Assalamualaikum. Moga pembaca semua dalam keadaan sihat, InsyaAllah.
Cerita yang saya nak kongsi bersama dengan semua pembaca iium.confession ni mungkin agak clishè tapi percaya lah, sedikit sebanyak seseorang pasti terkesan.
Cerita saya tentang adik yang saya sayang. Dia anak ke 3 dari 4 beradik. Saya kakak sulung. Saya introduce adik saya sebagai fia. Adik saya ni seorang yg sangat ceria, kelakar 3kali ganda dari sepahtu, tak pernah lokek bab duit dan minat terbesar dia ialah makeup. Jenis suka bergaya. Kening tebai habeh hehe. Dan jenis penakut dan lemah semangat. Semuanya okay je. Saya dan fia agak rapat juga. Adik memang suka luahkan perasaan, cerita dan pengalaman dekat saya. Tapi, dekat situ lah silapnya saya. Bila dia bercerita, saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya busy kerja dan saya rasa dengan mendengar tu saja dah cukup sebab saya penat. Saya tak memahami adik saya. Saya biarkan dia dalam kesakitan sendirian.
Satu malam tu, saya terjaga dari tidur dalam pukul 2 pagi. Nak ke tandas. Saya tengok lampu tandas terbuka. Tandas di rumah ada 2, bersambung sebelah sebelah. Saya masuk tandas, masa tu sayup je saya dengar ada suara orang menangis. Saya diam ke dan dah siap buang air, saya keluar. Masa keluar saya cuba buka pintu di tandas sebelah dan, ya berkunci. Saya andaikan bahawa saya mamai. Masuk bilik, tidur. Saya masih tak sedar, fia tak ada di katil atas. Tapi saya sedar ada orang masuk dalam bilik. Saya sambung tidur balik.
Esoknya, saya tak tanya fia kenapa dia nangis. Saya pasti semalam dia yang nangis sebab matanya sembab even dia kata dia sakit mata sebab shampoo masuk mata semasa mandi. Haritu hari ahad. Saya ajak fia tengok cerita korea dalam bilik sama sama. Masa tu, tiba tiba fia cakap “Kak na, alam ghaib tu wujud kan? Kita boleh ke masuk sana?” Ah sudah budak ni dah kenapa soklan dia macam tu. Berbaur sangsi. Lepastu saya tanya balik kenapa dia tanya soalan macam tu? Saya beritahu jin itu wujud, buktinya surah jin sendiri. Dan dia beritahu saya sesuatu “Kak na, selama ni bila fia bercerita tentang mimpi fia, tentang apa yg fia nampak dan rasa, kak na tak pernah dengar betul betul kan? Kak na cakap “Oh, okay je”. Kak na tak percaya fia ke? Kak na rasa dia ni ada illusion ke? Kak na tak tau kan rasanya takut untuk tidur setiap malam?” lebih kurang begini soalan yang fia tanya aku. Tak saya tau dia bukan bertanya, tapi dia kecewa dengan saya. Jadi saya decide untuk dengar cerita fia betul2 masa tu. Saya suruh fia cerita semua tentang mimpi yg dia hadap yg menakutkan sangat tu. Fia cakap setiap malam dia mimpi dia gendong baby dia sayang sangat kat baby tu. Dia mimpi ada seseorang ajak dia pergi masuk dalam cahaya. Dia juga ada mimpi di kelilingi orang berjubah dan menangis mengelilinginya. Fia kata dia selalu nampak ada orang duduk belai rambut dia semasa fia tidur. Fia juga ada bagitahu yang dia dapat rasa hidupnya seperti di rantai. Lupanak beritahu, fia tak ramai kawan walaupun dia jenis gila gila. Dia jenis suka bersantai dengan family berbanding kawan2. Fia bagitahu yg dia selalu rasa ada kelibat orang ikut dia berjalan dekat mana pun dia pergi. Saya cuba untuk tenang dan bagi jawapan paling rasional. Saya peluk fia dan minta maaf sebab saya abaikan dia.
Malam tu, lepas maghrib. Fia kena rasuk. Dia menangis meronta bagitahu yg dia sakit. Mama dan ayah panggil seorang ustaz di kejiranan kami dan agak lama juga nak pulihkan fia semasa di rasuk, dia memang menggila! Ustaz tu saya panggil as pak kob. Pak kob beritahu kami, kenapa baru sekarang kami perasan keadaan fia? Pak kob nampak serba salah nak cakap. Lasyly babah suruh pak kob cerita dan pak kob beritahu, ada sesuatu yang mahukan fia. And benda tu nak bawa fia pergi. Pak kob suruh babah bawa fia berubat. Fia betul betul sakit. Malam tu kami semua tidur sama2. Mama menangis tak henti2 minta maaf kat fia sbb mama selalu tak ada di rumah. Mama selalu busy di butik. Saya sendiri bekerja dan mmg jarang jumpa mama even duduk satu rumah.
Fia beritahu “Mama, Kak na dengan babah..fia sakit ni.. boleh tak temankan fia? Fia takut tidur malam2 nanti “dia” datang ambil fia masa fia tidur macam mana?” ALLAH….mama menangis teruk malam tu. Saya hanya melihat dan berdiam diri. Saya sepatutnya sedar dari dulu lagi. Tapi saya abaikan adik saya.
Untuk adik, kak na minta maaf. Kakak boleh bekerja siang malam duduk depan computer dan stay up di office berhari hari tapi kakak tak mampu nak dengar luahan adik kakak sendiri. Walaupun semasa adik dalam kesakitan yg amat sangat adik tak paksa kakak untuk duduk dan dengar luahan adik. Adik tunggu kakak. Kakak je yg pentingkan kerja dari keselamatan adik. Kakak minta maaf.
Tolong. Tolong doakan fia sembuh dan kami dapat cari jalan keluar dari segala kesulitan. Fihifzillah.
– Kak na.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit