Nak Kurus Tapi Malas Bersenam

Assalammualaikum. Firstly, thanks admin sebab terima luahan saya hehe. Sebelum nak mula aku nak say sorry sebab aku bukan lah jenis pandai nak berkarangan bunga2 and harap korang boleh paham lah apa aku nak sampaikan. Also, aku bukan la expertise, trainer and so on. So just nak share kepada korang some tips yang maybe mungkin boleh pakailah kalau korang nak ikut and jadikan sebagai pengajaran hahaha.

Nak bagi intro sikit pasal diri haha bukan nak cri jodoh okay people. Joke. Aku perempuan, umur masuk 23, still study and majority kalau duk jadi student ni manade masa nak bsenam, bagi anggapan aku la. Tp usually depends dari stiap individu. Alaa ckap je hang tu malas~

Seperti tajuk yg tertera di atas, siapa la suka nak besenam aku sendiri pun taknak haha aku ngan kawan aku slalu duk gelak kalau la kita tidur pagi esok bangun dah jadi kurus mcm ala2 Victoria Secret gitu hahaha #dalammimpihanglah. Aku tak la gemuk sngat BMI dlm lingkungn comelchubby(overweight). Tapi disebabkn ketinggian aku 158cm la menampkkan seperti comelchubby. Maybe kalau aku tinggi ada harapan jd model plussize. Tetapi itu hanyalah kemustahilan.

Aku pernah try nak kurus tapi dalam cara tak sihat, through makan slimming pills. Yes, mmng aku kurang berat lepas tu TETAPI mcm saya kata dalam cara tak sihat. Pill tu dia buat kau kurang selera nak makan. Tahan 3 hari aku tak mkn weii, tapi ada juga makan sikit2. Sebab pill tu bg aku mmng kuat la. Pill ni pun aku tau dari kawan. Dia consume and terus nampak kesan dia which makes me also nak try. Taknak la gtau pill apa, takut aku kena kecam mngpromote tu pill haha

So iya aku kurus dlam lingkungan kg yg tak sangkah2 dlm 60kg-59kg gtu. Happy la rasa. Org pun puji tnye apa rahsia bla bla so on. TAPI benda tu tak kekal lame. Disebabkn aku still student so aku tak mampu nak beli so saya stop. Berat naik kembali. Sedih weii. Kalau nak kekal kena amal kan trus and without non stop. Mcm aku kata, dia buat kan kau tahan lapar. Dan apabila tahan lapar maka kau akan jadi lapar disebabkan lama tak makan. Disebabkan itu bagi impact kat badan kau. Bukan diri yg lpar tetapi badan kita yang memerlukn vitamin protein sume after terlmpau lama kurang makan. Pernah sampai mak aku tegur aku nampak kurus tapi macam orang sakit punya kurus.

Kemudian tu berat badan aku mendadak naik 70kg+ lbih dri berat asal sebelum aku consume tu pill. Pilu rase hati. Then start la aku tak jaga pemakanan sebab malas dah nak kisah pasal berat. Makan buat kau happy hahaha tambahan juga aku ni sweet tooth person. Hmm lagi teruk tu.

Then suatu hari tu, one of my batchmate mengurus. And guess la apa….
Yeah you got it! Exercise and diet sihat.

Impress juga la ketekunan dia. Dulu dia tak la chubby macam saya dan tak sekurus tapi just sedang2. Sekarang ni dia dah kurus tetapi yang ada shape, tak tau brape berat dia tak pulak tanye. Aku nampak dia ni pun jadi more confident and start berstyloo kauuu haha

Aku jadi motivate la sikit2. Tapi sikit2 je. Aku start jaga makan tp still ada langgar sana sini. Kalau bab bersenam tu aku tak sentuhla sebab aku malas. So lepas dalam 2bulan something gitu. Aku timbangkan diri and berat aku still the same. Makin frustrate juga la rasa. Tapi sy continue kan juga, jaga pemakanan tapi saya try slow2 untuk kurangkan makanan tak sihat. Saya ni jenis tak berapa kalau minuman yang berperisa so mostly committed with plain water je dari dulu. Itu dikira extra membantu la mencucikan dalam badan.

Start masuk 2017 dalam awal bulan Jan, saya try nak jadi more motivated disebabkan sebatch saya tu. Macam first saya cakap. Sape la suka nak besenam, lagi2 kta ni perempuan. Tetiba tdetik diri ni nak besenam. Macam mne saya encourage diri saya, well saya buatkn senaman ni mcam SERONOK FUN. Woii gile ke haha gelak untuk diri sendiri. Iya aku buatkn fun. Sebab kalau aku motivasi secara main tengok je tak tahan lame tu motivation hahaha buat full memory hp je screenshoot.

So tips PERTAMA, mesti tanam motivasi dalam diri untuk besenam secara fun. Aku try tak tngk nak jd kurus tp aku tengok senaman tu fun. Pelik pulak tips ni, tp ni cara saya la. Sebab kita kena tukar tu mindset. Sebab dari situ aku perasan org yg duk gi gym mcam seronok je dengan gaya movement sume hahaha.

Penat and sakit tu ade kalau first day exercise. Parah dia tu memang parah. Ape tak, sebab kurang menggunakan muscle and your muscle is stiff. Sebab sebelum ni aku tak pernah buat movement yang extreme bagai. First senaman aku guna adalah squat. Mak aii skit die. Tp aku truskn juga. so tips seterusnya….

Tips KEDUA, so exercise ni dia ada pelbagai jenis. So korang boleh optional nak pilih senaman yang mana. Ini cara aku la pilih squat sebagai permulaan. So squat mostly focus on legs. Reason pilih ni sebab saya rasa selesa. Boleh dikatakan everyday buat ni. Kaki pun tak sakit macam first time. Korang set la berapa kali buat cth: kalau first timer jinak2 la 10 kali. Kalau everyday buat secara tak langsung akan jadi up2 from 10x to 100x. Yes aku able to do till 100x tapi bukan directly, mati la kalau macm tu just slowly ya. Bukan nak show off or riak la. Kalau korang do this everyday secara tak sedar korang akan nak set to higher numbers and other sebab juga muscle korang dah boleh adapt so tak se-stiff macm first time. Oya, lupa nak mention. Dalam 1bulan Jan ni aku just focus squat senaman je sebagai main exercise and of course secara tak sedar korang akan rasa boring. Iya it’s encourage me to try another senaman yang lain. Itu yang best nye. Biar la optional tetapi keselesaan tu penting. Di sebabkan squat je duk tiap2 hari, aku slowly menjinakkn diri dengan senaman lain but still stick yang mana saya boleh angkat and selesa. Tanpa tak sedar korang akan nampak result. Dari luaran dan dalaman.

Kalau bab makan ni aku jaga juga TETAPI haha still ada langgar sana sini okay. Cuma aku control and still slowly to change. Regarding cheat days, everyday cheat days aku hahaha. Tetapi aku control. CONTROL. Tips yang ni bagi aku optional la. Just ikut mana korang dapat pakai. Nak pakai Atkins cardio diet etc ikut suka hati. Sebab aku sendiri pun tak tentu juga diet aku.

Tips KETIGA. Ini style aku. Tips ni pun dapat dari kawan. Dia abit complicated sebab setiap jam kena makan tapi dalam quantity yg sikit tapi sihat. So saya revise a bit ikut style and keselesaan sendiri.

Pagi: telur rebusx2 and tea hijau. Tea hijau ni bagus sebab dapat membantu kuatkan metabolism badan. Bole dikatakan tiap2 hari aku hadam ni.

Tenghari: Makan lauk je. Opt. tambah nasi SIKIT satu genggam kalau jenis takle hidup tnpa nasi.

Malam: yang ni depends, sometimes aku tak makan malam just minum tea hijau. Kalau lapar masak sup atau makan lauk.

Extra tips: minum la banyak air. Sebab dia bagus untuk mengflushkan kawan2 kite yang dlm badan tu hehe

Secara amnya result aku berjaya turun 2kg dalam 1bulan. Kira okay la. Kalau korang kira 2kg darab 12 bulan. Dah berape aku can lose weight dalam satu tahun hehe. Takpe biar slow tapi yang penting ada result. Extra important juga, metabolism badan juga memain peranan penting so lain orang lain metabolism. Ada yg metabolism kuat and ada yang tak kuat. Metabolism badan saya tak kuat so nak trun berat tu menggambil masa. Tetapi aku akan stick to motivate kan senaman itu seronok.

So conclusions, kepada yang susah and tak minat besenam harap tips ni dapat membantu la untuk motivate korang. Ni tips datang dari saya yang juga tegar malas nak begerak banyak haha. Kalau korang ada tips nak kongsi dpersilakan and minta maaf kalau ada silap sana sini just wanted to share my experience. I’ll be behind the comment as silent reader. Ciao

– Ms. Potato

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit