Kisah ini mungkin biasa-biasa bagi korang tapi amat bermakna bagi diri aku. Korang pernah rasa kecewa atau ‘give up’ dalam hidup?Jawapannya sudah pasti ya..bergantung atas sebab apa dan kenapa..
Lepas saja tamat matriks KPM, aku seperti rakan-rakan lain memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang ijazah di universiti-universiti tempatan. Pada peringkat ini aku sebenarnya masih belum tahu kursus apa yang ingin aku ikuti tetapi permohonan lebih terikut apa yang kawan-kawan lain mohon.Kononnya kalau dapat masuk universiti bersama-sama,sekurang-kurangnya dah ada kawan yang kenal.
Aku memilih untuk memohon pendidikan sebab rata-rata kawan-kawan aku memilih kursus tersebut. Bila keputusan keluar..Alhamdulillah..aku berjaya tetapi kursus pengajian yang aku dapat bukanlah pendidikan tetapi hanya pengajian sains di universiti di KL.Bila tanya kawan-kawan rapat yang lain,semua daripada kami berbeza kursus dan universiti.Dalam diri aku ada rasa gembira sebab buat makpak aku bangga bila seorang lagi anak dia berjaya masuk universiti tapi dalam masa yang sama ada rasa sedih sebab tak dapat kursus dan universiti yang sama dengan kawan-kawan rapat.
Aku ni asal utara dan sepanjang hidup tak pernah lagi duduk berjauhan dengan makpak. Mak aku siap tanya kenapa minta universiti jauh sangat..kenapa tak minta yang dekat-dekat utara saja..Alahai lagi lah rasa tak nak pergi sambung belajar kat kl.
Dipendekkan cerita,bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar universiti.Serius aku cerita,aku tak ada hati nak belajar masa tu. Aku jadi seorang yang sangat pasif. Aku pergi kuliah tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku belajar.Aku ni seorang yang pemalu dan pendiam.Aku tak tahu macam mana nak cari kawan baru. Memang aku rasa sangat sepi dan sedih tanpa kawan-kawan.Aku cuma kenal roomate aku dekat kolej penginapan sahaja.Dialah yang banyak tolong aku masa kat universiti. Tunjuk dan teman pergi perpustakaan dan cafe. Bawa jejalan dekat Kuala Lumpur.Tanpa dia aku pun tak tahu bagaimana aku nak terus survive dekat universiti.
Masa awal-awal pengajian aku banyak ponteng kelas dan dalam kepala ni asyik nak balik kampung saja. Sem pertama aku gagal teruk. Dalam bas sepanjang perjalanan balik kampung masa cuti sem pertama tu,aku memang rasa malu nak berdepan dengan famili dan fikiran aku bercelaru dan berkecamuk.
Nak dijadikan cerita,bas yang aku naiki tu ada masalah enjin. Jadi terpaksala kami berhenti lama dekat sebuah r&r kat highway utara-selatan.Sementara tunggu bas dibaiki aku memilih untuk duduk seorang diri dekat bangku sambil makan bekalan roti yang sudah aku bawa. Tak lama kemudian,ada seorang perempuan tegur nak tumpang duduk makan bersama-sama dengan aku. Dia cakap dia pun seorang diri dan dia cam yang kami satu bas yang sama.
Aku izinkan. Aku lihat wajah dia tenang dan tak lekang dengan senyuman. Sangat ramah orangnya. Dia kenalkan diri dia sebagai Siti.Dia tanya pasal diri aku. Aku ceritala serba sedikit tentang diri aku sebagai seorang pelajar universiti. Aku pun tak tahu bagaimana aku terlepas cerita yang aku gagal sem pertama dan aku dah give up untuk teruskan pengajian sebab kursus yang aku tak suka.
Kak Siti (dia tua 2 tahun dari aku) tenang saja dengar masalah aku. Lepas tu dia nasihat banyak benda dekat aku.Aku berbisik dalam hati memang senang bila bagi nasihat dekat orang tapi nak laksanakan bukan mudah. Mula-mula aku dengar dan buat tak endah saja sampailah Kak Siti buka kisah hidup dia.
Dia cerita dia juga pelajar universiti tapi oversea ok..Dia belajar kat Ireland dan sekarang dia dalam tempoh penangguhan pengajian sebab masalah kesihatan.Dia cakap dia tinggal 2 sem lagi sebelum nak final year tapi terpaksa pulang ke Malaysia sebab nak dapatkan rawatan. Dia cakap dia menghidap kanser otak. Sekarang dalam tempoh rawatan. Dia cakap dia tak tahu lah hayatnya masih panjang atau tak untuk teruskan pengajian. Dia cakap dia tak give up dalam hidup dia jadi kenapa aku perlu give up sedangkan masalah aku terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan masalah dia.
Aku jadi sebak. Dia nasihat macam-macam dekat aku. Dia cakap aku insan terpilih dapat masuk universiti sedangkan dekat luar sana ada yang tak berpeluang sambung belajar. Dia suruh aku belajar rajin-rajin dan tamatkan pengajian dengan segulung ijazah. Dia cakap dia tak tahu lagi masa depan dia bagaimana jadi dia minta aku berdoa agar dia diberi kekuatan untuk terus berjuang berdepan dengan masalah kesihatan dia.
Aku tak sangka Allah hantar seseorang seperti Kak Siti ketika aku rasa hidup aku dah tak bermakna ketika itu.Kata-kata dia banyak buat aku berfikir selepas itu dan aku berazam nak tebus balik kesilapan aku. Kami berpisah lepas naik bas dan aku pula tak terfikir nak minta no telefon kak Siti.
Buat Kak Siti..adikmu ini tidak tahu samada kau masih ada atau tidak tetapi andai kau terbaca ketahuilah adikmu ini telah berjaya menamatkan pengajian dengan segulung ijazah seperti yang kau mahukan. Sesungguhnya aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kesihatan akak.
Terima kasih Kak Siti dan terima kasih Allah.
-aku budak utara-
– Aku budak utara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit