Kerna Harta Putus Saudara

Assalamualaikum. Terima kasih admin if confession aku di approve. Terlebih dahulu aku nak mint maaf andai kata penulisan ni mengguris hati atau menyakiti sesiapa tapi jujur niat aku hanya untuk berkongsi dan aku tak nak orang lain lalui perkara ni.

Straight to the point lah, actually cerita ni berkenaan family ayah aku. Aku memang sangat rapat dengan family belah ayah. Sebab belah mak aku macam tak sekapla sikit so kurang lah. Jadi hubungan aku dengan pakcik makcik sepupu belah ayah aku sgtlah rapat.

Dari kecik sampai aku besar aku and adik beradik aku selalu je tidur kat rumah pakcik makcik aku. Dalam ape jua keadaan pon aku akan utamakan belah ayah aku. Nak pergi event or convoy mana mana still aku prefer belah ayah. Ayah aku pon rapat dengan adik beradik dia.

Tapi siapa sangka sebabkan harta hubungan yang rapat tu boleh musnah. Orang ckp air dicincang takkan putus, tapi harta mampu je putuskan air yang dicincang itu haha. Arwah nenek aku ni byk harta jugak tapi harta tu tak pernah dibahagikan even arwah nenek meninggal dah lama.

Dan disinilah bermulanya cerita, dimana adik beradik ayah aku bergaduh sebabkan harta pusaka hingga tak bertegur sapa. Kau bayangkan sebabkan perangai pakcik makcik aku tu kami sepupu sepupu ni pon jadi macam terputus hubungan.

Aku ingat lagi time raya lepas lepas, biasanya before ni raya kami akan berkumpul dekat satu rumah and pergi raya setiap rumah family sama sama. But disebabkan harta aktiviti yg setiap kali kami buat time raya terus hilang.

Time tu aku menangis dalam kereta. Aku sedih sebab dia org semua dah tua tapi kenapa fikir mcm tu. Kalau arwah nenek ada mesti dia sedih tgk anak anak sendiri gaduh pasal harta dia.

Perkara ni berlanjutan. Mereka semua marah kat ayah, aku tak boleh nak cerita kenapa tapi apa yg aku mampu cakap mereka tak faham apa yg ayah aku cuba buat. Tapi ayah tak kisah, dia telan semua. Aku nampak ayah sedih, aku tau ayah sedih bile adik beradik dia buat macam tu. Pasal harta je weh.

Awal tahun lepas ayah aku meninggal dunia sbb heart attack. Sorry sebab aku tak guna “arwah ayah”. Bila ayah aku meninggal barulah nampak muka muka pakcik aku yang selama ni tak nak jejak kaki dia kat rumah aku.

Mase ni pon aku sakit hati. Bagi aku dia org tak respect ayah aku. Kau bayanglah tgh tahlil arwah ayah aku dia org boleh relax gosip sebelah aku. Aku tgh baca Yassin masa tu. Aku sakit hati aku tukar tempat.

Senang cerita aku memang tak sangka lah dia org akan buat macam ni. Selama ni susah senang dia org ayah aku tolong. Kami adik beradik pun selalu utamakan belah ayah tapi bila jdi macam ni aku dah hilang rasa hormat aku pada dia org.

Lepas ayah meninggal dia org memang tak datang jejak rumah dh. What do u expect? Even time ayah ade pun taknak datang. Aku bersyukur ayah aku pergi dengan tenang sangat. Dan ayah tinggalkan kami dengan serba serbi mencukupi alhamdulillah. Semoga Allah merahmati ayah sebab ayah seorang yg sangat bertanggungjwab pada keluarga.

Kami pun tak mengharapkan bantuan dari pakcik pakcik kami even sepatutnye mereka lah yang bertanggungjawab pada kami lepas arwah ayah takda. Bila pasal harta semua arif tentang faraid dan pusaka, tapi soal tanggungjawab?

Aku tak berdendam dengan dia orang. It just that aku dah takda hati nak rapat macam dulu. Aku tau ayah aku takda simpan sikit pon perasaan marah dekat dia orang jadi apa hak aku untuk marah?

Tapi bila aku ingat macam mana ayah terima semua kata kata kesat dari adik beradik dia, macam mane ayah sentiasa tunggu adik beradik dia datang rumah, macam mane ayah sentiasa tunggu adik beradik dia jemput datang rumah, aku jadi geram.

Harta yang digaduhkan sangat tu pengakhirannya tak dibawa ke kubur pun wahai pakcik pakcik ku sayang. Cuma amalan dan doa dari anak anak yang mampu dibawa kelak. Kenapalah kerana harta smpai putus saudara? Kenapa kerana harta dilupakan dosa?

Aku mintak maaf sebab aku tak mampu cerita detail. Aku taknak membuka aib siapa siapa. Aku just nak kita semua beringat. Selama ni tengok dalam drama je, rupanya in real life banyak je berlaku. Satu hari nanti kita pon akan kembali ke pangkuanNya. Dan harta yang digaduhkan di dunia tu sesen pun tiada nilainya bila kita dah tak bernyawa.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit