Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua pembaca iium confessions. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab approve perkongsian aku ni.
Lately kita semua selalu baca atau dengar pasal wanita zaman sekarang mengimpikan perkahwinan dan pasangan yang boleh berikan ‘syurga’ dunia oleh suami atau bakal suami mereka.
Ditambah pula terlalu banyak lambakan sharing2 yang lelaki perlu begini dan begitu, kena buat itu, kena buat ini oleh penulis2 internet yang entah datang dari mana. Tulisan2 ini biasa dapat beribu2 ‘sharing’ dari golongan wanita dan tak sikit jugak yang tag suami, tunang dan boifren masing2.
Itu belum lagi lambakan drama2 adaptasi novel yang pengisiannya kita pun tahu macamana. Suami kaya, super romantik dan sebagainya. Trend2 macam ni sedikit sebanyak membuatkan kaum lelaki yang belum berkahwin fobia nak dirikan rumahtangga. Bagi yang dah berkahwin pulak, tak sedikit yang anggap semua ni ‘bullshit’ jer.
Terus terang sebagai lelaki, at least ini pendapat aku; orang lelaki ni kalau boleh dia mahu bagi yang terbaik untuk isterinya, ibu kepada anak2nya. Tapi, isteri ni kena guna common sense dalam rumahtangga. Kerana common sense ni la yang akan menjamin keharmonian rumahtangga kalian.
Apa contoh common sense seorang isteri?
Isteri selalu cakap, “duit abang ialah duit saya. Duit saya ialah duit saya.”
Suami ni kalau boleh memang tak mahu kacau duit isteri. Kalau isteri bekerja tu, bila suami dah bagi izin, maksudnya harapan dia kalau isteri bekerja tu, boleh la isteri mengukuhkan ekonomi keluarga. Maksudnya, tolong menolong la dalam nak pastikan keperluan dalam rumahtangga tu mencukupi.
Jangan anggap semua benda dalam rumah adalah tanggungjawab suami. Walaupun ini betul. Suami tahu kemampuan dia setakat mana dia boleh pergi dan kalau kau sebagai isteri rasa tak cukup, kau tolong supaya cukup. Bukan mengomel ini takde, itu takde sedangkan kau sendiri bergaji. Jangan sampai suami hilang redha isteri pergi kerja tapi buat diam urusan dalam rumah. Kalau dah jadi macam tu, 1sen gaji kau dapat pun tak berkat bila suami tak redha.
Macam aku cakap tadi, suami ni nak bagi yang terbaik untuk isteri. Semuanya atas kemampuan. Dan majoriti suami malu nak cakap dia tak mampu. Ini ego lelaki. Dia akan senyap atau ‘senyum pahit’ kalau dia rasa tak boleh ‘go’ dengan permintaan kau.
Di sini la isteri kena guna common sense untuk faham limit suami kau. Kalau kau rasa suami tak mampu, apa kau boleh bantu suami kau?
Nak pergi bercuti? Kenduri kawan baik kau jauhhhhhh dari tempat tinggal kau? Takkan ajak suami pergi dengan modal air liur jer? Kalau suami berat nak pergi sebab bajet takde, tak terfikir ke nak kongsi2? Ringankan beban suami kau. Kau plan la nak kongsi2 supaya suami kau rasa ‘ringan’ sikit.
Ajak pergi mall hujung minggu, pergi jalan2, apa la salahnya time nak bayar parking, kau bayarkan? Suami dah sponsor petrol, apa kata kau hulur sikit untuk tol. Suami tak mintak pun, tapi bila kau willing nak share, suami akan lebih menghargai kau.
Ada masa kau akan ingat suami kau memang berkira sangat nak buat itu ini, nak beli itu ini. Sebelum kau cakap suami kau berkira, kau kena selangkah di depan supaya suami kau tak rasa macam tu. Itu peranan isteri. Buat suami rasa selesa dengan kau. Bila suami dah mula rasa tak selesa, jangan terkejut dia akan cuba cari sesuatu atau seseorang yang boleh buat dia rasa selesa.
Perempuan ini nak suami jadikan Nabi SAW sebagai suami contoh. Sedangkan mereka tak pula jadikan isteri2 baginda sebagai contoh. Kerana itulah ikutan terbaik sebagai seorang isteri.
Ada tak isteri2 baginda membentak2, meminta2 itu ini dari baginda? Sepanjang pengetahuan aku, tiada.
Kita pun tahu, Nabi SAW tidak punya harta benda berupa emas perak untuk memewahkan isteri2 baginda. Menyedari ini, isteri2 baginda keluar bekerja seperti membuat roti untuk membantu menaikkan ekonomi keluarga. Itukan contoh yang jelas.
Kalau ada yang kata doktrin sekarang mengajar kerja wanita hanya ‘mengangkang’ sahaja dan suami kena buat semua benda, aku setuju memang itu sedang berlaku sekarang. Dan aku ulang, ianya semua adalah ‘bullshit’. Realitinya, suami isteri kena backing up each other.
Akhir sekali, kepada kaum wanita, isteri2, yang bakal menjadi isteri, ingat pesanan ini baik2. Orang lelaki tak hadap isteri sweet untuk sambut birthday suami. Suami cuma nak isteri berikan suatu perasaan yang selesa bila menjalani kehidupan bersama isterinya. 1 hari kau celebrate dia, tapi 364 hari kau buat dia stress, kau rasa macamana?
Memang betul, isteri diuji semasa suami susah. Dan jangan terkejut la kalau masa suami senang, dia lupa isteri yang tak willing nak bersusah semasa dia tengah susah.
Semua ni common sense guys. Kalau ada kaum wanita yang terasa hati dengan tulisan ni, maaf ler. Tapi buat kaum lelaki, i feel you bro. Heheh.
Sekian, wassalam.
– Aku Yang Menulis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit