Assalam.
Apa kabar sume geng2 yg follow page iiumc ni? Aku follower tegar page ni haha. So harini ingat nak share something. My sweet memories in UIAM.
Straight to the point aku budak UIA. Ex lah. Hehe. Banyak gila kenangan masa kat UIA nih, mana tak nya, 6 tahun beb kat sini. Aku grad lama dah. Paling best rasanya masa kat Matrik UIA or CFS. Time tu mcm peralihan dari zaman kanak2 (sekolah) ke alam dewasa (cewah). Walaupun peraturan kat matrik uia agak ketat, aku enjoy beb my matrik life.
Nak bagitau aku batch berapa tu tak yah lah. Kang ramai lak yg kona den. Hahaha Cuma masa aku masuk tu, hanya matrik uia kat PJ tu je ada. Nilai, Gambang suma takde lg. Yg kat uia gombak pun takda budak matrik menumpang.
Okay buat yg taktau, masa baru2 masuk matrik uia, kami semua kena amik placement test. Mcm2 la, arabic placement test, english, computer, fardhu ain etc. Paling penting tang English tu la sbb kalau korg dpt 5 and above (ada smpai 6) korang boleh terus start core course. If 4 ke bawah, kena amik english je dulu sem tu smpi dah 5, baru leh amik skali ngn core course korg. Ni sebab kat uia medium of teaching dia is either English or Arabic je. Aku exempted computer test je. Maksudnya bila exempted, da tak yah amik subjek tu dah masa kat matrik. Ada member aku punya genius, dia exempted suma beb. Arab, English, computer etc. Best giler dia mmg amik core courses je masa kat matrik. Setahun settle. Aku nih 2 tahun kat sana. Tapi okay la, no regrets! Aku enjoy my time there. Jumpa crush pun kat sana. Eh. Haha. Tapi tak nak cerita pasal crush walaupun sampai dah habis uia pun aku ada hati kat dia lagi tapi aku da kawin and ada anak dah pun dengan orang lain sekarang hahaha. (Sis move on)
Okay kat uia kena pakai tudung putih setiap ari rabu. Lelaki lak kena baju berkolar. Mcm budak skolah en? Haha. Tp batch sebelum aku cerita, masa diorg lagi lah, setiap hari tudung putih. Dah tu kena tudung bawal/tudung labuh je. Tudung sarung or shawl mana boleh. Lani kalau boleh taktau lah aku. Hehe. Nak keluar uia (outing) kena bawak card, kena pkai stokin, baju ofcos la tak boleh jeans or pkaian yg tak menutup aurat or ketat. Kena security check kat gate. Kalau x kena patah balik ke asrama kena tukar. Aku ngan kawan2 jenis tak pakai stokin dulu. Tapi kami bawak la spare kot2 tak lepas guard. (Memang takkan dan tak pernah lepas, so sila berhenti berharap eh) so lepas guard check kami tak berstokin, maka kami pon duduk la tepi guard house tu, pakai stokin semata2 nak keluar dari gate tu. As soon as keluar gate terus cabut stokin. Apa kebenda tah hahaha.
Setakat pakai baju dua lapis (luar jubah dalam baju biasa tu tu perkara biasa dah) eh tak kurang gak yang brothers tau, yg spesis nak pakai baju round neck masa outing, pun pakai baju berkolar kot atas, nanti dalam bas terus bertukar penampilan! Yang mana segan nak tukar dalam bas, sampai2 Mid Valley terus tukar. Haha. Nampak tak kegigihan disitu? Lani bila pikir balik mmg nak tergelak je rasa.
Owh dulu majority kami tak bawak kereta pgi matrik. Semua pakat naik bas awam je. Pasar malam setiap ari selasa. Boleh keluar pkul 5pm, balik kul 8pm. Tapi byk kali la jugak masa keluar2 gate tetiba je ada bas awam berenti kat guard. So aku ngn member2 pun tnpa berfikir dua kali, “weh jom pgi mid (mid valley) nak?” “Jom”. Terus naik bas dengan jubah, tudung senget, muka x semenggah. Haha. Mmg tak pikir langsung bab nak melawa bila nak pgi mall. Asal boleh je. Dpt la beli Tako Tao ngan cream puff Beards Papa tuh kat jusco mid valley. Tu pun dah rasa nikmat sangat dah.
Antara benda best lagi masa kat matrik, haa korang mesti da tau kan apa, jeng jeng jeng! FLY!! Lol haha. Maap lah, aku antara spesis yg tak berapa nak ngikut peraturan. Haha. Sekali skala break the rules best la gak perasaan nye haha. Alhamdulillah takda jadi apa2 yg buruk. Okay, ‘fly’ selalunya malam. Gigih sgt kluar masuk uia jalan dalam longkang besar tepi uia tuh. Ada pulak geng sister lain masa nak balik, dorg masuk ikut masjid. Pakai telekung kunun2 baru balik subuh. Lol. ‘Fly’ tu bukan pgi mana pun. Saja seronok2 jalan dari uia (seksyen17) pgi ss2, lepak kat Murni. Tataula wujud lg ke tak restoren tuh. Lama dah aku tak lepak area PJ. Chicken chop sedap situ. Hehe Pastu jalan gi seksyen 16. (Lepak mekdi) pastu jalan balik ke uia. Ada time tu ntah apa kebenda budak2 ni pgi stop kat playground main2. Time tu pukul 5am ok. Korang byg je la remaja umur 18-19 tahun main dkt playground pkul 5am. Aku risau kena tahan polis je masa tu haha. Kitorg blik uia da 6.30am, dah ada org awam dkt bus stop, hampir2 terkantoi masa tu sbb hari da mula nak cerah. Adoiii..
Setakat kena panjat gate Mahallah Aishah tu biasa la tu. Sbb gate tu selalu kunci awal, jadi kitorg yg “terlebih rajin” stay up ni terpaksa la panjat gate nak balik bilik. Cerita2 seram dekat mahallah byk je. Especially tingkat 9 mahallah khadijah. Pernah gak aku kena ‘tindih’ tapi sekali je la. Then aku tak amik port sgt bab cerita hantu ni pasal bagi aku dorg wujud je kat mana2. No point nak takut lelebih. (Sis bajet cool)
Masa kat matrik ni la gak aku mula berjinak2 dgn drama korea, drama jepun. Haha. Sampai ada satu masa tu, punya obses sampai kan exam pkul 8am, pkul 7am aku duk mengadap drama korea tu lg!! Sanggup tak tidur nak habiskan series punya pasal. Seb baik lah dah kurang obses masa kat uia gombak. (Sis finally insaf) Tapi masa kat uia gombak dah up sikit follow series2 omputih jer. Ecewah. (Insaf la sangat)
Uia Gombak pun best jer cuma byk sgt issue dgn management. Tapi tu pun seronok gak pasal kalau takda issue bosan la takda drama. Haha. Harap2 adik2 yg masih kat uia bertabah yea! Best nya sbb pagi2 dah berkumandang asma ul husna. Tapi selalunya bila dah dengar asma ul husna tu and kau masih kat bilik tandanya kau dah lambat la tu nak pgi kelas. Hahaha. Lepas tu macam2 fashion yg menutup aurat ada! Baik brothers mahupun sisters. Yela 99 countries kan. Sangat rare and colourful. Untuk aku yg baru masuk main campus masa tu mmg teruja sgt tengok cara pemakaian dari pelbagai negara ni.
Bagi aku yg tak cerewet bab makan, aku suka jer makanan2 kat UIA. Byk choice, harga pun ok je kalau nak compare kat luar. Tempat mkan faveret kalau sekitar UIA mana lagi kalau bukan kat Kubur..haha. tak tau kubur tu bukan budak uia lah tu. Pastu selalu sakit hati sbb tak dpt nak main kat gelanggang female sports center. Sebab apa? Sebab brothers conquer semua courts. Yea courts kat diorg punya sports center tak cukup agaknya kan sampai kena rembat kat female punya. Ergghh. I wonder if sampai sekarang still sama?
Byk lg kenangan, tak tertulis rasanya. Yang penting aku tulis ni bukan nak ajak adik2 yg masih belajar buat benda tak baik, especially part fly tu. Hahaha (sis risau kan adik2) Jgn risau kat main campus nnt korang boleh kluar masuk sesuka hati, xperlu fly2 nih. Tapi if korang balik lambat pandai2 korang la nak bermalam luar gate sampai subuh. Hihi. Opss aku terdengar uia nak pasang gate yg kena touch tu. Hahaha bertabahlah yea. Paling penting betulkan niat kita nak study di sana, just go with the flow, sesungguhnya mmg byk sgt ilmu2 yg takda kat dunia luar kita boleh dpt di uia. Nnt bila korang grad, korang mesti rindu lah!
Kat uia ni mcm2 org ada. And kat uia lah aku belajar untuk tak judge orang. Pedulikan bila org luar cakap “kata budak uia tp perangai sekian sekian” Bagi aku simple, life itself is a learning process. Mybe org yg cakap tu ingat automatic bila kita masuk uia ni kita ni perfect kot dari semua segi especially bab agama. Percaya tak, ramai kenalan aku yg mula2 masuk uia- rambut blonde, spesis lepak nightclub, minum, merokok tapi alhamdulillah by end of their years in UIA, aku rasa diorg lebih islamic dari aku yg tak buat semua tu. Tapi, sad but true, ada juga yg vice versa. Point is, cari kawan yg baik2, kawan yg sentiasa support kita dan saling tegur menegur untuk self improvement.
Buat adik2 yg masih di uia, use this opportunity utk grab ilmu2 yg baik di uia. Enjoy ur time there while it lasts. Join program2, join event2 semua. Make friends with people from other kuliyyah. Use this opportunity as a platform to be a better Muslim, speaks good English, and maintain good relationship with people especially dengan lecturers. (penting nanti bila dah grad) Dan, jgn boros berbelanja dengan duit scholarship/pinjaman tu. You’ll know the value once u start to earn your own money nanti! Don’t wait till then.
Assalamualaikum (sis undur diri dulu) :D
– Sis anak satu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit