Buli

Assalamualaikum. Terlebih dahulu terima kasih kepada admin yang menyiarkan confession saya..

Buli. Ya.. Buli. Saya adalah bekas penuntut di bawah program SPA. SPA ni berbeza dengan University awam biasa Ipta atau Ipts. Berbeza dari segi pembelajaran dan dalam SPA sistem seniority tu wujud.

Maksud saya dengan sistem seniority ialah, sebagai junior kita kena respect senior. Ya. Sudah tentu. Tapi di kolej saya belajar, jika tidak senyum pada senior pun akan dijadikan sesuatu perkara yang besar. Tidak senyum je kot. Tak perlu la over.. Kadang kala, saya rasa seperti berada di sekolah. Bayang kan umur dah 20 an tapi melalui alam buli..

Antara perkara buli yang lain ialah, ketika di kolej kami tidak boleh naik lif bersama senior. Kena naik tangga. Bayangkan duduk tingkat 13, 14 kemudian terpaksa naik tangga setiap kali balik kuliah. Ya. Memang saya kurus sewaktu di kolej. Lagi lagi bila naik tangga waktu bulan puasa. Seksanya tuhan ja tau.. Lagi pun batch saya ada yang umur 30++ (Dalam SPA 1 batch tak semestinya sebaya. Freshie 17 tahun – 25 tahun manakala pegawai yang sudah bekerja tapi sambung belajar umur bawah 51 tahun) . Jadi batch saya ramai yang umur 30++ dan 40++ . Serta dah beranak pinak ketika sambung belajar. Bayangkan mereka yang lebih kurang baya mak kita ni dibuli untuk naik tangga. Saya yang muda pun rasa penat. Mereka yang berumur mesti lagi penat. Kesian pun ada…

Bukan itu sahaja, jika tidak greet senior yang lalu pun boleh dilabel sebagai junior yang kurang ajar. Hahahaha. Saya lah junior yang kurang ajar tu. Cuba la buka sikit minda, hanya setakat tak greet tak kan nak dilabel sebagai kurang ajar? Awak tu hanya senior sebab awak masuk belajar dulu. Dari segi umur kita tak jauh beza pun. Bila dah kerja, gred kita tetap sama. Gaji pokok pun sama.

Oh ya, ada lagi, jika kebetulan bersama senior di dalam satu lif, kami tidak boleh bercakap. Kalau bercakap, akan ditengking. Kenapa? Sebab bercakap sewaktu ada senior itu dikira biadap. Hahahahaha. And as usual, I’m the one who always being label as a rude person.

Banyak lagi peraturan-2 mengarut di kolej saya seperti tak boleh pakai shortpant or singlet di hostel. Keluar bilik kena pakai sopan. Dah macam UIA pula.. Over nya lahai…

Itu lah antara peraturan mengarut di kolej saya, pada sesiapa yang baru masuk belajar SPA, jangan stress kay. Welcome to the bully place. Saya dan rakan rakan dah melaluinya.. Memang.. Sistem seniority sangat sangat teruk. Tambahan pula bila praktikal, anda akan dinilai oleh senior yang dah jadi staff. Masa tu lagi palat perangai mereka. Sabar jela. Walau apa pun, kepada junior saya yang membaca ni, anda jangan risau. Terus kan belajar, bukan semua senior kaki buli. Anda akan jumpa juga yang baik… Yang berperikemanusian dan bertimbang rasa.

Kalau artikel ni disiarkan, dan para pembaca berminat, saya akan cerita lebih detail apa yang terjadi ketika saya praktikal…

– Alia

– Alia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit