Assalamualaikum
Thanks admin sudi siarkan cerita aku. Cerita ni bukan utk burukkan sesetengah pihak. Cuma aku harap mungkin ada pihak berkaitan yg baca dan faham situasinya, seterusnya sama2 berubah demi kebaikan.
Cerita ni terjadi masa aku sekolah rendah dan skrg umur aku dah mencecah awal 20-an, masih segar di ingatan. Masa tu aki berada di masjid utk solat jumaat. Aku mengaku, aku ni bukan budak yg sopan reti duduk diam dlm saf, aku ni bising dan nakal, lagi2 bila ramai2 dgn kawan2. Masa tu tgh khutbah, aku masih lagi buat bising bersembang2. Aku belum tau hukum duduk diam dgr khutbah dgn khusyuk tu wajib sebagai syarat solat jumaat.
Nak dijadikan cerita pendek, tgh aku bsembang2 dgn kawan, tiba2 ada satu tapak tgn hinggap kuat betul2 atas ubun-ubun kepala aku. Aku yg tgh bcakap terus terdiam and pening rasa nak jatuh, tapi aku tahan lantai dgn tangan supaya tak jatuh.
Utk seketika, aku bingung apa terjadi, aku jadi ‘high’ sekejap. Semua kawan aku pun dah terdiam tak bercakap, masing2 pndang ke depan dengar khutbah dgn khusyuk. Dlm seminit baru aku sedar, kepala aku kena tepuk dgn pegawai masjid yg jaga bahagian solat kanak2. Aku dpt rasa, tepukan tu bukan biasa2, sebab ianya terasa amat berkuasa.
Dengan kepala tgh sakit and pening, ditambah lagi dengan malu yang amat sebab semua org nampak apa yg terjadi, aku menangis tahan semua tu. Aku rasa mcm semua org pandang aku dgn hina. Malu sangat. Aku tak berani toleh belakang utk tgk muka pegawai tu, sampai skrg aku taktau siapa pegawai tersebut.
Sejak minggu tu, aku dah tak pernah solat di bahagian tu, aku bahkan tak ingat aku pegi solat jumaat ke tak minggu seterusnya. Aku jadi fobia dan trauma. Sejak hari tersebut, aku jadi sgt anti dgn orang2 tua yg suka marah kanak2 yg buat bising di masjid atau surau. Bahkan aku cukup tak suka nampak muka org tua yg buat muka tegas dan garang dengan kanak2 yg dtg ke masjid dgn alasan mereka mengganggu ketenteraman tetamu masjid yg lain dgn berbuat bising. Jadi, orang2 tua tersebut buat muka garang supaya kanak2 tak berani buat bising.
Pada pendapat aku, kanak2 tersebut bukan shj takut buat bising, mereka juga akan takut utk dtg ke masjid pada waktu yg lain. Sudahnya, jadi la generasi muda yg hatinya tak terikat dgn masjid sampai bila2. Kan lebih elok kalau mereka ditegur dgn cara yg lebih lembut dan berhikmah. Kanak2 lebih cenderung utk mendengar nasihat yg lemah lembut daripada terus dibentak keras apabila mereka buat silap.
– Melayu tipikal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit