Assalamualaikum, terima kasih admin kerana telah memuat naik karangan saya. Cerita ini bukanlah tentang keadaan saya tetapi pengalaman saya dalam memperhatikan gelagat manusia yang beragam-ragam. Bulan 6 nanti genap 18 saya di dunia ini dan memang remaja suka mencuba benda yang baru, saya pun antaranya—mempelajari ilmu psikologi walaupun saya tidak ambil sains tulen.
Saya memang dari kecil bergaul dengan orang yang lebih dewasa kerana itu ramai kawan2 ibu bapa saya berkata pemikiran saya lebih matang berbanding budak sebaya dengan saya. Tetapi kontranya ialah, saya kurang bergaul dengan budak yang sebaya dengan saya. Ketika tadika, guru kata pada ibu bapa saya bahawa saya seorang yang memilih rakan, tetapi saya menafikannya kerana saya tak rasa saya memilih rakan, tetapi saya seorang pemalu. Justeru, sampai sekarang pun saya masih malu untuk bergaul dengan budak seumuran saya. Saya pernah terbaca tentang artikel mengenai orang introvert. Introvert disignifikan sebagai orang yang suka menyendiri, bergaul dengan orang-orang yang terdekat/selesa diajak bercakap. Pemalu pula seorang yang malu untuk tampil ke hadapan, setelah dibaca sampai habis saya tetap tak rasa saya seorang introvert dan mula berfikir sebenarnya saya bukanlah seorang yang pemalu. Sejak dari situ saya berfikir mungkin saya ada 2 sisi yang berbeza.
Di sekolah, saya pernah mendengar tazkirah bahawa Umar Al-Khattab berkata seorang pemuda haruslah mempunyai hawas (semangat) yang berkobar-kobar dan berani. Ketika itu, saya masih tidak tahu apa itu introvert dan yang saya tahu ialah untuk berani melalui cabaran di dunia ini supaya kita mendapat kemenangan. Saya suka memperhatikan orang lain, ada pesakit darah tinggi, ada yang suka cari perhatian, ada yang suka cakap besar, ada juga yang macam squidward *lol, yang kaki IT, yang acah-acah cool, yang cakap tak serupa bikin dan macam2.
Saya pun terfikir, adakah itu memang personaliti mereka untuk berbuat seperti itu atau ada masalah kejiwaan… Kembali ke diri saya, saya pula dengan refleksnya akan menjadi seorang yang boleh dikatakan extrovert ketika berada dengan ahli keluarga, kawan2 dan orang2 dewasa, tapi entah kenapa kadang2 juga saya menjadi seorang yang introvert ketika bersama orang2 yang saya tak suka. Adakah saya memang mempunyai 2 sisi yang berbeza? Jawapannya, TAK! Itu cuma mindset saya sahaja yang benci untuk bergaul dengan orang2 yang saya tak suka dan sememangnya kita tak akan mahu bercakap lebih2 lagi disuruh bergaul bersama orang yang kita tak suka. Itu bukan introvert, itu cuma hasil rangsangan kelenjar endokrin yang ditafsir melalui otak. Itulah mindset. Guru kaunselor sekolah saya selalu mengatakan, semuanya dari mindset kita, mahu ianya susah sekalipun, jika kita optimis kita tetap dapat menyelesaikannya dengan mudah. Sedangkan orang2 yang mempunyai 2 sisi itu sebenarnya mempunyai gandaan, iaitu mempunyai 2 atau lebih personaliti yang berbeza dan akan betukar personaliti sewaktu-waktu ataupun secara tiba2. Boleh dikategorikan dalam masalah yang perlu dibincang bersama ahli psikatri, tetapi masalah kejiwaan ini bukanlah gila! Hanya terjadi kerosakkan pada bahagian serebrum.
Tentang introvert, menurut pandangan saya, sebenarnya tiada istilah personaliti introvert di setiap diri seseorang! Bagi saya, kita cuma malu untuk bergaul dengan orang lain dan mengharapkan supaya ada orang yang datang pada kita untuk menyapa kita dan berbual dengan kita. Itu semua hanya mindset kita saja untuk tetap dalam zon selesa kita. Fitrah manusia memiliki sifat berani dan ingin bergaul dengan orang lain, seperti halnya Nabi Adam yang berasa kesepian kerana hanya baginda saja manusia pertama diciptakan. Setiap seorang dari kita, tak kesah yang menyebut dirinya introvert, pasti akan merasa kesepian jika orang2 kita selalu dengan dia, tetapi dia tak ada dengan kita, pasti kita akan rasa kesepian. Menurut penilitian juga, kesepian ialah pembunuh nombor 2 setelah asap rokok. Jadi, jangan biarkan rasa kesepian membuat kita mati tanpa erti—mati katak. Ingatlah, kita tak akan mendapat sesuatu jika kita tidak mengambilnya. Belum cuba, belum tahu. Cubalah untuk keluar dari zon selesa kita, kepompong introvert kita dan mula mengepakkan sayap prestasi dan kegemilangan kita. Kunci untuk membuka pintu kemenangan ialah berani.
Beranilah untuk cuba bergaul dengan mereka yang kita tak kenal. Simpan segala gadjet2 dan tinggalkan ia dirumah. Cuba untuk survive daripada sosialisasi alam maya dan cuba menghadapi dunia realiti—berpijak di bumi yang nyata! Buka kembali al-quran, surah al-baqarah ayat 30, Allah ingin menciptakan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini. Ingatlah, jikalau Rasulullah salallahualaihiwasalam lebih memilih melayan perasaan sakit hatinya ketika semua kaum quraisy kata baginda gila, ahli sihir dan seorang penipu, pasti sinar Islam tidak sampai ke generasi sekarang, generasi kita! Mampukah kita berjalan di tempat yang gelap tanpa sekecil2 spektrum cahaya dan bimbingan? Dan tiba2 kita terjunam ke api neraka? Susah bukan? Jadi, UBAHLAH MINDSET AWAK! Maju ke hadapan! Jangan biarkan perasaan dan emosi kita yang tak menentu membuatkan kita menjadi mundur dan dipinggirkan, kerana ini semua hanya bisikkan syaitan yang cuba membuat nafsu kita melakukan perkara2 tidak baik.
Ayuh pemuda-pemudi sekalian! Kita bangkit dari segala kekurangan kita dan mula membina sebuah empayar yang hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang membuka kota Constatinople ketika umur beliau baru berusia 17 tahun! *beberapa riwayat lain mengatakan beliau menakluk ketika umur 21 tahun*. Ingat kembali ketika Khalid Al-Walid menjadi panglima pengganti ketika perang mut’ah yang telah mengorbakan panglima Zaid bin Harithah,Jaafar At-Tayari dan Abu Rawwahah. Ingat juga ketika perang badar, tentera Islam hanya mempunyai 313 orang sedangkan tentera kafir memiliki 1000, 10 orang munafik pergi meninggalkan tentera Islam kerana lemah semangat mereka melihat musuh lebih ramai berbanding tentera Islam tetapi dengan semangat yang tinggi dan keyakinan yang diserahkan kepada Allah, dengan izinNya, Allah memberi kemenangan kepada tentera Islam! Semua kerana keberanian dan keyakinan untuk maju kehadapan! Jangan biarkan perasaan ini membuat kita mundur. Berani! Berani! Berani!
ربي ياسر ولا تعسر
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan meneguhkan hati kita dalam menghadapi segala cabaran di dunia ini, setiap hari. Amin
– Lay
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit