Assalamualaikum IIUMC, terdahulu aku ada post pasal “Serabut Tentang Kahwin”. So dari posting aku tu ada yang tanya aku beli apartment murah tu kat mana, tak kurang juga yang mengata aku bohong sebab katanya zaman sekarang dah tiada rumah harga tu. Aku ada submit dekat IIUMC utk jelaskan hal ni, tapi tak disiarkan. Harap posting ni disiarkan lah ye supaya tiada yang keliru lagi.
1. Aku ada sebutkan aku beli apartment 50k di kawasan luar bandar. Kawasan tu adalah Rawang. Pandai2 la korang belek ke pusing dalam kawasan Rawang tu cari mana murah. Ada yang mahal, ada yang murah. Lagi dalam kawasan dia, lagi murah. Kau carilah sendiri ikut kemampuan kau selagi namanya dalam kawasan Rawang. Nak lagi murah, kau cari yang lagi jauh dari pekan Rawang tu.
2. Apartment aku bukanlah yang besar mewah cantik tersergam indah tu. Boleh kata apartment low cost, tapi bukan rumah pangsa. 50k tu pun kau tahu tak tuan rumah asal tu dah siap tambah kabinet, plaster siling dengan pasang tile. Jangan kata tak hadooooo. Kau rajin la cari.
3. Rumah teres setingkat aku tu pun dalam kawasan Rawang jugak. Yang tu beli atas nama suami aku, sebab masa ni nama dia dah clear. Dia keluar duit KWSP akaun kedua untuk bayar down payment rumah. Harga aku beli dalam 125k-130k. Rumah boleh tahan lah, tak buruk tak cantik, tapi tak la luas mana. Biasa je, selesa la kalau nak duduk 2 orang + 3 anak (eh,hahaha). Kalau kau pandai decorate ruang comel dia bagi nampak ada class, bonus lah untuk kau.
5. Area tu kau nak sewa rumah pangsa rm150-rm300 pun dapat lagi. Sewa teres dua tingkat pun dapat lagi harga rm500-rm600 camtu. Yela nak banding kawasan bandar sewa rumah pangsa je dah dekat rm700, rumah teres mau 1k++. Kunci dia satu je, kena rajin cari. Kalau kau cari sebijik dua lepastu bising takda lantak kau la dik.
6. Area aku beli kedua2 rumah tu memang jauh dari tempat kerja dekat KL. Lebih kurang sejam ke lebih jugak lah. Kau mesti nak kata “eh mahal la duit minyak nak ulang alik, tol lagi.”, kan? Huhu. Tu lah benda yang kau kena berkorban dik. Macam aku, kami suami isteri naik motor je pergi kerja. Pagi2 5.30-5.45 dah gerak. Dia akan hantar aku dulu, lepastu dia pergi kerja. Kalau sampai awal kami breakfast dulu (ok tak bagitau pun takpa hahaha). Office hour aku lebih pendek dari masa kerja kilang dia. So menempek la aku dekat tempat kerja aku dekat 2 jam hari2 nak tunggu dia datang ambik. Takpela, nak senang kemudian hari kena susah dulu. Hehehe.
7. Mungkin ada lagi kawasan luar bandar yang masih murah selain Rawang. Kau pandai2 la belek. Kena rajin la cari kat agen ke, mudah ke, atau nak lagi bagus kau turun padang sendiri.
Ok so tu je. Siapa yang mencari rumah pertama tu harap perkongsian ni dapat membantu. Siapa yang tak percaya tu sila pergi survey sendiri harga.
Last but not least, doakan aku dapat baby pulak lepasni. Hehe…. amin. Sekian.
– Puan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit