Bercakap Ketika Tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca iium.

Aku seorang perempuan, umur 21 dan sedang belajar di sebuh ipta. Disini aku nak luahkan pasal masalah aku iaitu Sleep Talking aka Bercakap ketika tidur. Bunyinya simple kan? Tapi aku yang menanggung ni je yang tau macam mana rasa dia. Ok dah.

Ceritanya, bila2 je aku tidur, aku akan bercakap/melaung/menendang/menangis/marah2. Yang pasti seingat aku, aku tak pernah lagi berjalan. Boleh dikatakan setiap kali aku tidur aku akan bercakap kebiasaanya ada mimpi sekali yang hampir separuh juga aku ingat. Tak kisah bila2 je aku tidur, pagi, siang, petang, malam.

Aku ni takde ayah, so dari kecik sampai besar aku tido dengan mak. Tau tak apa jadi ketika aku tido tuu? Aku mengigau(tak ingat dah padia) dan jerit sekali lepastu tendang mak aku yang tengah tido sebelah dengan angle angkat kaki yang luas. Korang tau macam mana aku tau aku tendang dia? Aku tersedar lepas tapak kaki aku ni singgah dibelakang badan dia yang dah tua tu. Selain tu, aku juga akan tau bila aku terjaga malam2, aku tengok mak tido dekat bawah. Pagi tu aku tanya.. ” kenapa mak tido dekat bawah? Bukan semalam tido atas katil ke? ” “tak nak la mak.. Dah kau tendang mak banyak kali semalam. Mak tolak kau tidur tepi sket, kau tendang lagi”. Omaigad, terkejut aku time tu.

Kisah lain, time kakak aku balik dari uni, dia selalu tido dalam bilik aku, haa.. Dengan dia pon macam2 juga jadik. Aku pukul dia time tido, jerit2, tarik selimut, marah2. Sebab dia geram, dia pon pukul aku balik. Haha. Ada juga pernah dulu aku tidur rumah mak sedara aku, teman dia sebab takde orang lain rumah dia. Dia tido atas katil dan aku tido dekat bawah dengan kakak aku betul2 hujung kaki katik. Malam tu entah kenapa, aku pi tendang katil dia dan aku tersedar bila kaki aku sakit lepas aku tendang tu. Satu lagi aku tido dekat rumah kawan aku, teman dia time exam spm dulu. Aku mengigau dan aku jerit kuat gila tak tau family dia dengar ke tak. Malu weh.

Time di uni pulak, aku tinggal bilik double. Roomate aku selalu gak tido lewat malam dan dia selalu dengar aku bercakap time tido. Seram kan. Ada sekali tu, dalam pukul tiga pagi, bila dia dah habis study dia tutup lampu meja dan baring atas katil bersiap2 untuk tido. Tiba2 dia dengar aku cakap “Assalamualaikum… “. Boleh bayang tak apa yang dia rasa? Haha. Apa lagi, cepat2 dia selimut dan tidur. Besoknya dia cerita dekat aku. Dalam bilik tu juga aku mimpi orang aniyaya aku dan aku nangis sampai teresak2. Aku bangun dan terus call mak aku tanya dia betul ke orang tu buat macam tu dekat aku. Lol. Aku juga pernah kena tindih dan tak boleh gerak. Lepas dapat gerak sket, aku terus bangun dan lari keruang tamu cerita dekat kawan aku yang time tu tak tido lagi, tengah berbual2 dengan housemate. Sekarang aku bilik single dan masih lagi jadi macam tu. Siang ke malam, aku selalu jerit time tido.

Tu la cerita aku, akibat daripada kerap bercakap ketika tido, mimpi yang bertindan, aku hidup dalam kelesuan. Tido la lama mana pon, aku tetap rasa penat sebab banyak tenaga aku dihabiskan untuk menjerit, menendang dan berlari dalam mimpi. Aku rasa tak cukup tido dan kurang fokus dalam kelas. Famiky aku pon pernah cakap, ” nanti kau kawen, suami kau kena ikat kaki tangan dan tutup mulut kau supaya kau dia tak kena tendang dan tido dengan aman”.( dorang gurau jee) Kesian aku kan??

So, kalau ada sapa2 yang pakar tentang sleep disorder dekat sini, boleh la bagi pendapat atau jalan penyelesaian. Terima kasih.

– Cik S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit