Assalamualaikum buat semua. First of all if confession ni dapat di-publish I’d like to thank admin iiumc.
Cerita aku ni bukan nak aibkan sesiapa tp lebih kpd peringatan utk semua– & diri sendiri jugak. So here it goes.
Aku ada kawan, kita gelarkan dia Esah (bukan nama sebenar). Esah ni ada habit, which I’m sure yang dia tak aware akan habit buruk dia ni. Habit dia, dia suka condemn on something yang dia tak suka. Okay la, mungkin sekali dua, benda tu takde hal sebab member member kan. Awalnya aku ingat mcm tu lah. Tapi turns out, memang dia jenis gitu. Selama ni aku perhati je. Okay, aku bagi contoh lah eh utk habit buruk dia ni.
Ada la sorang ni baru je lepas rebonding rambut. So ofkos la lurus gitchew. Kengkawan lain semua bagi respon macam “weh cantiknya rambut kau” “weh mahal tak kau buat” and stuffs. Disaat kawan2 lain bagi respon positif, tetiba Esah cakap, “rebonding memang la cantik. Tp aku tak suka, sebab nanti suami aku tak dapat tgk rambut original aku.” Aku nak tergelak pun ada. Rambut tu boleh tumbuh, & bukannya dia tumbuh rambut rebonding pun. Dia tumbuh rambut original kau. Nanti kalau kau dah potong part rebonding tu, rambut kau kembali kpd asal. Aduhai. Tp aku diam je sbb malas nak argue benda kecil.
Contoh lain, makanan. Okay, ni paling aku tak suka. Esah ni suka condemn makanan yg dia tak suka Semua orang punya tekak lain lain, ada org suka rasa ni, ada org tak suka. Just because kau rasa benda tu tak sedap & tak kena dengan tekak kau, tak payah lah kau nak kutuk makanan tu habis habisan. Cuba fikir sikit kawan kau yg suka makanan tu, tak ke kecik hati dia? Tak perlu ayat macam “eeeee tak sedapnya makanan ni” “eeee mcm mana kau boleh suka benda tu? Tak sedap langsung”. Lagi2 jenis nak menang, nak ikut kepala dia je sampai org lain kena ikutkan sekali tekak dia. Orang mcm ni, kategori dia, SELFISH.
So kepada pembaca sekalian, kalau anda rasa anda ada TERbuat perkara yg seangkatan dengannya, silalah kurangkan. Ya, aku faham, semua orang ada & mahu melontarkan pendapat. Tapi berpada pada dan jaga hati org sekeliling. Sebaiknya, kalau ada benda kau tak suka yg tidak mendatangkan kemudaratan pd diri & org sekeliling, biarkan aje. If silence could ease a person’s heart, why not?
Sekian.
– Bento
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit