Assalamualaikum dan salam sejahtera admin, pembaca dan peminat setia IIUM confession,
Terima kasih kerana menyiarkan confession Nur Hidayah untuk pertama kali.
Tergerak hati untuk meluahkan rasa kesal dan terkilan selepas membaca tulisan fb seorang doktor. Mengenai naya binasa jangka panjang lambakan produk kesihatan merapu meraban di pasaran.
Kenapa saya kesal? Sebab saya antara golongan yang membantu dalam penghasilan produk kesihatan tersebut. Mungkin tak semua tapi ada beberapa produk yang sudah popular. Makan tablet, kulit cerah, hilang jerawat, bercahaya. Makan kapsul, hilang sakit gout, sakit lutut, sakit sendi. Macam-macam lagi ayat propaganda melariskan produk.
Setelah berpengalaman beberapa tahun sebagai R&D ke atas produk-produk tersebut. Malah berpengalam dalam dunia pembuatan ubat farmaseutikal. Saya melihat dari sudut pandang, pengilang perlu bertanggungjawab. Saya memilih berhenti kerja. Kerana , berat azab di akhirat untuk tanggung penipuan seperti tiada penghujung. Setelah habis membaca, anda pembaca nilaikan sendiri apa realiti yang akan saya hidangkan.
Realiti pertama: Lambakan produk kesihatan di OEM dari pengilang-pengilang di seluruh malaysia. Dan ada pengilang yang memiliki GMP dan ada pengilang yang tidak memiliki GMP tapi tetap berjaya menghasilkan produk tidak sah taraf. Saya pernah bekerja dengan pengilang yang tidak memiliki GMP. Sekiranya tiada GMP, pengilang hanya layak untuk memproses produk yang jatuh kategori FOOD sahaja. Tapi bukan kategori HEALTH SUPPLEMENT atau TRADITIONAL MEDICINE. Pengilang mampu untuk tepis hakikat ini demi keuntungan. Dan mengeluarkan produk tidak sah taraf secara berleluasa.
Realiti Kedua: Customer yang datang ke pengilang lebih advance dari R&D yang sedia ada di kilang. Contoh yang pernah terjadi pada saya sepanjang bekerja sebelum ini, tolong tiru produk sekian sekian sekian, nak tambah flavour sedap sedikit, dan ada customer yang berani bawa produk Herbalife untuk ditiru. Bukan setakat Herbalife , tapi macam-macam produk lain. Sedih. Paling menyedihkan dengan mentaliti customer, mereka ada duit, dengan duit mereka boleh mengarah walaupun itu bukan kepakaran mereka.
Realiti Ketiga: Sepanjang saya bekerja, tiada stability study (untuk menentukan jangka hayat dan ketahanan produk siap) dilakukan. Stability study akan mengambil masa 3 bulan paling minima sehingga ke 2 tahun maksima (tahun seterusnya) mengikut tahap. Selalu produk produk di kilang pernah saya bekerja mendapat aduan. Kenapa produk rosak? Rosak dari segi warna berubah, rosak dari segi powder menjadi bergumpal. Masalah ini disebabkan tiada stability study yang dibuat. Dan sangat bahaya untuk pengguna di luar. Saya pernah bekerja dengan pembuatan ubat farmaseutikal dan saya telah melihat banyak kegagalan untuk menghasilkan ubat yang effective untuk pesakit. Ada sehingga 52x trial baru berjaya. Situasi berlainan bila customer minta dalam seminggu produk kesihatan mereka siap dan dipasarkan. Anda nilaikan sendiri.
Realiti Keempat: Claim di label hanya untuk melariskan jualan. Percayalah setiap pengilang ada penasihat undang2 produk mengikut BPFK. Kesalahan-kesalahan claim pada label 100% clinically proven, cerah 3 hari selelas makan masih bersepah disebabkan kedegilan customer yang tidak mengikut penasihat. Jadi selepas ini lihat produk anda beli , nilaikan keyakinan anda dengan membaca claim pada label. Bukan tertarik dengan warna dan tulisan meriah pada label.
Realiti Kelima: Testimoni itu bersifat subjektif. Cara badan saya bertindak ke atas produk kesihatan tidak sama dengan badan anda. Testimoni bukan penanda aras terbukti secara klinikal. Tiada guna ada doktor di malaysia kalau semua penyakit boleh sembuh dengan ambil produk sekian sekian sekian. Saya pasti anda mampu hadam realiti ini. Pharmacist penat penat belajar 4 tahun, takkan nak berpegang pada kerja tiada etika. Even bahan-bahan mentah adalah nature resources, tapi interaction between bahan A dan bahan B belum tentu boleh. Mode of action dalam badan macam mana?
Lima realiti ini untuk sedarkan masyrakat siapa pun mampu buat produk. Tapi ubat bukan semborono. Untuk membanteras produk tidak sah taraf di malaysia bukan senang, produk dijual atas talian, nama pengilang tidak wujud, obses rakyat malaysia untuk sihat dan cantik, obses rakyat malaysia untuk menjadi founder produk, jadi peringkat mana harus dimula? Selagi ada tawaran selagi tu ada penghasilan. Anda bijak, anda bertindak. Sayangi nyawa anda. Nyawa itu amanah.
– Nur Hidayah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit