Assalamualaikum. Waalaikumussalam (bila baca ni tentu semua jawab salam). Aku bukan pelajar UIA, masih menunggu keputusan, harapnya bakal ke UIA la (LOL, angan aku tinggi, tapi tu lah hajat di hati). Siapa kenal aku ni siapa melalui kisah aku, shhh rahsia tau. Baik, mari aku katakan siap-siap, tulisan ini berbentuk cerita/kronologi/luahan hati yang amatur dan surat panjang(6 muka surat microsoft words). Ayat terabur, tak menarik, atau apa-apa kesalahan maka maafkan aku yang pertama kali berkongsi. Sebeluk ada sesiapa mengutuk aku atau hampa diakhir ‘confession’ aku. Jika dengan perenggan permulaan ini pun dah tak suka, maka undurkan diri dari membaca.
Aku berminat nak berkongsi cerita mengenai cerita aku dan al-Quran, bila terbaca ‘confession’ “Jangan Give Up Tau”. Terdetik hati nak berkongsi. Kisahnya bermula di sebuah sekolah agama perempuan di sebuah kepulauan terindah (acewah puji tempat sendiri). Aku masuk ke sekolah ni setelah mendapat tawaran, bukan kerelaan hati untuk seorang budak 12 tahun yang nak meneruskan pengajian di sekolah beraliran Inggeris, paksa rela betul waktu ni. Aku pada waktu tu tak lah jahil sangat, tak lah alim sangat, budak lagilah kan kononnya.
Aku berminat dengan Islam ni, ya aku beragama Islam, cumanya dulu bukan pencari, lebih kepada nama dan penerima bulat-bulat. Aku pakai tudung mula masa darjah 4 atas kerelaan sendiri(tudung pendek ja, stokin tak pakai, tapi pakai ‘handsock’). Okay, nampak macam tak guna kan aku cerita semua ni? Emm, cuma aku nak pembaca bayangkan dan dapat gambaran macam mana. Aku masuk Kelab Agama Islam dekat sekolah rendah dari darjah 4 dan jadi pengerusi masa darjah 6. Aku berminat dengan Islam, cumanya, minat tu tak disulam dengan usaha macam atas air je lah.
Semua ni bakal berubah apabila aku dicampak ke dalam kelompok yang disiram dengan ilmu agama. Bila masuk asrama, dah nama sekolah agama, kena bertadarus setiap hari pukul 6 p.m. di dewan makan sebelum makan malam pada 6.30 p.m.. Aku memang tak suka waktu ni, kena tasmiq(baca) sorang ja, kemudian ahli bilik lain semak bacaan dan perbetulkan. Weh, ahli bilik aku 10 orang weh, semua senior. Adalah sorang budak tingkatan satu sama dengan aku, tapi dia pindah lepas dapat tawaran MRSM. Aku memang gelabah ayam tiap kali pukul 6 p.m.. Kalau boleh aku nak duduk dalam tandas dan turun bila waktu makan je, tapi disebabkan aku budak ‘nerd’ yang mematuhi peraturan, maka aku dengan secara paksanya turun.
Weh, aku baca merangkak kot. Gagap, tak cukup nafas, tajwid ke mana sebab aku tak reti, tak reti sebut, macam2 masalah senang kata. Tiap kali aku baca, wajib kena berhenti sebab kena tegur kesalahan, kena ulang, satu ayat tu tak pernah sempurna. Malu, aku malu kena baca depan ramai orang. Aku budak yang jenis tak suka orang nampak kesalahan aku. Aku malu, aku cuba sorokkan kesalahan aku, tapi di asrama ni, semua terbongkar. Aku takut kalau-kalau ada kakak senior mengata aku, aku takut kalau-kalau orang pandang rendah dekat aku, aku mengagak mesti orang kata aku ni “Islam apalah tak reti baca Al-Quran”. Stres setiap kali jam tunjuk pukul 6 p.m., stres setiap kali loceng asrama berbunyi menandakan waktu tadarus, stres setiap kali aku diajak turun oleh senior.
Bertadarus ramai-ramai di meja makan asrama ni, seorang senior akan bagi ayat apa nak baca, muka surat berapa. Lain orang lain ayat, kira bersambung la nanti, ikut giliran. Mula-mula seorang kena baca 4 ayat tak silap aku, aku yang berumur 13 tahun rasa macam tak adil sikit sistem ni, ayat ada panjang pendek, tak aci. Nasib aku pulak ditakdirkan dapat pulak aku semua 4 ayat tu panjang-panjang. Sebak weh. Aku baca dah la makan masa. Jangka masa senior aku nak habiskan 4 ayat tu katakanlah 5 minit, aku boleh buat jangka masa tu 15 minit weh, lebih pun boleh, tercungap-cungap aku dengan tahan menangis. Dah la ada senior lain tak habis baca lagi, Kalau kamar (panggilan untuk dorm asrama) mana lambat habis, lambatlah beratur ambil nasi. Aku rasa bersalah tahap Gunung Everest weh setiap kali angkara aku ahli kamar aku beratur lambat. Nanti tak pasal-pasal sebab aku ahli kamar aku tak dapat bahagian ayam disukai. Aku lagilah takut kalau-kalau nanti kemarahan senior aku memuncak, dibuatnya aku dibuli. Dah lah aku sorang ja budak tingkatan satu dalam kamar tu, lain semua senior. Kawan aku semua ada kawan dalam bilik, aku ja tersesat sorang dalam kamar ni jadi satu-satunya budak tingkatan satu dalam bilik ni, satu-satunya kat asrama ni yang tak ada rakan sebilik tingkatan satu.
Lama-kelamaan, dari empat ayat, bertambah jadi satu muka surat ayat yang perlu dibaca. Kemuncak segala ketakutan aku tiba, apabila kena baca Surah ar-Rahman. Aku ingat sampai sekarang titik segala-galanya ni. Surah ar-Rahman ni ada ayat kena ulang banyak kali kan? Ayat tu aku sangkut weh.. Memandangkan banyak kali kena ulang, banyak kali jugaklah aku sangkut. Ada sorang kak senior ni, dalam ‘confession’ ni aku gelarkan dia dengan nama Miah. Aku waktu tu rasa dia dah ‘fed up’ dengan aku. Ye lah, ayat yang kena ulang banyak kali tu, sekali salah, senior betulkan boleh diterima, dua kali salah boleh diterima, dibetulkan jugak, aku ni si bebal berkali-kali salah masih sangkut apasal? Kak Miah kata dekat aku (mari aku gelarkan nama bukan sebenar aku dengan Kay), “Kay, ayat ni kena ulang banyak kali. Sampai habis surah kena ulang banyak kali, Kay kena baca betul-betul,dekat La tu panjang sikit, cuba ulang banyak kali, lepas tu baru sambung baca”.
Aku waktu tu angguk ja, malu tau tak, Kak Miah memang la tak marah aku, tapi aku rasa dia geram kot dengan si Bebal macam aku ni. Aku sebak, nak nangis, nak keluar asrama kalau boleh. Aku tahan. Aku ulang banyak kali sampai boleh, lalu Kak Miah cakap, “ha tu betul tu, boleh pun, okay sambung baca”. Lega aku, aku sambung. Esok tu ada ‘fogging’ semburan nyamuk, kena baca dekat padang luar asrama. Surah sama, kali ni aku boleh dah ayat Surah ar-Rahman tu, lancar. Alhamdulillah. nI lah titik aku nak berubah.
Aku waktu kecil, mak ayah hantar pergi mengaji sejak umur aku 5 tahun. Ada seorang mak cik ni nama dia Ti, dia ni ajar mengaji dekat surau flat lepas Solat Isyak. Aku antara kategori seorang cepat tangkap zaman kecil dulu (dululah, sekarang hampeh), mak cik Ti selalu puji aku depan semua budak ngaji sebab aku lancar baca. Sebelum waktu mengaji, aku akan latih baca depan surau, waktu tu kawan aku semua main kejar-kejar sementara tunggu waktu mengaji. Biasalah jiwa budak, aku suka mengaji. Aku habis Muqaddam dulu berbanding kawan aku semua, kena puji lagi. Ada seorang kakak ni, sekolah rendah naik bas dengan aku dah baca al-Quran. Aku teruja, ada nota dekat al-Quran dia. Dia kata tu nota tajwid, aku tak faham apa tajwid, dia kata dia akan tulis untuk aku bila aku masuk al-Quran. Aku gembira. Tapi kakak tu tak tahu ke mana, pindah mungkin. Aku pula, lepas habis Muqaddam, nak masuk baca al-Quran, keluarga aku berpindah ke flat baru. Masa tu aku umur 8 tahun.
Lama jugaklah aku tak mengaji, sebab tak tahu siapa nak ajar. Bila jumpa ustazah tingkat 10, dia tak boleh bagi aku masuk al-Quran terus, kena mula baca Muqaddam lagi. Aku gagahkan jugak. Tak sampai sebulan ustazah tu pindah sebab takut ada kes mati di flat kami. Kemudian jumpa satu lagi ustazah, tapi dia tak ajar guna Muqaddam, kena guna Iqra, aku pun ke Iqra satu. Kemudian tak sampai seminggu dia tak sanggup sebab anak dia ada 4 tak silap aku, tak menang tangan. Masih mencari ustazah. Jumpa ustazah flat depan, kena mula dengan Muqaddam dari awal balik, aku gagahkan. Kemudian, terhenti lepas ada kes mak aku dengan ustazah ni. Aku pun tak tau kenapa tapi mak aku kata tak payah mengaji situ dah. Maka dari unur aku 9 tahun aku hentikan bacaan al-Quran aku.
Di sekolah, budak setahun muda dari aku ada kelas Bestari al-Quran. Ustaz dan Ustazah akan pantau bacaan al-Quran mereka. Kami dan senior atas kami tak ada program tu sebab program ni bermula zejak batch bawah kami. Aku teringin, tapi tu lah. Kesian Ustaz dan Ustazah dah penat dan cukup mulia nak pantau bacaan murid bawah batch kami, aku tak boleh lah nak memberontak. Sampai masa darjah 6, waktu puasa ada bacaan al-Quran dan majlis khatam beramai-ramai. Seronok gila aku. Aku tak pernah baca al-Quran lagi dan teringin nak Khatam. Ini peluang aku. Tapi kami baca macam situasi di asrama tadi, dan tak serius mana. Aku masih merangkak la. Aku tau huruf, cara nak baca, bunyi dia, baris dia. Cuma bila Muqaddam dan al-Quran lain sikit. Tak eja dah, tulisan semua bersambung. Aku lembab nak mati. Tapi demi status khatam aku gagahkan. Aku punya teruja bila satu darjah enam dah khatam beramai-ramai tu, macam dapat anak punya gembira. Siap ada kawan aku yang tak mai masa khatam tu aku cakap “rugi ampa tak mai, kami semua khatam” dan dia membalas “tak pa, kami dah khatam dah dua kali”. Okay, aku rasa macam ‘tu lah takabbur wa riak lagi, kan dah kena’. Tapi aku gembira weh.
Masuk asrama tu, sebelum tu ada saringan siapa dah khatam al-Quran dan siapa belum. Aku ingat aku ni golongan khatam dah la, maka aku tak angkat tangan untuk golongan tak khatam. Hasilnya, siapa tak khatam lagi akan baca al-Quran xengan seorang senior sampai lancar dan khatam, manakala yang khatam dah akan tadarus normal macam aku cerita tadi.
Aku rasa selamatlah kiranya aku dah ‘khatam’. Rupanya, ni lah azab aku. Bila aku sedar aku ni sebenarnya tak khatam? Mai sini aku cerita. Ada seorang kak senior aku namakan dia sebagai Ti, Kak Ti ada adik (aku namakan Yah) yang sama sekolah rendah dengan aku, sama kumpulan tadarus masa darjah 6. Weh aku cemas macam sotong weh bila Kak Ti secara bersendirian tanyakan kepada aku “Kay, Kay ni dah khatam ke? Yah kata ampa tak khatam al-Quran lagi”. Weh aku rasa sesak nafas soalan apakah ini!?! “Kami khatam ramai-ramai waktu bulan puasa, tu khatam jugak kan?” soalan aku yang dah meragui status khatam aku. Kak Ti hanya mengangguk, aku tak pasti angguk setuju ‘statement’ aku atau angguk dia dah tahu sesuatu. Di sekolah, kami kena hafal doa selepas wudhu’ untuk PAFA. Weh aku stres weh tak boleh hafal. Semua kawan lulus dah PAFA bahagian wudhu’. Aku sorang masih sangkut dengan doa selepas Wudhu’. Aku stres, aku keluar surau. Kelas PAFA dekat surau. Ustazah Wan keluar surau untuk tengok keadaan aku. Aku menangis teresak-esak dekat depan lantai surau. “U: Kay, kenapa menangis ni?” “K: Ustazah, saya tak boleh lah. Saya tak bolehlah nak hafal-hafal semua ni, baca banyak kali pun tak lekat” “U: Kamu jangalah putus asa. Cuba lagi, bukannya ustazah marah kamu pun. Tak apa pelan-pelan. Ustazah tak kisah lambat, buat kerana Allah, benda ni nanti kamu hafal boleh guna setiap hari, hangan nangis, esok cuba lagi. Ni nak habis waktu sekola dah ni, tak mau menangis”. Okay, bila ingat balik apa kes lah doa Wudhu’ pun nak nangis.
Aku waktu darjah satu stres sikit.Aku tak reti berkawan dengan yang sama umur dengan aku, yelah, aku duduk xengan senior. Dekat asrama ada kawan pun tak ramai. Dekat sekolah pun aku tak reti berkawan. Datang pulak bacaan bacaan ni. Kena hafal banyak benda. Sekolah ada ayat tersendiri nak hafal. Dekat asrama ada wirid lepas solat kena hafal. Serabut aku. Tapi situasi Surah ar-Rahman dan doa Wudhu’ menimbulkan titik persoalan untuk aku, ‘Kay, sampai bila nak macam ni? Hang nak duduk sini 5 tahun weh, jadi 5 tahun lah hang nak nangis macam ni? Nak stres benda camni? Nak dimalukan camni? Hang boleh baca, cuma kena usaha lah weh, tengok orang lain, depo yang tak khatam pun dah nak khatam, hang?’ Monolog aku sorang-sorang.
Aku nak mula belajar, tapi macam mana? Aku malu! Tak kan nak pi dekat akak senior mengaku ‘Kak sebenarnya saya salah anggap saya dah khatam, tapi saya kgatam ramai-ramai bukan sorang, jadi boleh tolong khatamkan saya?’ Tak mungkin. Aku tak berani dan takut malu. Aku diamkan diri. Tapi Allah tolong aku, bila kehadiran seseorang. Kamar kami ada dua kosong, kawan aku tu dah diganti dengan kak Mah tingkatan 3. Ada kak tingkatan 3 nama Rah pulak pergi SBP, diganti dengan Kak Wa, tingkatan 6. Kak Wa masuk aku mulalah mendekatkan diri dengan kak ni. Aku tak reti macam budak lain rapat dengan senior manja-manja. Aku bukan jenis tu. Susah lah jugak nak rapat dengan Kak Wa dengan perangai jenis aku. Hubungan aku dengan senior kamar walaupun aku iktiraf rapat, tapi atas dasar mereka menjaga aku yang satu-satunya budak tingkatan satu. Bukan yang kakak angkat bagai tu, ew aku anti angkat-angkat ni. Aku satu hari berani gila nak bagitau hasrat aku dekat Kak Wa, “Kak Wa, kami nak kak jadi cikgu mengaji kami, kami tak khatam lagi, boleh semak tak dan tolong kami khatam?” Kak Wa setuju dan dia macam paham aku nak ‘private’. Sebelum nak tidur, lepas prep, aku akan ke katil dia dan baca al-Quran dan dia betulkan. Waktu tu kami dua ja dalam bilik sebab senior lain akan ada di bilik study. Yelah, senior bilik aku semua senior ‘exam’. Budak PMR dan SPM. Kalau tak ada Kak Wa, aku selalu akan ke bilik sebelah tunggu kakak senior bilik aku balik belajar baru aku masuk bilik dan tidur sebab aku penakut lepas terdengar cerita hantu Kak Ai. Kadang sampai tertidur dekat bilik sebelah sementara tunggu kakak senior balik. Jadi bermulalah langkah khatam al-Quran aku.
Balik rumah pun aku baca al-Quran sambung muka surat aku berhenti dekat Kak Wa, aku suruh sorang akak flat aku semak aku. Makin lama makin lancar aku baca, aku rasa nikmat dan bersyukur weh. Tapi, tak kekal lama. Aku ada masalah kesihatan, sehari sebelum puasa aku keluar asrama. Aku rahsiakan dari semua kak senior bilik aku tak salah aku sampailah hari terakhir aku dekat asrama, sebab aku nak mereka layan aku macam biasa. Tak suka aku bila kena layanan istimewa. Yang biasa-biasa tulah yang aku rindu nanti. Sedih. Misi khatam tergendala. Lagi. Masa nak habis Ramadhan, adalah ramai naik pentas sebab berjaya khatam seorang diri dari mula Ramadhan sampai nak habis. Kawan sebaya dengan aku pun ada naik atas pentas, aku? Aku masih tak khatam, tapi tak apa bisik hati aku, satu hari aku akan naik. Aku bersyukur aku dah mula pandai baca al-Quran sikit-sikit, lebih baik dari bacaan aku sebelum ni. Dan sebelum aku tamatkan Tingkatan Satu, aku berjaya khatam, Ya Allah, nikmat dia tu. Kalau sebelum ni aku khatam beramai-ramai rasa macam beranak punya gembira, kali ni khatam sendiri rasa macam beranak anak kembar weh. Gembiranya.
Dekat sekolah pulak ada kumpulan usrah, dan ada tadarus juga setiap pagi dekat gelanggang sekolah kecil kami sebelum masuk kelas, kecuali Jumaat sebab ada bacaan Yaasin. Tapi aku lagi rindu dan suka tadarus asrama pukul 6 p.m. yang aku benci tu. Walau aku kena tegur berkali-kali, aku rindu tu. Tak sama dengan di sekolah.
Tadarus 6 p.m. itulah yang membina aku, yang menyedarkan aku. Sampailah waktu Tingkatan 4, aku ditakdirkan jadi Naqibah Usrah, satu pencapaian untuk aku. Aku naqibah kepada adik usrah Tingkatan 3, jumpa adik usrah yang masih merangkak. Tapi aku faham perasaan dia. Mesti takut dan malu. Harapnya dia sekarang dah lancar dan berusaha lancar setiap hari.
6 p.m. adalah waktu yang aku benci satu ketika dulu, tapi sekarang aku rindu. Sekarang aku tak ada sesiapa nak tadarus sama-sama. Faham-faham je la maksud aku bila aku kata tak ada sesiapa walaupun aku ada keluarga. Kakak senior bilik aku (Kak Di, Kak Dah, Kak Mah, Kak Rah, Kak Ai, Kak Guard, Kak Ti, Kak Wa, Kak Qah, Kak Miah, ada-sorang-kak-aku-lupa-nama-maaf), Terima Kasih dekat semua senior aku, tak pernah marah aku, merendah-rendahkan aku, malukan aku. Aku ja yang berprasangka lebih. Semoga Allah beri balasan pahala bagi setiap ayat yang aku baca kepada kak senior aku. Terima kasih kepada Cikgu mengaji yang lain walau ajar aku Muqaddam dan Iqra. Muqaddam dan Iqra adalah langkah asas untuk Kay mengaji Terima kasih Ustazah Wan bagi kata-kata semangat. Semoga tiap kali lepas Wudhu’, setiap huruf doa, pahalanya kepada Ustazah juga. Terima Kasih mama dan papa, walau mama dan papa tak ajar Kay mengaji, tapi mama dan papa sedar akan perlunya Kay mengaji. Semoga Allah hitungkan ganjaran buat mama dan papa. Kay tak pernah dendam atau marah sebab mama dan papa tak ajar Kay. Maafkan Kay dulu Kay rasa geram dengan mama dan papa. Alhamdulillah aku boleh baca al-Quran dah walau hukum tajwid tak PHD lagi, tapi masih mencuba. Hukum tajwid waktu Tingkatan 4 aku belajar subjek al-Quran dan As-Sunnah dan adalah beberapa tajwid baru aku tau. Kini masih lagi mendalami.
Setiap hari adalah hari peluang untuk kita belajar sesuatu yang baru. Ilmu ni tak habis untuk diteroka dan tak ada batasnya Ilmu Allah ni. Buat manusia yang masih merangkak membaca al-Quran, jangan risau, jangan malu, jangan stres. Jika terdetik rasa itu, ketahuilah, itulah permulaan bahawa kalian nak berubah, nak bertambah baik. Buat orang-orang yang jumpa manusia merangkak macam aku, janga rendah-rendahkan, jangan malukan kami, jangan mengata kami, sebaliknya bimbing orang macam kami. Kami sudah cukup rasa terhina, bimbinglah kami. Semoga balasan yang baik untuk kalian yang membantu kami yang bertatih. Terima Kasih dari aku kerana membaca sehingga sini. Maaf jika membazir masa pembaca.
-K-
– K
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit