Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca iiumc . Terima kasih kpd admin kerana menyiarkan coretan saya .
Berhenti atau bertahan ? Sekarang benda tu menjadi persoalan dalam hidup aku . Sebelum tu kenalkan aku Nadd . Gadis biasa awal 20an . Berasal dr kg dan sekarang bekerja di bandar . Aku kerja kt company swasta yang boleh dikatakan kukuh . Company aku ni banyak outlet so aku kerja kt salah satu outlet kat area bandar ni . Aku nak cerita yg aku dah cukup penat kerja dgn orang2 yang acah bagus ni .
Kat office aku ni ada la orang atas2 . Ikutkan takde la atas mana pon tapi lebih macam engkau la bos besar . Dari awal aku masuk smpi dah 2 tahun aku kerja ada je salah aku kat mata dia . Tahun pertama yes aku tunduk je ape dia ckp aku ye kan , apa dia bising aku ikutkan , ape dia marah aku tak pernah bersuara . Pernah la satu hari ni ada lah silap pasal kerja aku buat . Ye mmg aku mengaku aku salah tapi dia masuk je office masetu gaya macam nak telan orang . Dia bising2 kat sorang staff ni yg satu department dengan aku . Lepastu dia bising kat sorang lagi staff tpi yang ni lain department la di ckp kt staff tu ” kerja dh berapa lama apesal bangang sangat ” huhhhh ! Masa aku dpt tau dia ckp mcmtu Allah . Hina nya rase orang ley kata aku macamtu . Aku tau aku salah benda tu pon boleh settle tapi cara dia marah mcm la takde jalan pemyelesaian lansung . Teresak2 aku menangis kt dalam toilet . Aku pon masa tu agak baru gak keje tak sampai setahun lagi .
Mulut dia mmg bisa . Awal2 dulu ape je yang keluar dari mulut dia aku cuba je hadam . Aku dah cuba positif . Pernah la sekali ada orang atasan datang visit outlet . Biasa la orang atas ni datang sekali je terus dok cari salah kite . Komen itu ini tak kena . So department aku pon salah satu yang kena . Aku ni serius pelik dgn dia . Kau mengaku aku ni staff kau tapi bila ada orang komen pasal staff kau , kau macam tak boleh nak backup anak buah kau lansung padahal kau tau macammane cara aku keje selama ni . Ni lagi kau batu api . Lepastu dan2 cakap i frust dgn u all . I malu bila orang atas tegur mcmtu . Alah padahal takde ape pun sesekali orang atas datang tgk kite kerja ada la benda tak kena nampak kat mata dorang . Dorang bukan hari2 tengok aku ni keje . Kau tu yang hadap aku hari2 kan . Takan tak kenal staff sendiri .
Korang rase korang boleh hadap ke dgn orang yg hari2 nak marah hari2 nak moody hari2 cari salah hari2 muka ketat . Aku dah penat sbnrnya . Aku impikan suasa kerja yang lebih damai . Pernah la satu hari ni aku kena susun fail2 lama . Memang aku dah susun elok dah tapi aku tatau mcmmane fail2 tu boleh jatuh balik . Dan2 masa dia tgk fail2 tu semua dah kat bawah . Dia pon mula lah senjata mulut dia . Dia tanya aku , aku buat kerja ke tak sbrnya . Pehh masatu darah mmg menyirap gila kena tempek macamtu . Aku lawan balik cakap dia yang selama ni aku tak pernah sikit pon bantah ape dia cakap . Aku tunjuk kat dia ni haa nampak kan dah susun pastu nampak kan fail2 ni ada kesan jatuh . Aku tau aku ni bodoh tapi aku bukan bangang sgt nak biar fail2 ni berselerak macamni . Mengigil2 tahan marah masatu . Start dari situ ape je dia cakap aku buat tatau aku buat bodoh . Mmg manusia ni betul2 dah cabar tahap kesabaran aku .
Lagi yang buat aku frust sgt , huhhh ! Aku ada minta cuti . Dia tau pon aku nak cuti tarikh tu . Last2 aku dapat tau cuti aku tak lepas ! Pehh benda takde sangkut paut pon dengan kau and takde sangkut paut pon dengan orang lain . Janji kerja aku memang siap . Kata aku staff kau kan ? Kenapa kau nak sakit hati sangat dengan aku . Ramai gak cuti tak lepas semua sebab mulut dia kipas bos . Aku sendiri dengar . Makin hari mmg hilang rase hormat aku kat dia . Dia sendiri tak hormat orang ape kau ingat ad ke manusia nak hormt kau ? Tula kadang2 kite ni terlalu mendongak langit tinggi sangat . Mendabik dada dengan angkuh . Satu hari kalau kau jatuh masatu tak akan ada pon orang sekeliling kau nak tolong kau kalau macam tu la perangai kau .
Hari-hari nak kena bdepn dgn dia . Ada satu hari tu aku g jumpa officemate aku . Dia lain department . Aku jumpa and cakap dengan dia aku dah tak tahan aku nak berhenti terus airmata aku menitik keluar . Rase terlukanya masatu . Terluka sangat sbb orang tak hargai aku lansung . Rase tercabar dengan orang macam dia . Teruk aku menangis masatu . Terus aku buat surat resign . Tapi aku ada komitmen . Aku berhenti nnt aku nak keje ape . Sape nak bayar rumah , bayar bil semua nak bg duit kat family . Ramai marah takan aku nak berhenti sebab orang . Korang mmg tak akan paham sampai korang sendiri duduk kat tempat aku . Rase ape yang aku tanggung selama kerja bawah dia . Kalau staff yang dr department lain pon menyampah dengan dia apetah lagi aku yang kerja betul2 bawah dia . Dia seolah pandang aku ni bawahan sangat . Dia sorang je bagus pandai bijak laksana .
Aku teringat kerja aku sebelum kat company ni . Company biasa tapi persekitaran kerja semua ok . Kerja tak stress . Aku stress pasal kerja aku ok lagi tapi bila stress dengan orang , minta diberi kesabaran dan ketabahan la untuk bertahan . Dulu officer aku pon baik even dia tak banyak sangat nak bercakap . Tapi ape je dia minta aku buat, aku buat . Kalau ada salah dia tegur baik2 . Suruh betulkan bagi betul . Takde pulak nak guna kepala angin nak bentak2 staff . Big bos haa lagi lah baik . Kalau ada benda baru nak kena belajar elok je dia ajar satu2 . Pergi training pon big bos layan elok je . Assistant big bos pon baik siap buatkan air bagai . Even kerja dulu perlukan banyak jumpa dengan orang and itu adalah kelemahan aku , masatu big bos tetap amek aku kerja dengan dia . Ajar sampai aku jadi confident . Rindunyaaaaa . Aku behenti kerja situ sebab dapat offer dari company yang sekarang . Of couse dari segi gaji . Entah kadang terfikir biar gaji kecik tapi takde bebanan atas kepala . Bebanan kerja takpe la ni bebanan fikir macammana nak menghadap manusia jenis macamni . Macammane nak buat yang terbaik sedangkan dia tetap pandang kau bawah tapak kaki dia je .
Aku kecewa , aku sangat terluka . Allah . Kadang rase frust dengan diri sendiri pon ada . Dah tatau macammana nak puaskan hati manusia . Lepastu mesti ramai akan cakap kau ingat kalau kau berhenti kerja yang akan datang ni jamin ke dapt bos yang elok yang baik ? Tak , bukan itu yang aku harap. Aku cuma harap dia boleh hargai kerja aku even sikit . Boleh ajar aku jadi lebih baik dari sebelum ni . Orang lain pun nampak macammane dia layan aku . Aku betul-betul dah tak ada hati nak kerja kat sini . Dalam sangat parut yang dia buat kat aku selama ni . Doa aku semoga aku terus tabah cekal nak menhadapi hari-hari akan datang dan semoga ada rezeki aku kat tempat lain . Aminn
– Nadd
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit