ssalamualaikum wbt & Selamat sejahtera. Terima kasih kepada admin kerana siarkan post saya.
Confession ini lebih kepada pengalaman peribadi yang nak dikongsi tentang etika kerja. Pengalaman kerja tak sampai 10 tahun lagi dan cerita ni tentang pengalaman saya bekerja sebagai pembantu penyelidik (Research assistant) sekali pakej sebagai pelajar sarjana.
Bekas pensyarah (Supervisor/SV) merupakan pensyarah muda, belum jadi Prof. Madya pun. Sepanjang jadi student seliaan, dia memang sangat bagus. Dari mencari research grant sampailah nak menghabiskan research, dia sangat bagus.
Cuma yang tak berapa nak best dia adalah etika dia sebagai seorang penyelia & pensyarah. Setiap pelajar seliaan dia perlu sediakan artikel untuk dihantar ke majalah atau surat khabar atas nama dia.
Selain tu, kami juga perlu menulis sebuah buku/setahun untuk beliau terbitkan atas nama dia & nama kami katanya akan dimasukkan diruang penghargaan. Masa tu kami turutkan je sebab dibayar gaji & anggap sebagai pengalaman selain tak nak terkandas masa nak habiskan research.
Tapi episode yang lagi menyayat hati bila tiap kali kena publish article ke jurnal akademik & bila kena present poster kajian masa konferens, dia akan suruh kami letak nama pasangan dia sekali yang bukanlah ahli akademik yang langsung tak membantu masa penyediaan article & poster tu. Takkan sebab sumbangan Kat rumah Nak masuk sekali dalam poster/article kot? Serius tak boleh hadam.
Dia ni seorang pensyarah dengan minda usahawan. Ok la kan sebab 9/10 punca rezeki adalah dengan berniaga. Sekarang dia menggunakan title Doktor dia untuk menjual produk dengan claim boleh sembuhkan penyakit. Kebanyakan orang kita kalau nampak nama doktor akan percaya walaupun doktor tu adalah doktor falsafah. Produk dengan claim kesihatan ni ada peraturan & regulasi. Nampak gaya dia semakin berjaya sekarang, dah jadi Dato Dr dah.
Tujuan saya berkongsi ni nak mengingatkan yang hidup ni perlu beretika. Zaman di mana diibaratkan hidup bertuhankan duit ni memang boleh tahan mencabar. Cuma ingatlah, kalau tak kantoi sekarang, jawablah dengan tuhan nanti kenapa salah guna kuasa yang diberikan.
P/s: maaf kalau bercampur dengan bahasa Inggeris.
– Mon Cheri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit