Salam buat semua pembaca IIUMC. Aku Gee. Hari ni setelah sekian lama aku terdetik untuk berkongsi cerita aku di IIUMC. Niat aku hanya sekadar meluahkan perasaan. Cerita ini terlalu sensitif bagi aku kerana ia melibatkan seorang mak. Aku tidak akan sesekali bercerita kepada insan lain secara depan depan kerana aku tak ingin orang yang kenal keluargaku berpandangan negatif . Kerana itu, aku kongsikan disini. Supaya hatiku terluah namun maruahku masih selamat. Pada pembaca yang seperti dapat meneka siapa aku, aku mohon baca sini, biarlah habis disini. Tak perlu bertanya kepada aku mengenainya lagi…aku mohon.
Kisah aku mengenai kasih seorang mak. Mak aku seorang wanita yang sangat banyak menghadapi cabaran dalam hidupnya. Dari aku kecil, terlalu banyak dugaan yang aku lihat dia lalui. Namun sehingga aku besar, hanya sekali aku ternampak dia mennangis. Itu pun secara tak sengaja akibat aku yang masuk ke dalam biliknya secara melulu. Demi menjaga keharmonian keluarga, terlalu banyak yang mak aku telan dan segalanya dipendam sendiri. Namun itulah kesilapannya. Kerana dia yang berterusan diam, orang sekeliling berterusan ambil kesempatan dan mengenakan dirinya. Akhirnya setelah sekian lama, apabila dia mula berumur, mak aku mula berubah menjadi seorang yang kasar dan mula tidak menghiraukan orang lain. Aku tahu..dia sudah penat..
Namun, aku sebagai anak yang menerima tempiasnya. Mak aku mudah berkecil hati dan merasakan apa yang difikir dan rasa semuanya betul. Dan aku tiada peluang berfikir sebaliknya. Jika tidak aku dikira menentangnya. Oleh kerana dirinya yang mungkin tidak ramai kawan, mak aku juga seolah tidak membenarkan aku mempunyai kawan. Aku tidak dibenarkan keluar bersama rakan. Hanya pernah beberapa kali aku keluar bersama rakan sepanjang umur aku. Namun hal ini berbeza bagi adik beradik yang lain. Mereka bebas keluar bersama rakan.
Selain itu, aku juga selalu disuruh membuat pelbagai kerja rumah. Sedangkan adik beradik ku yang lain, yang jarang balik dan tidak tinggal bersama tidak perlu melakukannya. Pernah aku bangun pagi dan kena sediakan sarapan untuk semua orang sedangkan yang lain masih tidur. Alasan mak, mereka jarang balik, biarlah mereka rehat. Bagaimana dengan aku mak. Aku juga bekerja seperti mereka walaupun aku tinggal bersama mak. Aku juga ingin bangun lambat dihujung minggu. Namun bila aku katakan begitu, aku dikatakan kurang ajar. Busuk hati dan pemalas. Mak aku dulu kerja jauh dari family. Dan mungkin sebab itu dia faham kenapa orang yang jarang balik mestilah balik nak berehat..Aku faham itu. Tapi aku juga ingin berehat. Kerja yang banyak dilakukan bersama sama seperti riadah keluarga..bukankah itu lebih mengeratkan..mungkin hanya aku berfikiran begitu..
Ada satu ketika mak jatuh sakit. Aku dan ayah jaga. Setiap hari aku menyediakan hidangan berbeza untuk mak . Namun apabila yang lain balik, mak mula cerita tiada siapa kat rumah ni (yang tinggal bersama) yang kisah bila dia sakit. Kiranya naisb baik orang jauh tu balik. Yang kat rumah semua buat tak layan dia..Kecilnya hati aku bila dikatakan begitu..Sedikit sebanyak keikhlasan aku tergores.
Pernah mak anjurkan satu majlis, so aku pun jemput kawan datang makan. Tapi oleh kerana ada kawan adik beradik yang lain ramai nak datang, mak aku kata dyeorang jarang balik. Jadi biarla kawan dyeorang datang. Aku setuju je sebab memang rutin akulah yang akan tolong mak masak. Namun aku jadi naik angin bila mak suruh aku call kawan kawan aku dan kiranya tak jadi jemput dyeorang. Sebab mak kata kalau kawan aku datang nanti aku berborak dan tak ada orang tolong dia buat kerja layan tetamu yang lain. Kecilnya hati aku. Tak layakkah kawan kawan aku menjadi tetamu mak?
Aku juga insan biasa. Sepanjang aku duduk dengan mak, pasti akan ada juga aku menjawab cakapnya. Ada juga aku tidak bersetuju dengan tindakannya. Namun mak marah dan membebel itu lumrah biasa. Aku sangat bole terima. Tapi paling menyedihkan bila kakak aku bagitau mak aku call dia cakap aku ni semakin kurang ajar dan dia seolah tiada tempat nak minta tolong sebab aku macam tak boleh diharap.
Pada mak, bila aku menjawab cakapnya, aku sama seperti insan yang dulu sering menyakitinya dan kalau aku dah bosan, aku bole tinggalkan rumah dia. Memang aku tak menangis didepan dia bila dia cakap macam tu. Tapi hati aku menangis sebab aku rasa syurga aku macam dah terlampau berkecil hati dengan aku. Sejujurnya aku tak mampu tinggalkan dia. Setiap hari aku oda agar dia panjang umur sebab aku memang tak mampu hidup tanpa dia.
Sekarang aku ditahap yang rendah. Tiada apa yang aku dapat banggakan seperti adik beradik yang lain. Maafkan aku mak kalau aku sememangnya memalukan mak. Bukan niat aku menjawab namun aku juga manusia biasa..Sabar aku juga kengkadang tipis terutama jika baru balik kerja sudah dikatakan pemalas dan sebagainya.
Apepun mak. Aku sayang kau. Sangat sayang. Tiada syurga buat aku tanpa kau mak. Ampunkanla aku. Aku selalu berdoa agar aku terus dikurnia kesabaran dan marah mak hanya sementara. Aku terus berharap aku sabar melihat layanan mak pada yang lain berbanding pada aku. Aku harap semua pembaca dapat doakan kesejahteraan dan keharmonian dalam keluarga aku. Mungkin aku banyak kesilapan. Mungkin ada antara kalian yang doanya dimakbulkan tuhan.
Semoga kisah aku ni, menjadi iktibar. Kepada yang senasib dengan aku. Terus bersabar. Jangan pernah dengar kata hati nak lari rumah, nak tengking mak, nak lawan mak, nak tinggalkan mak. Sikap mak pada hari ni mungkin kesan dari pengalaman masa lampaunya. Mungkin dia sudah penat…Kita tak akan pernah tahu..Hanya Allah yang tahu..aku telah silap..dan yang lain janganlah ulangi kesilapan aku ye..Assalamualaikum.
-Gee-
– Gee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit