Bila Family Masuk Campur Urusan Kahwin II

PART I – https://iiumc.com/bila-family-masuk-campur-urusan-kahwin/

Assalamualaikum wbt and hye semua. Tq Admin sudi siarkan cerita aku ni untuk kali ke-2. Hmmmm. Aku ambil masa jugak pikir nak teruskan ke tak akhiri masalah aku ni. Since aku baca banyak sangat komen yang pelbagai – nasihat/teguran, tak kurang jugak yang hentam aku dengan aiman. So here we go.

Bismillah. Untuk pengetahuan, post aku yg pertama tu mmg jadi isu antara aku and family aiman. Aiman baca, angah dia baca, Kaklong baca. And for both of you – Aiman & angah, i know you’re reading this. Pertama sekali aku nak tekan kan kat sini, dalam post ni, takda niat untuk aku burukkan sesiapa, terutamanya angah. Sorry angah. But you have to change for the sake of your family. Aku harap post aku kali ni akan jadi pengajaran untuk korang semua. Termasuk aku yang serba kekurangan dan penuh cacat cela ni.

Firstly, malam selepas post aku disiarkan, aiman call aku. Dia cakap ‘is that post relate to us?’ Aku jawab Yes. Sebab aku memang tak tahu nak luah kat siapa, and aku perlukan pendapat org lain. Fyi, all of us yg terlibat dalam cerita aku tu baca komen korang. Thanks guys. Korang mmg byk membantu. Sebelum tu biar aku jawab dulu pertanyaan korang.

1. Buat majlis tak payah lah grand sangat – ikut ajaran Islam
– Thanks pada siapa yg bg cadangan ni. But for you to know, majlis kami ni adalah 100% hasil usaha kami. Aiman anak bongsu, and aku anak sulong (the only daughter in my family). 35K untuk satu majlis bg dua-dua belah pihak is nothing guys. Plus kami mmg nak buat yang terbaik, and we worked for it. Kitorang tak mintak duit sesiapa. Kami mohon doa je. Lain lah kami yg nak grand tapi malas usaha then pinjam duit sana sini. Semua orang nak yang terbaik. Nak, usaha. Taknak, diam. Hope clear.

2. Aiman tu tak firm, tinggalkan jela dia
– this part, aku harap. Korang tarik balik kata-kata ni. Betapa remuk nya hati aiman bila dia baca komen korang yg macam ni terhadap dia. Aiman tanya aku ‘ teruk sgt ke saya? Saya jahat ke? Saya tak layak untuk awak ke?’
Serius guys… korang bukan kat tempat Aiman. Aku mulanya pun geram, sebab dia letak aku dalam situasi macam tu. Tapi at the end, aku faham. And aku akan jelaskan nanti.

3. Jual jela SBK and Helmet angah tu. Syg anak ke motor? Pergi la gov hospital
– Guys, korang awesome. Di sini lah bermula nya.

Khamis ptg lepas zuhur, aku pergi rumah aiman. Untuk solve benda ni. Ummi abi aku tak dapat ikut sebab dorang ada event company. So sepanjang discussion kitorang, aku record. Silently. Sorry angah. Benda pertama yg dibangkitkan, angah hentam aku. Dia persoalkan kenapa aku post dekat fb pasal benda ni. Dia punya cakap tu, pergh… sampai mak ayah Aiman pandang aku semacam. Ibarat ‘ sampai hati kau buat anak kitorang macam tu’. Tapi takpe, aku diam. At first memang aku pikir nak call off the wedding je. Aku taknak amik risiko masuk dalam family macam ni. Dah kalau mak ayah dia pikir aku mcm tu, kau rasa??

Then, Aiman tanya..

‘Angah, boleh bg resit checkup Mika tu, man nak tengok total. And surat policy company angah’

Then angah jawab, dia tertinggal kat office. Tak dapat tunjuk. Aiman tanya lagi,

‘Motor angah tu ada member Aiman nak beli. Sekali dengan helmet. 54K. Cukup kot kan buat clear loan kat bank and operate mika. Man topup 5k.’

Tercengang jugak lah aku. Tapi aku diam. Ye lah aku tgh record kan. Hehe. Time ni angah dia tetiba naik suara.

‘Apa masalah man nak jual motor angah sesuka hati? Angah beli guna duit angah kot. Man, taknak tlg xpe. Apa nak jadi jadi lah’

Mengucap panjang aku masa tu, mak ayah Aiman dah suruh angah mengucap dah. Btw, mika time ni kat rumah mak mertua angah, dengan kakngah sekali. Time ni baru lah aiman bersuara.

‘Ni apa ni angah? Ni apa?’

Masa tu aiman tunjuk satu kertas. And aku nampak angah gelabah. Angah ambil kertas tu dan cakap ni kertas bisnes dia. Takde kena mengena pun. And for the first time in my life, sepanjang 6 tahun aku kenal aiman, ni first time dia tinggi kan suara.

‘Tu bisnes apa ngah? MLM kan? Aiman dah call lah orang dalam kertas tu. Dia dah citer dah sume kat aiman. Dia dah quit kan? Angah kenal tak dia? Kenal ke tak? Nak aiman call ke? Kau jawab lah!’

Menangis mak aiman masa ni. Sebab tak sangka aiman akan marah sampai macam ni. Aku apatah lagi. Bila aiman guna ‘kau’, mmg aku tahu dia sangat sangat marah.

‘Patut lah selama ni kau memanjang takde duit! Gaji kau double dari aku tapi kau selalu mintak kat aku. Rupanya kau join benda bodoh ni! Kau tipu aku kan ngah. Kau tipu kitorg. Kau cakap betul2 mika tu sakit ke tak! Kalau tak aku heret kau pegi balai!’

Aku tarik baju aiman, aku minta dia istighfar. Tapi dia mmg tgh marah. And aku pun tak tahu nak buat apa sebab aku x pernah handle dia bila dia marah. Aku pun takut. Giler tak takut. Aku siap tobat lagi nak jadi isteri Solehah supaya aku takkan kena marah macam ni. Hahahahaha.

Ok sambung, then baru lah angah terus terang everything. Aku sum up kan semua kat bawah ni.

– angah join MLM. Tak silap aku **** apa tah tapi under ****** **** (if not mistaken)
– dia bayar 23k at first time tahun 2015, untuk dapat jadi leader. The rest is history
– day by day dia kena topup duit untuk upgrade, that time baru lah kitorang tahu kenapa dia selalu x cukup duit, and paling sakit hati, mak Aiman buat loan tahun lepas untuk support angah. Konon nak set up Bisnes. Tapi smpai skrg habuk pun takdak. Menyirap Aiman. Mak dia apatah lagi. Menangis lah.
– Mika bukan appendix pun. Gastric je guys. Time ni Aiman sampai nak naik tangan sebab angah sanggup guna nyawa anak dia demi kepentingan sendiri. Menipu. Liar
– company angah dah tak provide loan sebab dah limit. Dah byk angah loan untuk MLM b*do* dia tu. Sorry angah. U hav to change

So lepas angah dah mengaku semua, Aiman putuskan supaya dia keluar dari MLM tu, atau pun Aiman report polis. So angah memang mengaku akan quit and akan refer AKPK untuk semua loan dia.

The rest. Aku simpan. Cuma satu je aku nak cakap. Apa yang berlaku ni, aku berasa sangat bersyukur. Sikit pun aku tak menyesal. Sebab dengan berlaku nya benda ni, Allah bukak satu pendedahan yang bg aku kalau x dibendung dari skrg, akan melarat sampai bila-bila. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Yes. Ada hikmahnya.

FYI, Aiman jumpa kertas tu masa dia pinjam kereta angah. Dia selongkar dashboard. And kat blkg kertas tu ada satu lakaran sistem piramid. And Aiman mmg pantang bab bab MLM sebab dia pernah kena tipu dengan kawan baik dia sendiri. Tak silap aku time tu ************. And sebab tu dia marah sangat bila tak sangka dia kena tipu dengan abg dia sendiri.

And pasal kakngah tahu ke tak, aku tak sure. Masing-masing diam lps perjumpaan ptg tu. And angah dah pun minta maaf. And angah, kalau angah rasa Aimi ni dah rampas Aiman dari family angah, satu je Aimi nak cakap. Kadang-kadang jatuh bangun seseorang tu, insan yang sentiasa ada dengan dia adalah psgn dia sendiri. Walaupun pada hakikatnya dia ada family. So pada Aiman, mungkin dia hargai Aimi, because we have each other thick and thin. Doakan kitorang.

And untuk family angah, Aiman went somewhere last night, dia pesan tak payah risau. Apa pun dia tak kan abaikan family dia. Cuma bagi dia masa untuk tenangkan diri. Aiman sgt2 sedih. Untuk angah, berubah lah..

So guys, terima kasih sebab doakan kitorang. Aku tahu mungkin ada antara korang yg doakan kitorang dan doa korang dimakbulkan, so Allah tunjuk benda ni. Alhamdulillah. Semoga Allah dapat balas jasa korang semua.

– Aimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit