ujian datang lagi bila ayah, dan abang aku excident. Masa kemalangan tu , abang aku cedera teruk bahagian kaki.. jadi kaki dia tak dapat di selamat kan. doktor terpaksa potong kaki kanan abang aku tu lagi pun dia ada kencing manis. jadi susah nak baik kaki tu. Ayah aku pulak meninggal di tempat kejadian. Masa excident tu berlaku, dua tiga hari lagi nak masuk u untuk sambung degree . jadi aku ambl keputusan untuk tidak sambung mungkin next year ke. sebab nak bawak abang pergi cuci kaki yang dah potong tu kan. lagi pun mak aku tak reti bawak kereta. Sementara tu aku kerja di butik muslimah. Tapi biasa la aku begitu malu bila cikgu aku datang beli di situ tanya aku macam macam. Aku juga rasa malu bila kawan kawan aku ramai yang sambung study di oversea semua dah berjaya.

Aku depresi teruk . aku menangis sahaja. aku berhenti kerja butik . aku duduk rumah kurung diri ..ganguan mistik still ada dalam diri. Kemudian aku dah mula berfikiran tidak waras seperti rasa nak cut je.. nak bunuh diri. kemarahan aku bertambah tambah.. kekecewaan aku pun dengan diri aku pun bertambah . Aku mula bercakap seorang diri. solat tapi kosong je. tak rasa apa. mengaji al quran boleh kira je. Aku sedih kenapa nasib aku begini . Aku malas nak hidup .Aku tak ada tujuan untuk hidup . Aku rasa tak mampu untuk berjaya. kata-kata dan hinaaan daripada kawan-kawan dan sedara mara terlalu banyak. diorang dah nak habis degree . sedang aku tak start apa pun lagi. Senyuman telah lama hilang di bibir aku. Kemarahan , Kebencian mula menapak di hati ku. Aku mula hilang rasa pengharapan dengan Tuhan.

Namun begitu Allah masih menyayangi diriku. Allah datang kan abang aku yang takda kaki tu cakap bagi nasihat untuk aku . Dia ceritakan kepada aku tentang cerita yang sememangnya aku dah dengar. iaitu cerita bagaimana iblis jadi syaitan. abang aku cerita la dia dengar youtube “HOW IBLIS BECAME SATAN ” channel merciful servant.(kalau korang rajin try tengok tau). Bila dengar cerita tu aku baru sahaja tersedar dari lamunan.

Aku baru tersedar aku banyak buat salah.

1- Kesilapan aku paling besar ialah aku putus asa dengan Allah. Sebab tu aku solat tak rasa apa-apa. Kemudian aku rasa nak bunuh diri sebab aku hilang pengharapan terhadap Allah. Aku salah sangka terhdapa Allah. Aku sering mempertikaikan kenapa aku keluar pada malam tu. Kalau tak hidup aku dah berjaya dah. Tapi sebenarnya Allah bagi ujian hidup sebab Allah sayangkan aku. Allah nak aku belajar sifat sabar, ikhlas, redha, jangan takabbur, jaga hati, jangan nak berlagak.

2- Aku terlalu mengejar dunia aku lupakan akhirat. Aku sedar aku sememangnya memandang darjat,harta ,pangkat, kecantikan. Aku terlalu rasa nak semua orang pandang aku mulia. Korang cuba fikir kalau aku berjaya je sambung study ke UK pasti aku terus berlagak, sombong, riak ,takabbur,ujub, sum’ah segala penyakit hatilah datang. Betul tak?

3. Aku terlalu memandang rendah terhadap orang lain . Aku suka membanding-bandingkan hidup orang lain dengan hidup aku . konon nya aku pasti berjaya yang orang lain pasti tidak berjaya.

4. Aku terlupa untuk redha dan ikhlas terhadap takdir aku. Aku hanya merancang tapi Allah ialah perancang terbaik. Mungkin aku tak nampak lagi apa akan terjadi dalam hidup aku. Tapi aku hanya harus sabar dan ikhlas.

5.Aku terlalu pandang enteng terhadap keimanan. aku terlupa nak meningkatkan balik keimanan diri .ha..tadi aku ada tengok rancangan tanyalah ustaz tv9 . Ustaz tu kata amal ibadah yang kita lakukan tidak cukup untuk memasukkan kita ke syurga. tapi rahmat dari Allah lah yang dapat memasukkan kita ke syurga. Tapi kalau kita tak solat…tak pakai tudung macam mana kita nak dapat kerahmatan daripada Allah?

Lega aku rasa lepas confess ni. Aku harap korang diluar sana janganlah jadi macam aku. Semua orang dekat dunia ni sama sahaja. tapi aku silap. Sedangkan kalau kau neelofa ke che ta ke najib ke rosmah ke semuanya akan masuk dalam kubur yang saiznya sama. yang berlapikkan tanah semata-mata .dan semua akan dibangkitkan dan ditimbang amal semula.yang paling penting adalah hati mau bersih. jangan putus asa dengan Allah. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Allah mampu mengubah keadaan seperti semudah membalikkan telapak tangan. ikhlas dan redha dengan takdir. ingatlah Allah tak pandang kau cantik,kaya,mulia dimata masyarakat. Tapi Allah pandang hati. Jangan lupa berzikir. Maafkan salah dan silap aku. Jangan lupa doakan aku cepat sembuh dari segala penyakit (masih duk berubat).

– Syikin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit