Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali, terima kasih buat admin IIUMC jika perkongsian ini dipaparkan. Perkongsian ini saya tulis buat peringatan diri saya dan pembaca sebagai pengguna laman sosial. Saya dikikira sebagai pengguna tegar Facebook dan Wechat. Ye, saya antara budak wicet tegar jugak. Hahahahaha. Tidak terlalu aktif di Twitter dan Instagram.
Saya juga seorang yang pemerhati. Mungkin itu antara sebab takdir meletakkan saya dalam jurusan Psikologi di salah sebuah universiti tempatan di sini. Disebabkan sifat saya yang gemar memerhati, saya melihat satu fenomena di Facebook yang berleluasa dalam kalangan rakan-rakan muka buku ini iaitu mengambil tahu hal orang lain.
Sedar tak sedar, ada laman-laman tertent u yang fungsinya memviralkan sesuatu. Kemudian benda tu pun tersebar luas. Bila seorang mula menekan butang “share” maka akan berkembanglah perkongsian tersebut. Dunia di hujung jari. Belum kira berapa ramai keyboard warrior. Bila ada yang menasihati, dikatakan ustaz/ustazah Facebook pula. Sekurang-kurangnya ada yang terjentik hati untuk sedar tak semua benda itu mendatangkan kebaikan.
Kalau benda viral tu mendatangkan manfaat misalnya yang memberikan info baru contohnya resepi kek tanpa penggunaan oven, ada manfaatnya maka silakan share. Tapi………. apa yang saya lihat budak-budak muda lebih banyak kongsikan gelagat-gelagat manusia yang dirasakan “fun” untuk ditonton. Lepastu letak caption macam-macam. Contohnya, macam viral King Coco Slang. Setakat ni, itu yang paling latest.
Kalau ditegur, ada sahaja jawapannya. Alah suka-suka aje. Adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekalian, laman sosial ni kalau tak dimanfaatkan penggunaannya, ia menjadi salah satu fitnah besar buat kita.
Dekat dunia luar kita boleh cakap kita bukan jenis orang yang mengambil tahu hal orang. Tapi dalam laman sosial, macamana? Kita mungkin tak mengumpat orang di luar, tetapi sekarang lisan kita dah ganti dengan tangan yang menaip atau tangan yang menekan butang “share”. Dalam tak sedar kita dah berkongsi saham dosa dengan orang yang buat kita tertarik untuk sama-sama menekan butang “share”.
Setakat yang viral tentang King Coco tu, satu benda yang saya perasan. Kata-kata dia, dia tak kisah pun orang nak mengata pasal video dia sebab dia rasa dia tak mengaibkan orang. Kalau korang rasa benda video-video beliau itu hanya jenaka bodoh, stop ambil tahu pasal Coco. Tapi masih lagi setiap video yang dia keluarkan, ada je yang share tapi dengan laman komen penuh kata-kata cacian. Belum masuk caption lepas korang tekan button share lagi.
Bukan nak cerita pasal King Coco. Nak cerita, laman sosial ni lebih mudah mendedahkan korang untuk membuka aib orang. Lepastu share pula caption, “Kita jangan buka aib orang kalau nak Allah jaga aib kita”. Haihh. Contoh lain lah, cerita budak wicet yang tak habis-habis typo error dalam tulis moment. Ada page yang viralkan langsung tak tutup nama atau gambar pelaku. Statement-statement dorang tu boleh tak dinafikan boleh jadi ia lawak boleh jadi pengajaran. Pentingnya ilmu. Tapi orang yang sama-sama viralkan tu, tertawakan kebodohan mereka. Kalau awak rasa mereka bodoh, awak yang memviralkan adalah gandaan daripada kebodohan mereka.
Bila terjadi sesuatu, kita akan memilih untuk menjatuhkan berbanding membina. Kalau rasa awak hebat, try to find that wechat peeps. Mungkin awak boleh hubungi mereka dan tawarkan bantuan untuk ajarkan basic English. Ada juga manfaatnya, kan? Bertambah masyarakat berilmu dalam negara kita.
Kita kadang-kadang bising bila negara kita nak maju. Tapi minda kita sudah setaraf dengan negara majukah? Penduduk negara maju, mereka itu sibuk. Sibuk menjana idea sampai tiada masa untuk sibukkan hal orang lain.
Sebelum kita share sesuatu, lebih-lebih lagi jika melibatkan urusan manusia, fikir dulu. Berat kehidupan kita bila kita berurusan dengan manusia. Dosa kita dengan Allah, kita boleh minta ampun dengan bertaubat. Dosa dengan manusia selesai dengan cara meminta maaf pada dia.
Jadi, nasihat saya.. Bagi yang suka sangat share benda-benda viral ni, first, baca dulu caption yang dikeluarkan admin-admin laman tersebut. kedua, tapis setiap maklumat. Kalau boleh semak semua maklumat secara terperinci. Ketiga, share kalau korang rasa bermanfaat atau sekadar untuk menghiburkan diri korang. Tapi, kelakar macamana pun kalau benda tu memburukkan pelaku-pelaku dalam video tersebut, lupakan sajalah. Ingat, aib orang tu!
Moga-moga dengan usaha kita menambah kebaikan dengan membuat perubahan dalam hidup kita dan orang lain, Allah tambah rahmat-Nya untuk kita tanpa kita sedar.
Sekian.
– The Judger
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit