Assalamualaikum, terima kasih pada admin kalau confession aku ni disiarkan.
Aku student diploma di IPTA sekitar Perlis. Aku taknak mention lah kat mana aku study cuma kat sini aku nak cerita sikit pasal group team aku. Aku rasa sikit tak puas hati dengan group aku, sebab diorang jenis tak suka ambil berat dengan kerja-kerja assignment yg lecturer bagi. Dalam byk2 group tu, kira aku sorang je lah yg diorang anggap mcm leader kononnya lah nak handle nak buat assignment tu bila, di mana, pukul berapa & bila aku diam, diorang pun diam. Kdg aku pun jd hairan, apasal depa ni nak aku pulak yg tentukan hari & masa nak buat assignment. Dah nama pun group, pandai-pandai pikiaq la takkan aku sorang ja nak kena pikiaq. Ni aku nak bawak keluaq loghat utara dah ni!
Okay, semester ni kitorang dh last semester, next sem kira dah praktikal. So kena buat projek. Projek yg kami buat ni kena inovasi produk, benda biasa lah tu bg student last semester. Masalahnya dkt sini, mmg jenis aku ni tak suka buat kerja last minit (maaf bukan nak riak tskk) tp mmg aku mcm tu lebih suka buat awal, siap awal. Tapi tu la masalahnya group aku ni langsung takda inisiatif nak bertanya, mesti aku jugak nak kena bagitau. Diorang ni mmg jenis tggu org suruh je semua, baru nak buat. Mesti korang tertanya kan, dah tahu group perangai mcm tu yang aku pilih buat apa? Sobss, okay aku ni tersepit disebabkan diorang kawan baik aku, aku stress, aku dilema & tak tahu nak buat mcm mana nak lari. Kerana nak jaga hubungan persahabatan ni & dlm keadaan TERPAKSA aku join group juga dgn diorang hmm. Menangis gak la dlm hati masa tu.
Aku ni kira mulut lancang nak mampus gak la, aku biasa sound diorang ni tak buat kerja sampai gaduh teruk maki hamun, tp diorang akan ckp aku tak pernah nmpk apa yg diorang buat. TERKILAN GILA RASA. Sakitnya hati tu Allah je tau. Bila dah jd mcm ni aku pun salahkan diri aku, ya mungkin salah aku. Aku pun jenis tak suka gaduh lama-lama so aku pun minta maaf & buat mcm gaduh tu tak pernah berlaku. Mcm bodoh je rasa.
Diorang ni budak yg kategori baik lah rekod tu, tak la teruk sgt sbb tu aku boleh kawan dgn dorang. Tapi bab nak buat assignment tu, ya Allah aku tak tahu nak ckp apa, jenis copy assignment member je semua. Kuiz & test tu takyah cakap lah, meniru sedia. Bagi diorang, lulus pun dah kira okay janji tak repeat. Dalam kelas langsung tak pernah fokus, kerja main handphone memanjang. Kadang sedih gak aku, aku tahu dorang ni bukannya dari keluarga kaya pun. Sbb aku boleh tahu dorang bkn orang kaya sbb dorang kerap pinjam duit aku utk makan, bila nak beli bahan assignment mmg guna duit aku dulu. Ayat “takda duit weh, abah aku tak bankin lg”, “bulan ni nak kena bayar duit rumah sewa”, “aku ada duit utk makan je weh” tu dah dari sem 1 smpai last semester lah aku dengar.
Aku faham, sbb aku pun bknnya orang senang cuma aku ni lain sikit sbb aku berkerja nak sara hidup aku sendiri sbb tu aku ada duit nak beli barang apa-apa. Aku pun malu nak minta kat parent aku duit kerap-kerap dgn zaman ekonomi skrg ni mcm dengan apa lagi. Diorang tak kerja tp selalu ajak buat assignment kerap takdak masa. Geram gila aku. Cuma aku hairan takkan tak pernah terfikir kot mak ayah dorang tu mcm mana susahnya nak cari duit nak bagi dorang belajar. Mcm biasa la, bila aku tegur aku la kena maki balik, cakap aku ni takpa lah otak pandai, itu la ini la, semuanya alasan. Kalau diorang tak pandai takdenye nak boleh lepas masuk ipta. Tahu dtg kelas nak menyegak je, aku nak pakai lipstick pun kadang takda mood nak pakai sbb fikir assignment. Haish. Okay2 dah tersasul byk.
Okay berbalik pasal group team tu, Masa cuti CNY haritu aku decide aku nak buat projek tu sorang-sorang, ya aku buat sorang tskk. Sbb aku dh jd malas nak minta tolong diorang sbb aku rasa tak membantu pun weh, buat sakit hati je panggil. Tp apa lah sgt diri aku ni, manusia biasa gak tak boleh nak buat sorang-sorang tp 50% dah settle.
So kiranya lg 50% tu aku nak panggil diorang buat sekali dgn aku lah, so aku pun inform dlm group whatsapp ajak diorang buat, tapi korang tahu aku dpt reply apa dari diorang? Diorang Balas “K” je. “K” hahahaha “K”. Aku rasa mcm nak masuk maki je dlm tu tapi aku tahan hati aku sbb fikir last sem je. Sumpah seranah aku dlm hati.
Bila part nak siap projek tu, mcm biasalah aku kena tentukan hari & masa. Aku bertukus lumus nak siapkan projek ni sbb ingat last semester je. Tapi hampeh, bulan March ni nak kena bentang dah, tapi skrg bulan February pun tak boleh nak siap-siap lg, aku sedih teruk ni weh lagi sebulan lagi aku ada masa nak siapkan semua tu. Aku luah ni bkn nak minta belas kasihan ke apa, tp cuma nak pesan pada adik-adik yg bakal sambung belajar atau yang tengah belajar ni tolonglah, TOLONGLAH berkerjasama dlm group. Korang ingat kalau perangai korang mcm ni tak terfikir ke berkat ke tidak segulung diploma korang tu? Kalau dpt cgpa 3.85 pun diploma korang tu umpama takde apa. Sia-sia je belajar kalau hasil diploma kita dpt tu hasil dari kuiz & test meniru, assignment copy paste. Takda guna gais, takda guna!
Aku harap korang semua bolehlah tolong doakan aku supaya hati aku tabah utk hadap group mcm ni dan dapatkan siap projek kami ni secepat mungkin. Terima kasih kerana sudi membaca.
– Kawan hampa yg terkilan
– Cik Lala
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit