Assalamualaikum , aku ambil peluang ni nak confess apa yang aku rasa pasal agamawan/penguasa agama di malaysia , anyway aku disclaimer awal2 aku bukan grad uia just grad universiti swasta so apa yang tulis tiada kaitan dengan uia .
Apakah penguatkuasaan agama ni hanya tertakluk pada marhaen? baru2 ni jabatan agama islam terengganu mengadakan operasi mencegah penunggang dan pembonceng bermotosikal yang bukan mahram , ianya bagi mencegah zina . persoalanya kenapa motosikal yang sinonim dengan rakyat biasa sahaja yang dituju? , begitu juga operasi cegah maksiat sekadar berani di hotel murah , bagaimana dengan hotel mahal , resort yang menjadi persinggahan golongan elit ? . Apa maksiat hanya terjadi di kalangan marhaen? . Penguatkuasa agama sila buka mata jangan hanya sekadar manis berbicara hukum di bibir .
Keduanya pertelingkahan agamawan , berlawan siapa lebih kapir , siapa lebih syiah , siapa lebih wahabi . Aku faham perbezaan pendapat di kalangan agamawan dalam banyak perkara , tapi bukankah lebih elok diselesaikan dengan diskusi atau debat ilmiah .
Ketiga aku agak pesimis dengan taraf kemajuan negara jika dimpipin agamawan . Ada beza profesional yang alim dan alim yang sekadar alim . Apa dasar yang mampu direka oleh agamawan sekiranya memerintah kalau sebelum memerintah pun hanya taruh minat pada perlaksanaan syariah saja . Bagaiamana dengan ketirisan? rasuah? pembelaan rakyat miskin? alam sekitar? dipandang sepi .
Keempat ustaz/ustazah dan daei segera .
Ada budak usia belasan tahun hanya lepasan spm sudah jadi jemputan untuk sesi ceramah/talk bermodalkan ayat arab dan imej alim , siap menulis buku lagi tapi apa yang disampaikan terlalu normal , balik2 bab hijrah , menutup aurat , ikhtilat , mencari pasangan bidadari syurga , perkara2 yang pemikiran normal boleh fikir . Bila lagi nak membicarakan bab2 kritikal? . Sampai aku rasa ini je ke kemampuan daei muda? .
Mesti korang terfikir “ahh kau sembang boleh la” but at least apa yang aku sampaikan based on apa yang aku rasa setelah buat penelitian dan berfikir .
– skaratul maut
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit