Tak Mahu Pasangan Merokok

Lumrah la kan sekarang kalau perempuan kalau nak pilih pasangan pilih lelaki yang tak merokok sebab kita sendiri nak jaga juga kesihatan juga taknak jadi perokok pasif yang makan asap rokok, tapi soalannya boleh ke nak cari lelaki yang tak merokok sekarang?

Aku pun ada terfikir juga jadi aku ada buat sedikit kajian, sumber semua dari surat khabar dan website kerajaan, ada kemungkinan tak berapa tepat tapi angka tersebut takkan lari jauh sebab sumber semua ada kredibiliti.

Ini beberapa fakta mengenai perokok di Malaysia:

1. Berdasarkan statistik 2016 ada lebih dari 5 juta rakyat Malaysia yang merokok.
2. Jumlah perokok paling besar adalah lelaki.
3. Kaum paling banyak merokok adalah Melayu.
4. Jumlah yang berjaya berhenti merokok setelah mendapat rawatan cuma 2/10 (tak dikira dari yang tak cuba mendapatkan rawatan)
5. Bertambahan jumlah perokok baru semakin meningkat.

Jadi dari data ini boleh dikatakan jumlah perokok dalam kalangan Melayu Islam ataupun potensi bakal suami Islam kebanyakkan merokok. Ini belum termasuk dadah lagi, yang ditahan di pusat serenti dah melebihi 100 ribu orang Melayu kebanyakkan lelaki, peratusan lebih 80% dari jumlah penagih yang ada. Belum dikira yang masih bebas dan yang mabuk ketum.

Setelah tengok semua data ini, apa yang aku boleh cakap, kita perempuan ini bukan boleh memilih sangat, takut nanti sampai ke tua bujang. Kalau kita buat anggaran kasar, hampir 7/10 lelaki Melayu Islam adalah perokok.

Kita jangan letak harapan tinggi kawin dengan lelaki merokok tapi harapkan dia berhenti sampai kita jadi tekanan, fakta jelas tunjukkan dari 10 yang buat rawatan untuk berhenti cuma 2 saja berjaya, yang lain langsung tak dapatkan rawatan.

Sebagai perempuan apa yang kita kena fikir cuma kena fikir macamna nak buat persiapan, jangan tekanan fikir nak suruh lelaki berhenti tapi fikir apa kita boleh buat. Contoh, insurans kena sedia siap siap, insurans untuk lelaki mahal sikit tapi kalau dia terkena stroke ke, cancer paru paru ke sekurang kurangnya kita ada duit bulanan dan boleh bayar duit rawatan dia. Dekat rumah pula buat undung undang jangan merokok dalam rumah atau depan anak anak.

Lelaki merokok atau tak yang paling penting tanggungjawap dia tunaikan. Merokok ni dah dikira normal dalam kalangan lelaki macam lelaki tengok bola la dan bukan lagi dikira benda pelik. Benda ni dah dikira faktor yang tak boleh dielakkan dah jadi kita sendiri kena siapkan diri bukan tekanan, bergaduh dengan suami suruh berhenti.

Nak memilih bakal suami tak merokok tunggu sampai ke tua la bujang, jangan pula nanti umur dah dekat 30 lebih baru nak terima kenyataan. Berangan nak kawin dengan lelaki Korea ke itu memang dah lumrah terutama buat yang minat K-Drama tapi realiti pun kita kena fikir jangan terperangkap dalam emosi dan fantasi :

“Who care about Malay guy? I’m currently dating Oppa so no worry”

Takut nanti sampai dah tersedar baru tahu dunia realiti macam mana. Ingat, bila masalah dah tak boleh elak, kita cara penyelesaian yang boleh kita guna dan kawal bukan cuba kawal benda yang luar kemampuan kita.

Terima kasih sebab sudi baca.

– Yoon Eun-hye

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit