Terima Kasih Confessors

Betul lah apa orang kata, sebarkan sahaja kebaikan. Mana tahu kita dapat menyentuh hati yang membaca. Kalau bukan 10 mungkin 1. Wallahua’lam.

Aku memang pembaca tegar page iiumc ni. Kalau ada masa terluang memang aku akan scroll kisah-kisah kat page ni. Aku salute gila kat korang yang hati kental dengan dugaan yang korang alami. Aku harap korang terus tabah ye.

Jujur aku cakap aku ada terkesan dengan beberapa kisah confessor. Nak cerita macam bukak aib sendiri haha tapi takpelah aku harap dapatlah bagi pengajaran kat korang. Salah satu kisah confessor yang memang buat aku sentap adalah kisah “perempuan , jangan cepat perasan”. Aku tahu walaupun ada yang anggap cerita crush-mengecrush, kawin-kawin benda yang cliche, tapi ni libatkan hati dan perasaan tau. Soal hati dan perasaan tak boleh buat main ye. Benda tu dah jadi asam garam hidup kita sebagai manusia biasa. Ok back to my story, ada sorang lelaki ni baik, ada rupa dan bertanggungjawab. Aku memang ada hati kat dia. Aku ni jenis yang aktif kat instagram dan dia pon sama. Aku perhatikan kalau aku post something atau buat story, dia akan like dan view. Aku rasa korang dapat agak kan apa yang aku nak cakap? Hahah bila baca confession sis tu , aku rasa yang aku ni memang betul lah perasan. Hahah aduh kalau pikir balik memang gelak je lah kat diri sendiri. Kesian pon ada. Why do i expect him to like me back . LOL. Memang apa yang confessor tu tulis semua betul. Mana mungkin kita boleh judge someone tu suka kita hanya berdasarkan like sahaja. Boleh jadi dia memang kaki likers atau stalk. Macam aku lah. Semua post orang aku bantai like. See , kadang benda yang kita rasa kecik macam tu pon bila kita share boleh buka mata orang. Confessors nak luah apa yang dia rasa je, tapi aku pon terasa sama. Lepas baca confession tu aku terus move on. Kenapa kita nak ber-relationship goals sangat. Why not kita kejar life goals dulu ye dak ?

Lagi satu, aku tertarik kat confession tajuk “Instagram”. Lepas aku baca confession tu, memang kena lah kat batang hidung sendiri. Macam aku cakap tadi, aku memang agak aktif kat ig. Hari2 nak post itu ini. Konon nak tunjuk aku mengisi masa lapang dengan macam-macam aktiviti. Tapi takdelah aku post selfie memanjang. Boleh kata takde gambar selfie langsung. Bila aku pikir balik, kenapa aku buat semua tu ? Kenapa aku nak tayang diri kat semua orang? Nak dapat likers ? Ye aku jujur. Memang aku suka kalau ramai orang like dan comment post2 aku. Tapi sampai bila ? Aku puas ke ? Tak , aku tak pernah puas. Dan apa yang confessor cakap tu memang ada betulnya. Niat confessor nak share apa yang dia rasa tapi dah dapat sentuh hati orang untuk berubah ke tahap yang lebih baik. So sekarang aku dah delete gambar-gambar yang aku rasa boleh timbul riak dalam diri dan aku tinggalkan gambar-gambar pemandangan yang kalau orang tengok boleh memuj Ilahi. Haa , dapat lah jugak aku saham pahala kan?

Cerita-cerita mengenai kehidupan realiti masyarakat kita pon kita boleh baca kat sini. Ramai confessors yang kongsi pengalaman dan pahit manis hidup masing-masing. Terima kasih kepada confessor2 yang berani menulis walaupun aku tahu “berat mata membaca , berat lagi bahu yang memikul”. Kita selalu menonton kisah-kisah ni kat drama , tapi tak tahu pon kisah-kisah tu betul-betul terjadi kat masyarakat kita. Kita sebagai masyarakat prihatin pon tolonglah bagi sokongan dan nasihat. Tulis komen yang baik-baik. Jujur lah , aku yang baca komen-komen korang pon boleh gelak sorang-sorang. Aku yang tak terkena batang hidung pasal confesiion pon boleh rasa tenang je baca komen baik-baik daripada korang apatah lagi si confessors kan. Mana tahu komen2 korang bagi semangat baru kat dorang.

Banyak lah lagi sebenarnya confession yang memang membuka mata. Jadi, jangan pernah rasa “ala aku share benda ni bukan ada orang nak baca pon”. Kalau benda yang baik dan bermanfaat, teruskan je berkongsi. Perbetulkan niat, Allah tahu apa yang kita rasa . Kongsi lah perkara yang baik-baik supaya dapat jadi saham yang baik untuk akhirat kita nanti, InsyaaAllah.

– Cik Positif

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit