Assalamualaikum,
Thanks for admin to approve my writing here. Tak tahu nak di kategorikan sebagai luahan ataupon sharing information but maybe ada sikit luahan perasaan di sini. Actually sy sudah bekerja di salah sebuah company di ibu kota dan gaji yg di tawarkan pada mula-mula sy di terima kerja agak tinggi sikit berbanding kawan2 sy yg waktu tu kami masih lagi di kategorikan sbg fresh graduate. Alhamdulillah,mungkin itu bahagian rezeki yg sy dapat.
Apa yg sy nak tuliskan dekat sini utk readers esp perempuan,since my officemate kerap kali tanya macam mana sy boleh buat savings kira-kira 1k (kdg2 tak cecah 1k) every month. Ok,lets check it out apa yg korg buat mula-mula dpt gaji.
1. Cari rumah sewa @ bilik sewa yg berdekatan dengan tempat kerja.
Waktu mula – mula dpt surat tawaran,pihak syarikat ada menyatakan gaji yg di tawarkan. Jadi nya waktu tu,otak dan kepala sy dah start buat kira-kira nk buat saving 1k every month. Sy bukak mudah.my,iBilik or whatsoever laman web yg ada iklan rumah @ bilik sewa ni. Sy tgk address,bkk google maps tgk dekat tak dengan lrt and tempat kerja(mmg target nak naik lrt). Finally sy jumpa bilik sewa with medium price but dekat ngn lrt and nk pergi tempat kerja hanya turun di next station sahaja. So, dh balance dekat situ (tambang lrt murah + harga sewa medium) jika nak compare dgn kawan2 ofis sy yang lain sanggup cari tempat murah yg jauh sedikit dr tempat kerja,sedangkn naik 2,3 tren,lg tinggi cost tu klu di jumlahkan.
2. Disiplin.
Ya..DISIPLIN kan diri tu buat simpanan duit,tak pyh buat ASB loan pon takpe tp kalau nak duit korg beranak-pinak tu lain cerita lah. Ni nak cerita macam mana nak buat simpanan sebulan without buat potongan gaji. Elok je gaji masuk dalam akaun bank,terus asingkan duit nk byr rumah sewa,duit TnG,duit beli brg2 basah & kering,duit keperluan harian and duit PTPTPU (haha). Then pastikan duit-duit yg korg keluarkan tu cukup dan tahan utk sebulan. Tak semestinya korg nak simpan 1k setiap bulan,its depends on your salary. I’m just sharing how i make saving 1k every month. Bila sy tolak campur semua perbelanjaan,adalah dlm kira-kira 1800 cmtu,then apa yg sy buat ialah HANYA RM800 tu je sy gunakan utk beli baju ke kasut ke handbag ke. Yg ni pandai2 la kawal nafsu sendiri. Kena ingat RM800 tu pon incude lunch + breakfast kt ofis,malam wajib masak sbb dah tolak duit utk beli brg basah siap-siap.So,dah ada 1k dalam akaun =)
3. Makan (breakfast + lunch)
Yang ni ramai yg failed bila bab makan,tergoda sana sini,especially bulan Puasa. Dekat sini,sy letak RM10 ringgit je sehari nak makan dan sy dah buat. Kalau readers kata,’ gila ke apa RM10 sehari nak makan ? Dah la sekarang harga makanan naik ngn minyak naik ‘. Kena ingat,sy duduk di tgh-tgh ibu kota dgn living cost tinggi but sy buktikan yg sy boleh buat. Act,mmg sgt boleh nak buat sbb pagi sy bet korg makan nasi lemak,total dalam rm3.50-4.00. Then ada balance RM6 tu utk lunch,amik sayur + ikan/ayam + nasi = RM6.Minum air suam/mineral sudah la,amalkan hidup yg sihat. Kurangkan pengambilan gula dalam minuman. Ok,mesti ada yg ckp air kosong pon x free kn sekarang ni,why not korang bwk air kosong dlm botol dr umh yg korang jerang sendiri. Yg dekat ofis dia ada provide water cooler lg bertuah,mmg dah sah2 free. No more excuse ! Dekat sini,mmg kena berhati-hati esp makan pagi,x pyh nak melantak macam x pernah makan sebulan,sarapan pagi just mengisi perut kosong.
4. Tahan Godaan/Nafsu. (shopping satu barang saja dlm sebulan)
Ni memang utk perempuan dekat luar sana,nak2 ada sales kan,memang nafsu bergelora la kn? Jgn risau,sy pon sama macam korang tp apa yg sy buat,hanya beli satu brg je bila ada sales. Means that,if kasut tu dlm range price below RM100 and normal price RM200 lebih,why not korang grab kan? haha. Last month,sy ada beli 2psg kasut berjenama RM150 masa tgh sale, klu ikutkn harga sepasang kasut berjenama tu above RM150. (yg ni dh tak menahan but sy cover balik utk tidak beli brg yg takde keperluan).
5. Jangan ikut nafsu kawan !
Sy ada satu masalah bila time lunch,officemate akan ajak makan luar (ni dah lebih bajet makan sehari),kdg2 sy terpaksa tolak ajakan beliau sbb dh gila hari-hari nak makan kt kedai mahal (sebulan sekali,ok lg). Hidup ada ‘org’ sponsor bg duit,duduk ngn parents,x de komitmen lg,mmg tak terusik la gaji kau oii. Cuba letakkan diri kau dekat tempat org lain like me,yg duduk rumah sewa,makan pon kena catu..baru tahu rasa perit nk hidup. Cannot go with this people.Now dia rasa macam dah fed up nak ajak makan kt luar,whatever la guys..sy dtg cari rezeki bkn nk berjoli habiskn duit,fikir mak ayah kt kg tu makan ape,bkn makan mewah2 bebb. Kalau terus hanyut dengan ajakan kau,mmg kosong dlm akaun bank. Tak kisah la kau nak tarik muka pon,dh kering hati dengan perangai boros kau tu!. Lagi satu trend travel all the worlds konon time bujang,sanggup simpan duit nk pergi travel,padahal byrn balik duit pinjaman buat bodo je ! Kena blacklist,marahkan PTPTN ngn imigresen. Travel tu tgk dulu saki-baki dari duit simpanan yg tak tahu nk buat apa,bkn ikat perut sbb nak pergi travel.
Ok,i’m getting married soon, insya-Allah..thats why i make savings every month dan dlm process nk beli asset. Biar sy dapat rasa sekali macam mana jerih payah nya lelaki nak menghalalkn sesebuah pergubungan. Kitorg start simpan last year and sekarang dh terlebih cukup apa yg kitorg target utk majlis nnt. Takde amik personal loan semua sbb tau ia sgt membebankan. Utk laki yg nak berkahwin,target bila anda nk kawen,jgn la main terjah bajet macho pergi merisik tp dompet kosong and pihak keluarga perempuan pulak letak tinggi2,baru tercirit nak cari duit. Last-last jln senang amik personal loan. Make sure masa jumpa parents perempuan tu,korg dah ada duit simpanan sikit dalam akaun. So,dalam tempoh sebelum sampai majlis tu,korg just topup sikit-sikit saja. Utk yg perempuan jgn dok goyang kaki,fikir semua laki nak tanggung,dh ada kerja and bergaji..paham2 sendiri la. Menggedik nk kawen cepat,tolong tak mau. Hempuk satgi kepala tu,br tau !
Lastly,hope my sharing ni berguna la sikit. Kalau tak berguna pon takpe,comment yg baik-baik aja. Ni cerita simpanan masa bujang je,komitmen tak byk,dh kawen lain cerita. Yg tu boleh discuss dkt pasangan masing2.
p/s : tips nak rasa gaji tu sentiasa cukup,rajin-rajin hulur duit dekat mak ayah + sedekah.
– -AOK-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit