Kecewa Dengan Sikap Agamawan

Assalamualaikum…tq admin Sudi kongsi kisah aku…

Aku nak kongsi kisah ak…aku nie bukanlah datang dari keluarga yang tinggi ilmu agama…sampaikan subjek agama pon aku gagal…aku tahu aku seorang Islam yang teruk…aku xreti baca jawi…aku xdapat belajar disekolah agama rakyat sebab masa tu keluarga aku Susah Sgt…balik sekolah aku kena Jaga adik2 aku…sebab mak ayah kena keja nak besarkan kami…adik2 masih kecil…

Tapi sepanjang aku menuntut ilmu ditempat orang…aku selalu ditakdirkan bertemu para sahabat yang datang dari keluarga atau dari latar pendidikan agama…tapi masalahnya perangai mereka tak menggambarkan seperti latar belakang mereka…

Masa aku dekat u…aku ada seorg kawan…biarlah aku namakan Ann…
Ann nie dari sekolah pondok…aku plak dari sekolah convent…memang siapa yang kenal kami terkejut…sebab sifat kami berbeza dari latar belakang kami…sebab aku berpakaian yang longgar & sopan kurang bersosial…sedangkan Ann berpakaian ketat menjolok mata dan sosial…

Kemudian aku sambung belajar lagi disebuah ipta…disini pon aku ditakdirkan bertemu dengan sahabat2 Dari sekolah pondok dan sekolah agama…aku namakan nad, dian & ika…antara 3 orang nie ak paling rapat dengan Nad…sebab nad je boleh terima kalau aku tegur ke apa ke…tambah bab kapel pegang2 tangan…dian dengan ika marah kalau aku tegur…kutuk2 belakang…nad pernah kata “patutnya mereka rasa malu…sebab mereka dari sekolah agama”…sedangkan aku bukan Dari latar belakang agama…keluarga pon biasa2…kawan2 aku lalai, sosial & xsolat…

Bila habis belajar aku berkerja dengan agensi yang berlatarkan agama…tapi masuk dalam agensi nie xde sapa yang pandang aku…malah aku selalu dikecualikan dari aktivti…sebabnya aku bukan Dari keluarga atau ada pendidikan agama…berbanding dengan orang yang ada pendidikan agama Dan Dari keluarga beragama…orang pertikaikan aku…malah orang yang ambil aku kata menyesal ambil aku …lepas nie nak berhati2 ambil pekerja…dia juga kata nak buang aku tapi xsampai hati…aku pon ambil keputusan berhenti sendiri…aku bukan sedih sebab dipinggirkan…tapi aku sedih bila aku dikecualikan Dari aktiviti usrah & aktiviti agama yang Lain…dengan alasan melibatkan politik..

Kerja di agensi nie pon aku ditakdirkan bertemu dengan sahabat2 Dari keluarga berpendidikan agama…tapi tetap lalai…tak menutup aurat dengan sempurna….xsolat…

Terdetik difikiran aku…dulu tamat sekolah…aku penah berazam nak jadi seorang muslimah…walaupon aku gagal dalam periksa agama…agama ak terok… Aku selalu bertanya dengan diriku…kenapa Allah takdirkan berjumpa & bersahabat baik dengan sahabat2 yang datang Dari keluarga Dan pendidikan agama yang tinggi…tapi mereka sendri xamal…malah kadang bila aku tnya persoalan tentang agama mereka xboleh jawab…malah kadang mereka menjadikan aku sebagai rujukan tentang persoalan agama…

Aku walaupon bukan datang Dari keluarga yang beragama tinggi Alhamdulillah…masih sedang belajar menjadi muslimah yang lebih baik…sedang memperbaiki diri…aku guna YouTube, Google…baca buku untuk tambah ilmu…tapi kalau ada kesempatan aku ke surau dengar ceramah…television pon dah banyak ceramah2 agama…disebabkan sekarang zaman fitnah…aku kena dengar bnyk pendapat..xboleh terima bulat2 apa yang aku dengar Dan nampak….doakan aku jadi muslimah yang bertaqwa….cita2 nak jadi hafizah…masih bnyk perlu aku belajar…

Ilmu Allah tu luas…Dipinggirkan & bertemu dengan orang yang xdapat bimbing aku bukan alasan aku untuk berhenti tambah Ilmu agama…Aku xkata diri aku baik..cuma aku nak luahkan yang aku sedih…sebab aku nak belajar agama…tapi sikap orang2 yang berpendidikan agama Sgt mengecewakan…xlayak ke aku nak duduk bersama mereka?…xlayak ke aku menegur walaupon ilmuku hanya sedikit?…hinakah aku xdilahirkan dalam keluarga beragama tinggi?

– salsabila

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit